AITEM-Alumni Integrasi Temerloh

Directions Website Contact the school

AITEM-Alumni Integrasi Temerloh Facebook rasmi bekas pelajar SBP Integrasi Temerloh

18/09/2026
πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI MALAYSIA! πŸ‡²πŸ‡ΎHari Malaysia bukan sekadar tentang sebuah tarikh, tetapi tentang kita sebagai rakyat yang b...
16/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI MALAYSIA! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Hari Malaysia bukan sekadar tentang sebuah tarikh, tetapi tentang kita sebagai rakyat yang berkongsi satu tanah air.

Berbeza bangsa, agama, budaya dan bahasa, namun tetap berdiri di bawah satu nama β€” Malaysia. β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›

Semoga bumi Malaysia terus dilimpahi keamanan, perpaduan dan kemakmuran. Semoga kita sentiasa menghargai apa yang menyatukan kita.

Tanah tumpahnya darahku. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Selamat Hari Malaysia buat seluruh rakyat Malaysia! ✨

KEMPEN SUMBANGAN AWNING SBPI TEMERLOHAITEM mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi membiayai projek pemasangan awning ...
14/09/2026

KEMPEN SUMBANGAN AWNING SBPI TEMERLOH

AITEM mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi membiayai projek pemasangan awning bernilai RM13,000.00 untuk keselesaan warga sekolah.

Butiran tajaan:
πŸ”Ή RM50.00 bagi setiap lot (Diperlukan: 260 lot)
πŸ”Ή Senarai nama penderma akan diabadikan di dalam bingkai khas di lokasi projek.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan dengan mengimbas kod QR DuitNow (ALUMNI SBPI TEMERLOH) pada poster.

πŸ“ž Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: 011-2878 3219

Sokongan dan keprihatinan tuan & puan amat dihargai. Terima kasih.

⚽ KARNIVAL AITEM 2026 | BOLA SEPAK 7’SSekitar aksi pertandingan Bola Sepak 7’s sempena Karnival AITEM 2026 yang telah be...
06/09/2026

⚽ KARNIVAL AITEM 2026 | BOLA SEPAK 7’S

Sekitar aksi pertandingan Bola Sepak 7’s sempena Karnival AITEM 2026 yang telah berlangsung pada 8 Ogos 2026 di SBPI Temerloh.

Pihak AITEM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada SBPI Temerloh atas kerjasama, sokongan berterusan serta kesudian menyediakan kemudahan sekolah dalam menjayakan Karnival AITEM 2026. Semoga jalinan kerjasama antara AITEM dan pihak sekolah terus diperkukuh demi manfaat bersama serta kelangsungan pelbagai inisiatif alumni pada masa hadapan.

Terima kasih turut diucapkan kepada semua pemain, urusetia, penyokong dan warga AITEM yang telah bersama-sama memeriahkan pertandingan.

πŸ“Έ Berikut antara momen yang sempat dirakam sepanjang acara berlangsung.

πŸŒ™ Salam Maulidur Rasul ο·Ί πŸŒ™Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ο·Ί, insan agung yang membawa rahmat, ka...
24/08/2026

πŸŒ™ Salam Maulidur Rasul ο·Ί πŸŒ™

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ο·Ί, insan agung yang membawa rahmat, kasih sayang dan cahaya petunjuk buat seluruh umat.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita kembali menghayati sirah Baginda, mencontohi akhlak mulia serta memperbanyakkan selawat dan amal kebaikan dalam kehidupan seharian.

Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω

Semoga kita semua dikurniakan kecintaan yang mendalam kepada Rasulullah ﷺ dan mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak. 🀍

Salam Maulidur Rasul 1448H
β€œMenyemai cinta Rasul, meneladani akhlak Baginda.”

πŸ’™πŸ’› MERCHANDISE AITEM πŸ’›πŸ’™Jersi khas AITEM sempena KARNIVAL AITEM BACK TO SCHOOL 2026 kini dibuka untuk tempahan! πŸ”₯Tiga pil...
14/08/2026

πŸ’™πŸ’› MERCHANDISE AITEM πŸ’›πŸ’™

Jersi khas AITEM sempena KARNIVAL AITEM BACK TO SCHOOL 2026 kini dibuka untuk tempahan! πŸ”₯

Tiga pilihan untuk korang:

πŸ‘• Short Sleeve Roundneck β€” RM25
πŸ‘• Long Sleeve β€” RM30
πŸ§• Muslimah β€” RM37
πŸ‘¦ Kanak-kanak Short Sleeve Roundneck β€” RM22
πŸ§’Kanak-kanak Long Sleeve Roundneck β€” RM27

Rekaan eksklusif dengan identiti AITEM,sesuai dipakai masa program, aktiviti alumni atau sekadar nak tunjuk semangat keluarga besar AITEM. πŸ’™πŸ’›

πŸ“… Tempahan dibuka sehingga 6 September 2026 sahaja!

πŸ›’ Untuk pembelian, boleh tekan link di bawah πŸ‘‡
πŸ”— https://forms.gle/PZTxUTN9VJAzy94a7

Jangan tunggu lama-lama. Siapa cepat, dia dapat! 😎πŸ”₯

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki merchandise rasmi AITEM!

πŸ’™πŸ’› Kembali Berjasa

πŸ—³οΈ Jangan balik awal tau! πŸ˜„Selain sukan dan pelbagai aktiviti menarik, jangan lupa kita ada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM...
07/08/2026

πŸ—³οΈ Jangan balik awal tau! πŸ˜„

Selain sukan dan pelbagai aktiviti menarik, jangan lupa kita ada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Alumni Integrasi Temerloh (AITEM).

Inilah masa untuk kita sama-sama mendengar perkembangan AITEM, berkongsi pandangan dan melihat perancangan persatuan untuk masa akan datang.

πŸ“… 8 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ•’ 3.00 Petang
πŸ“ Dewan Utama SBPI Temerloh

Semua ahli alumni dijemput hadir.

Lepas penat di padang dan gelanggang, jom sama-sama memenuhi dewan.

Suara anda, pandangan anda dan kehadiran anda amat bermakna buat AITEM. πŸ’™πŸ’›

Jumpa petang nanti!

🏐 Bola Jaring ,Jadual perlawanan & senarai pemain dah keluar! 😍Esok kita jumpa di gelanggang!Terima kasih kepada semua y...
07/08/2026

🏐 Bola Jaring ,Jadual perlawanan & senarai pemain dah keluar! 😍

Esok kita jumpa di gelanggang!

Terima kasih kepada semua yang sudi join kategori Bola Jaring 5 on 5. Dah lama tak pegang bola, esok kita pegang balik. πŸ˜„

Main rilek-rilek, enjoy-enjoy sahaja. Jangan stress sangat nak cari kemenangan, yang penting dapat berlari, gelak, borak dan cipta kenangan baru dengan kawan-kawan lama.

Good luck kepada semua pemain! Jumpa esok di SBPI Temerloh. πŸ’™πŸ

Main sampai penat, lepas tu kita lepak dekat gerai p**a! πŸ˜†

Address

Temerloh
28010

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AITEM-Alumni Integrasi Temerloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to AITEM-Alumni Integrasi Temerloh:

Shortcuts

Share