Tadika Pintar Al-Quran Muip Temerloh

Tadika Pintar Al-Quran Muip Temerloh Buka pendaftaran bagi kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun. Lokasi: Belakang SK Bandar Temerloh Integ

Menekankan pembelajaran Iqra' & Al-Quran, Hafazan, Amali, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Jawi, P.Islam, P.Jasmani, Matematik, Sains & Pendidikan seni.

Alhamdulillah,tahniah buat Ariana dan Aina dari kelas 5 Ibnu Khaldun kerana telah berjaya menamatkan bacaan Iqra'🤲🥳🥳🎉🎊🎁....
08/05/2026

Alhamdulillah,tahniah buat Ariana dan Aina dari kelas 5 Ibnu Khaldun kerana telah berjaya menamatkan bacaan Iqra'🤲🥳🥳🎉🎊🎁.Jutaan terima kasih dan tahniah juga diucapkan buat ibu dan ayah Ariana dan Aina kerana menagajar anak mengaji di rumah.

06/05/2026

Hari Selasa
Aktiviti Pintar Al-Quran
6 Tahun
cikgu yana

Alhamdulillah, anak-anak hebat hari ini! 🌟

📖 Aktiviti yang dijalankan:
1️⃣ Sesi pengajaran dan pembelajaran tajuk tanda sukun
2️⃣ Membaca tanda sukun bersama guru dengan bimbingan
3️⃣ Aktiviti menampal tanda sukun pada bunyi yang sama

Anak-anak menunjukkan semangat dan fokus yang sangat baik sepanjang aktiviti. Semoga ilmu yang dipelajari hari ini dapat membantu mereka membaca Al-Quran dengan lebih lancar dan betul. 🤲✨

Teruskan usaha, anak-anak! 💖

SAMBUTAN HARI RAYA TADIKA PINTAR AL-QURAN MUIP DAERAH TEMERLOH.Tarikh  : 09 April 2026Hari     : KhamisMasa   : 9.00am h...
09/04/2026

SAMBUTAN HARI RAYA TADIKA PINTAR AL-QURAN MUIP DAERAH TEMERLOH.

Tarikh : 09 April 2026
Hari : Khamis
Masa : 9.00am hingga 12.30pm
Penyelaras Program: Cikgu Nazwin Suhaida

Alhamdulillah, majlis Sambutan Hari Raya TPQT telah berlangsung dengan lancar✨

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan guru serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Ribuan terima kasih juga kepada ibu bapa yang sudi memenuhi jemputan dan menyumbang pelbagai juadah yang lazat. Sokongan dari semua amat dihargai dan telah memeriahkan lagi smbutan ini🤍

Semoga segala usaha dan sumbangan ini diberkati serta mengeratkan lagi hubungan antara warga tadika dan ibu bapa murid. 🤗

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. 🌙

21/03/2026

“Semarak Syawal disambut penuh ceria 🌸
Program Mahabbah Aidilfitri TPQ MUIP Temerloh menghimpunkan anak-anak dalam suasana kasih sayang melalui aktiviti membuat kuih raya 🍪, mewarna poster 🎨 dan alunan takbir raya yang menyentuh jiwa 🤲
✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin ✨
Semoga Syawal ini membawa keberkatan, kegembiraan dan mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita 💚”

📢 PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI 2027Tadika Pintar Al-Quran MUIP Temerloh kini membuka pendaftaran pelajar baharu bagi ...
10/03/2026

📢 PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI 2027
Tadika Pintar Al-Quran MUIP Temerloh kini membuka pendaftaran pelajar baharu bagi sesi 2027 untuk kanak-kanak umur 5 & 6 tahun.

✨ Pembelajaran Al-Quran kaedah Talaqqi & Musyafahah
✨ Sasaran Khatam Al-Quran pada usia 6 tahun
✨ Pembelajaran akademik dan sahsiah seimbang

📍 Tempat terhad!
Segera daftar anak anda sekarang.

📞 Sebarang pertanyaan:
Puan Linda – www.wasap.my/601960667643/pendaftaran2027

20/02/2026

Hafazan surah Al-Baqarah ayat 185.Tahniah buat Aina dan Ariana dari kelas 5 tahun.Terima kasih dan tahniah juga buat ibu ayah Aina dan Ariana.

❤️Marhaban ya Ramadhan❤️Bersempena 1 Ramadhan  tahun 2026/1447H ini, pihak *Tadika Pintar Al-Quran Muip Temerloh* melanc...
19/02/2026

❤️Marhaban ya Ramadhan❤️

Bersempena 1 Ramadhan tahun 2026/1447H ini, pihak *Tadika Pintar Al-Quran Muip Temerloh* melancarkan *Program Daurah Khas Ramadhan* bagi menghayati dan menyemarakkan lagi rasa cinta pada bulan yang mulia, Ramadhan.

Antara aktiviti yang dilakukan oleh guru dan murid-murid ialah:
🌙 Hafazan Surah Al-Baqarah ayat 183 di mana umat Islam disyariatkan untuk berpuasa
🌙 Lafaz Niat Berpuasa
🌙 Doa Berbuka Puasa
🌙 Sedikit tazkirah ringkas tentang amalan berpuasa dan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan sepanjang bulan Ramadhan

Semoga usaha kecil daripada pihak tadika ini dapat membentuk sahsiah dan peribadi muslim yang cintakan Ramadhan serta dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna

📚*Generasi Pintar Al-Quran Membentuk Peradaban Qurani*📚

15/02/2026

12 Februari 2026 – Kenangan indah terukir di Tadika Pintar Al-Quran MUIP Temerloh 💚
Program Jiwa Murni bersama anggota Angkatan Tentera (Artileri) bukan sekadar lawatan, tetapi suntikan semangat dan kasih sayang buat anak-anak kecil kami.

Terima kasih wira negara atas masa, perhatian dan inspirasi yang diberikan. Semoga Allah memberkati setiap langkah perjuangan kalian 🤲🇲🇾

❤️❤️❤️
04/02/2026

❤️❤️❤️

04/02/2026
👣💖 Fun Walk Tadika Bersama Ibu Bapa 💖👣Hari ini bukan sekadar berjalan, tetapi mengeratkan silaturrahim dan membina kenan...
04/02/2026

👣💖 Fun Walk Tadika Bersama Ibu Bapa 💖👣
Hari ini bukan sekadar berjalan, tetapi mengeratkan silaturrahim dan membina kenangan manis antara anak dan ibu bapa.
Terima kasih atas sokongan dan komitmen semua.
Senyuman anak-anak adalah hadiah paling bermakna buat kami 🌸

Terima kasih ibu ayah yang sudi meluangkn masa bersama🥰

Address

Jalan MERDEKA
Temerloh
28000

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 16:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika Pintar Al-Quran Muip Temerloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share