07/08/2026
PROJEK HYBRID AVOCADO TEMERLOH (HAT) - SATU LAGI INOVASI HYBRID NURSERY
Musim Jun dan Julai 2026 telah menyaksikan lambakan dan kejatuhan teruk harga durian di Malaysia, sama ada durian kahwin atau durian kampung.
Keadaan ini tidak pernah berlaku di negara pengeluar durian nombor satu dunia - Thailand - kerana pengurusan industri dan pemasaran yang efektif sama ada bagi bekalan dalam negara atau eksport.
Justeru, sebagai pekebun kecil serta pengeluar anak benih durian dan buah-buahan, syarikat keluarga saya Hybrid Agro Farm & Nursery Hybrid Nursery perlu mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan hasil pengeluaran menerusi kaedah multi-crops, agar pendapatan tidak terjejas teruk, jika hanya bergantung kepada tanaman tunggal (mono-crop).
Namun, sebelum membuat pilihan tanaman alternatif berkenaan, aspek berikut perlu diambilkira.
1. Kesesuaian tanaman dengan tanah dan iklim setempat.
2. Permintaan yang tinggi di pasaran dan kurang bekalan tempatan.
3. Sesuai dengan selera dan citarasa penduduk tempatan.
4. Boleh menghasilkan pelbagai produk hiliran selain dimakan mentah / segar.
5. Mempunyai khasiat yang terbukti baik untuk kesihatan.
Selepas membuat penyelidikan dan kajian pasaran berdasarkan lima aspek berkenaan, saya mendapati tanaman Avocado adalah pilihan terbaik dan mempunyai potensi masa depan yang luas.
Perangkaan terbaru Perdagangan Malaysia menunjukkan, negara kita mengimport 5,036 tan metrik Avocado segar dan kering bernilai RM70 juta setahun.
Ironinya, permintaan terhadap Avocado di Malaysia meningkat pada kadar yang sangat dinamik, iaitu 33 peratus setiap tahun, sejak lima tahun lalu.
Ia didorong oleh faktor pop**ariti Avocado sebagai “Makanan Sihat.”
Antara negara pembekal utama Avocado yang dibawa masuk ke Malaysia ialah Australia, Kenya, Afrika Selatan, Mexico dan Peru.
Justeru, Hybrid Nursery sudah membuat persediaan awal sejak setahun lalu untuk menceburi industri pengeluaran benih dan tanaman Avocado seluas empat ekar yang dikenali sebagai Projek Hybrid Abocado Temerloh (HAT).
Sebagai persediaan awal, syarikat kami sudah mempunyai koleksi sembilan varieti pokok induk Avocado yang paling sesuai ditanam di kawasan dataran rendah di Malaysia.
Ia meliputi klon QAV1 dari Sabah serta baka import Beauty, SWY02, Roro, AJS, Belmon, Vietnam 034, TA21 dan Miki.
Ciri-ciri utama Avocado berkenaan ialah mampu mengeluarkan hasil dalam tempoh kurang tiga tahun, pokok rendah dan rendang, buah bersaiz besar dan isinya tebal serta yang yang sedap sama ada dimakan segar atau dibuat jus.
Untuk pesanan dan pertanyaan anak benih Avocado serta lebih 80 jenis durian dan buah-buahan komersil, sila mesej kami di WhatsApp 0139288288 Hybrid Nursery dengan menyertakan nama dan lokasi anda.
Kami tidak akan melayan mesej tanpa maklumat pribadi atau panggilan scammer yang menyamar sebagai pegawai jabatan dan agensi tertentu.
KHAIDIR AHMAD
Wartawan Tua
Pengasas Hybrid Nursery.