EKSA IKTBN Temerloh

EKSA IKTBN Temerloh EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang ditambah baik di
samping penambahan beberapa elemen

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK EKSA IKTBN TEMERLOH BIL.2/2026πŸ“†  Tarikh   : 13 Mac 2026 | Jumaat⏰  Masa    : 3.00 petangπŸ—Ύ T...
17/03/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK EKSA IKTBN TEMERLOH BIL.2/2026

πŸ“† Tarikh : 13 Mac 2026 | Jumaat
⏰ Masa : 3.00 petang
πŸ—Ύ Tempat : Bilik Mesyuarat Utama IKTBN Temerloh

Agenda Mesyuarat:-

1.0 Ucapan aluan Pengerusi
2.0 Status laporan aktiviti jawatankuasa kecil Induk EKSA
3.0 Penyelarasan pembelian cat bersama Ketua Zon
4.0 Hal-hal lain

LAWATAN AUDIT PENSIJILAN SEMULA EKSA OLEH KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS) DI IKTBN TEMERLOH30 Januari 2026IKTBN Temerl...
30/01/2026

LAWATAN AUDIT PENSIJILAN SEMULA EKSA OLEH KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS) DI IKTBN TEMERLOH

30 Januari 2026
IKTBN Temerloh telah menerima Lawatan Audit Pensijilan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 28 - 29 Januari 2026. Audit selama dua hari ini melibatkan tiga orang auditor yang diketuai oleh Puan Norazrin binti Kamsor, dibantu oleh Encik Mohammad Shahid bin Mortaza dan Encik Hafizan bin Ahmad.

Ketibaan juruaudit disambut oleh pihak pengurusan IKTBN Temerloh yang diketuai oleh Tuan Pengarah, Timbalan Pengarah Latihan, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar serta barisan Jawatankuasa EKSA IKTBN Temerloh. Para auditor terlebih dahulu disajikan dengan persembahan seni silat oleh Encik Mohd Fazdil Bin Shaarani, pengajar dari Jurusan Teknologi Kejuruteraan Penyelenggaraan Automotif sebelum sesi menandatangani buku pelawat. Para auditor kemudiannya diberi taklimat ringkas mengenai Sudut Maya EKSA serta Sudut Inovasi IKTBN Temerloh sebelum mesyuarat pembukaan audit dilaksanakan.

Sesi audit dimulakan dengan pembentangan slide oleh Penyelaras EKSA dan seterusnya menyaksikan komitmen Jawatankuasa EKSA serta semua kakitangan IKTBN Temerloh dalam menyantuni para auditor semasa lawatan pemeriksaan di zon EKSA yang telah digazetkan. Zon yang dinilai merangkumi bangunan-bangunan pentadbiran, bengkel latihan, fasiliti sukan, asrama serta dewan makan, masjid dan juga pondok pengawal.

IKTBN Temerloh telah berjaya mengekalkan pensijilan EKSA tahap cemerlang, menunjukkan komitmen semua terhadap pelaksanaan EKSA di IKTBN Temerloh. Tuan Pengarah telah berbesar hati menyampaikan cenderhati kepada para auditor sebaik sahaja selesai mesyuarat penutup. Semoga dengan kejayaan mendapat pensijilan semula ini menjadi motivasi kepada warga IKTBN Temerloh untuk terus membudayakan amalan EKSA.




GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA IKTBN TEMERLOH BIL.1/20269 Januari 2026 (Jumaat) – Aktiviti Gotong Royong Perdana bilangan 1 ...
26/01/2026

GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA IKTBN TEMERLOH BIL.1/2026

9 Januari 2026 (Jumaat) – Aktiviti Gotong Royong Perdana bilangan 1 tahun 2026 telah dilaksanakan di semua Zon EKSA IKTBN Temerloh. Pelbagai aktiviti dilaksanakan bermula dengan senamrobik, seterusnya agihan kumpulan bersama pelajar untuk aktiviti disetiap ZON. Aktiviti persiapan tempat bagi minggu peperiksaan akhir di dewan serbaguna juga dilaksanakan. Objektif utama aktiviti ini dilaksanakan adalah bagi membuat persiapan pengauditan semula EKSA DIY yang bakal berlangsung pada 26-28 Januari 2026.
Terima kasih kepada semua terlibat.

BERSAMA KITA MEMBUDAYAKAN AMALAN EKSA DI IKTBN TEMERLOH

Gotong Royong Perdana IKTBN Temerloh Bil.2/2025 telah diadakan pada 27 September 2025 sempena Hari Cuci Malaysia. Progra...
23/01/2026

Gotong Royong Perdana IKTBN Temerloh Bil.2/2025 telah diadakan pada 27 September 2025 sempena Hari Cuci Malaysia. Program dimulakan dengan senamrobik di dewan besar dan diikuti dengan perasmian Hari Cuci Malaysia oleh Timbalan Pengarah Latihan IKTBN Temerloh sebelum memulakan gotong royong di zon masing-masing. Program Hari Cuci Malaysia ini telah mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records.

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK EKSA IKTBN TEMERLOH BIL.2/2025πŸ“†  Tarikh : 12 September  2025 | Jumaat⏰  Masa : 3.00 petangπŸ—Ύ...
17/09/2025

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK EKSA IKTBN TEMERLOH BIL.2/2025

πŸ“† Tarikh : 12 September 2025 | Jumaat
⏰ Masa : 3.00 petang
πŸ—Ύ Tempat : Bilik Mesyuarat Utama IKTBN Temerloh

Agenda Mesyuarat:-

1.0 Ucapan aluan Pengerusi
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat JK INDUK EKSA BIL.1/2025
3.0 Perkara-perkara Berbangkit
4.0 Status Perlaksanaan Aktiviti Jawatankuasa Induk EKSA 2025
5.0 Hal-hal lain

LAWATAN PENANDA ARAS EKSAKOLEJ VOKASIONAL TEMERLOH DI IKTBN TEMERLOHπŸ“… Tarikh : 27 Ogos 2025πŸ•˜ Masa : 9.00 pagi – 1.00 ten...
27/08/2025

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA
KOLEJ VOKASIONAL TEMERLOH DI IKTBN TEMERLOH

πŸ“… Tarikh : 27 Ogos 2025
πŸ•˜ Masa : 9.00 pagi – 1.00 tengah hari
πŸ“ Tempat : IKTBN Temerloh

Pada 27 Ogos 2025, IKTBN Temerloh telah menerima lawatan penanda aras EKSA daripada Kolej Vokasional Temerloh. Ketibaan rombongan telah disambut mesra oleh barisan Jawatankuasa EKSA IKTBN Temerloh.

Sebelum memulakan sesi, para pegawai dijemput untuk menikmati jamuan sarapan pagi yang disediakan. Seterusnya, rombongan diberikan taklimat berkaitan amalan EKSA yang dilaksanakan di IKTBN Temerloh.

Selesai sesi taklimat, para pegawai dibawa melawat ke zon-zon EKSA bagi melihat dengan lebih dekat inisiatif serta kreativiti yang telah digerakkan oleh warga IKTBN Temerloh dalam memastikan suasana kerja yang kondusif, kemas dan sistematik.Lawatan ini diakhiri dengan jamuan makan tengah hari sebelum rombongan berangkat pulang.

Pihak IKTBN Temerloh mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Kolej Vokasional Temerloh atas kesudian mengadakan lawatan ini. Semoga jalinan kerjasama ini dapat memperkukuh perkongsian ilmu dan memperkasakan lagi pelaksanaan EKSA di kedua-dua institusi.




KURSUS AUDIT EKSA BERSAMA CHAMPION EKSA IKTBN TEMERLOH 2025Pada 21 Ogos 2025 (Khamis), IKTBN Temerloh telah menganjurkan...
23/08/2025

KURSUS AUDIT EKSA BERSAMA CHAMPION EKSA IKTBN TEMERLOH 2025

Pada 21 Ogos 2025 (Khamis), IKTBN Temerloh telah menganjurkan Kursus Audit EKSA yang bertujuan memberi pendedahan dan pemahaman kepada semua kakitangan kursusnya kepada juruaudit yang dilantik mengenai proses pelaksanaan audit EKSA di institusi ini.

Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Rosnawati Bt Abu Bakar, Champion EKSA dari Kolej Komuniti Selandar, Melaka yang berkongsi ilmu serta pengalaman dalam memastikan pengurusan EKSA dilaksanakan dengan lebih sistematik dan berkesan.

Semoga penganjuran kursus ini dapat meningkatkan kefahaman serta komitmen warga kerja IKTBN Temerloh dalam mengekalkan persekitaran kerja yang kondusif, produktif dan berkualiti.

GOTONG-ROYONG PERDANA PENDUDUK IKTBN TEMERLOH 2025πŸ“… Tarikh: 16 Ogos 2025 (Sabtu)πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 1.00 petangπŸ“ Tempat:...
16/08/2025

GOTONG-ROYONG PERDANA PENDUDUK IKTBN TEMERLOH 2025

πŸ“… Tarikh: 16 Ogos 2025 (Sabtu)
πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
πŸ“ Tempat: Kuarters IKTBN Temerloh

Alhamdulillah, pada pagi ini telah berlangsung Gotong-Royong Perdana Penduduk IKTBN Temerloh yang melibatkan penyertaan aktif daripada seluruh warga kuarters serta pihak kontraktor pembersihan institut. Aktiviti ini bermula seawal jam 8.00 pagi dimulai dengan taklimat ringkas dari Pengerusi Kuarters IKTBN Temerloh. Sebelum bermula gotong royong warga kuarters yang hadir dihidangkan dengan sarapan pagi hasil sumbangan makanan ( secara potluck) dari warga kuarters dan program berakhir sekitar jam 1.00 petang.

Program ini turut mendapat sokongan dan penglibatan daripada Tuan Pengarah IKTBN Temerloh merangkap Penaung Jawatankuasa Penduduk , yang sentiasa memberi dorongan serta galakan demi memastikan kebersihan dan keharmonian kawasan kuarters sentiasa terjaga.
Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuk:
β€’ Pembersihan kawasan sekitar kuarters
β€’ Pembaikkan sistem elektrikal kuarters
β€’ Pungutan sampah domestik dan pukal
β€’ Membersih longkang dan saluran pembentongan
β€’ Penyusunan semula ruang dan persekitaran

Program ini diakhiri dengan jamuan makan tengah hari hasil daripada kerjasama pihak suri dalam menyiapkan juadah. Kehadiran dan komitmen yang tinggi daripada para penduduk amat dihargai. Semangat kerjasama dan kekitaan yang ditunjukkan sepanjang program ini berlangsung mencerminkan keprihatinan warga penduduk IKTBN Temerloh dalam menjaga kebersihan, keselamatan dan keselesaan kawasan kediaman.

Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi memupuk semangat kejiranan yang utuh serta mewujudkan persekitaran yang sihat dan harmoni untuk semua.




LAWATAN PENANDA ARAS EKSA ADTEC JTM KAMPUS PEDAS KE IKTBN TEMERLOHTarikh : 14 Ogos 2025 (Khamis)Masa : 9.30 pagi - 01.00...
15/08/2025

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA ADTEC JTM KAMPUS PEDAS KE IKTBN TEMERLOH

Tarikh : 14 Ogos 2025 (Khamis)
Masa : 9.30 pagi - 01.00 petang

ADTEC JTM Kampus Pedas telah mengadakan Lawatan penanda aras EKSA ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh.

Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman, idea kreatif, serta amalan terbaik dalam pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan tempat kerja yang lebih sistematik, kondusif dan produktif.

Delegasi ADTEC JTM Kampus Pedas disambut mesra oleh Tuan Pengarah dan pasukan EKSA IKTBN Temerloh didahului dengan sesi taklimat, perkongsian amalan terbaik, sesi soal jawab serta lawatan ke zon-zon EKSA,

Program ini telah memperkukuh hubungan silaturahim antara kedua-dua institusi selain memberi inspirasi untuk terus mempertingkatkan pelaksanaan EKSA selaras dengan amalan budaya kerja cemerlang.

Terima kasih ADTEC JTM Kampus Pedas atas kunjungan dan perkongsian yang bermanfaat. Semoga hubungan kerjasama ini akan terus berkekalan demi kecemerlangan bersama.




GOTONG ROYONG PERDANA IKTBNT, KUTIPAN BAHAN KITAR SEMULA 2/2025Tarikh : 12 – 13 Ogos  2025 Masa  : 8.00 pagi - 5.00 peta...
13/08/2025

GOTONG ROYONG PERDANA IKTBNT, KUTIPAN BAHAN KITAR SEMULA 2/2025

Tarikh : 12 – 13 Ogos 2025
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Program Gotong Royong Perdana EKSA ini dianjurkan oleh Jawatankuasa INDUK EKSA IKTBN Temerloh sebagai salah satu usaha mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, bersih, dan teratur. Selain itu, program ini turut mengadakan aktiviti kutipan bahan kitar semula bagi menggalakkan amalan hijau serta meningkatkan kesedaran warga institut terhadap kepentingan kelestarian alam sekitar. Objektif Program adalah untuk
1. Meningkatkan kesedaran warga institut terhadap kepentingan kebersihan dan
kekemasan persekitaran.
2. Memupuk semangat kerjasama dan kesukarelawanan dalam kalangan
kakitangan dan pelajar.
3. Menggalakkan amalan kitar semula sebagai langkah mengurangkan sisa pepejal.
4. Memastikan pematuhan kepada piawaian Ekosistem Kondusif Sektor Awam
(EKSA)

Aktiviti yang dilaksanakan adalah
Gotong Royong Perdana EKSA
β€’ Membersihkan kawasan pejabat, bilik kuliah, bengkel dan asrama.
β€’ Menyusun semula peralatan dan dokumen mengikut standard EKSA.
β€’ Mengecat semula beberapa kemudahan seperti papan tanda dan pagar.

Kutipan Kitar Semula
β€’ Mengumpul barangan seperti kertas, plastik, tin aluminium, barangan elektrik
dan botol kaca.
β€’ Penimbangan hasil kutipan untuk rekod:
β€’ Bahan yang dikumpul disalurkan ke pusat kitar semula yang berdaftar

Hasil & Pencapaian
1. Persekitaran IKTBN Temerloh kelihatan lebih kemas, bersih dan teratur.
2. Kesedaran tentang amalan hijau meningkat dalam kalangan warga institut.
3. Memenuhi sebahagian kriteria penilaian EKSA untuk tahun semasa.

Kesimpulan
Program Gotong Royong Perdana EKSA dan aktiviti kutipan kitar semula ini telah mencapai objektif yang ditetapkan. Diharapkan program seperti ini dapat dijadikan acara tahunan bagi memastikan persekitaran kerja sentiasa kondusif dan budaya hijau terus diamalkan.


ESI TAKLIMAT EKSA BERSAMA PELAJAR BAHARU SESI 2/2025Temerloh - 8 Ogos 2025 (Jumaat).Sempena Minggu Paradigma, IKTBN Teme...
11/08/2025

ESI TAKLIMAT EKSA BERSAMA PELAJAR BAHARU SESI 2/2025
Temerloh - 8 Ogos 2025 (Jumaat).
Sempena Minggu Paradigma, IKTBN Temerloh
Jawatankuasa EKSA IKTBN Temerloh telah mengadakan satu sesi taklimat bersama pelajar baharu Sesi 2/2025 bersempena Minggu Paradigma yang berlangsung di Dewan Serbaguna institut.
Taklimat ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada pelajar mengenai EKSA di IKTBN Temerloh. Antara perkara utama yang disentuh sepanjang sesi adalah:
1. Pengenalan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam dengan
memberi kefahaman kepada pelajar berkenaan tanggungjawab
warga IKTBN Temerloh tentang kepentingan EKSA
2. Taklimat berkaitan faedah yang diperolehi hasil daripada perlaksanaan amalan EKSA
3. Jawatankuasa EKSA juga mengambil kesempatan menerangkan kepada pelajar tentang kitar semula berkaitan tindakan yang merosakkan alam sekitar dan tindakan setiap individu tentang pemelihara dan pemuliharaan alam sekitar serta kesannya.
4. Taklimat juga disertakan dengan beberapa aktiviti yang telah dijalankan serta aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak jawatankuasa EKSA IKTBN Temerloh
5. Jawatankuasa EKSA terus komited dalam menyampaikan maklumat penting secara telus dan berkesan kepada warga IKTBN Temerloh demi menjadikan amalan EKSA rutin harian mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Sesi ini berlangsung dengan lancar dan mendapat perhatian
positif daripada pelajar yang dilihat bersemangat untuk
mengamalkan amalan EKSA seterusnya komited mengekalkan anugerah persijilan EKSA dalam kategori Cemerlang.



Address

Temerloh
28500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6092805550

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when EKSA IKTBN Temerloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category