20/12/2025
A good sharing to add knowledge for parents..let's learn together.. ❤️❤️ https://www.facebook.com/61580545013787/posts/122117941581018167/.
Horeey, dah nak cuti sekolah!
Musim cuti adalah masa terbaik untuk ibu bapa memerhati, memantau dan memberi perhatian terhadap sokongan intergrasi sensori anak autistik.
Apa yang perlu dilakukan? Ini 5 langkah utama 👇
✅️ Fahami Sensory Differences Anak
1. Kenali sama ada anak mengalami Sensory Sensitivity atau Sensory Processing Disorder terhadap sensori tertentu.
2. Catat aktiviti atau situasi yang menyebabkan anak memberi reaksi hyper/hyposensitivity supaya ibu bapa dapat merancang strategi.
✅️ Ubah Persekitaran Mesra Sensori
1. Kawal sensori di sekeliling anak, misalnya:
💡 Gunakan cahaya lampu yang tidak terlalu terang
💡 Latih anak menggunakan headphones kedap bunyi
💡 Sediakan ruang sesuai untuk anak 'recharge' atau rehatkan sensori/menenangkan diri
💡Elakkan terlalu banyak ransangan sensori serentak - bunyi yang kuat, cahaya terang, ramai orang
✅️ Aktiviti Sensori Harian
1. Sentuhan
💡 Aktiviti bermain pasir, playdough, melukis dan mewarna dengan jari menggunakan watercolour
✔️ Bantu anak membiasakan diri dengan tekstur
2. Proprioseptif
💡 Aktiviti memeluk bantal, berenang, melompat trampolin
✔️ Bantu anak merasa kedudukan badan dan mengawal pergerakan
3. Vestibular
💡 Aktiviti menggoyangkan atau menghayunkan badan, berpusing-pusing perlahan
✔️ Bantu anak mengimbangi badan dan fokus
4. Pendengaran
💡 Aktiviti bermain alatan muzik atau mendengar muzik yang lembut (calm), mendengar bunyi alam seperti rintik hujan, tiupan angin, ombak, siulan burung, air mengalir
✔️ Bantu anak mengenal dan menerima bunyi secara perlahan-lahan
5. Penglihatan
💡 Aktiviti bermain puzzle, membaca buku bergambar
✔️ Bantu anak fokus pada visual dan latih koordinasi mata
6. Rasa
💡 Aktiviti bermain dengan straw, mengunyah makanan bertekstur (rangup atau liat), meniup belon
✔️ Bantu anak menguatkan otot mulut & rahang, membiasakan dengan tekstur, mengurangkan tingkahlaku menggigit objek
7. Introceptif
💡 Aktiviti yang melibatkan Body Check-In : Perut lapar? Perut kenyang? Buang air? Letih? Sedih? Gembira? Badan sejuk? Badan panas?
💡 Sediakan jadual/rutin dan ikut waktu makan, ke tandas, bermain, tidur, etc. sewaktu cuti sekolah supaya mudah untuk ibu bapa pantau dan memahami apa yang dirasai anak
✔️ Bantu anak mengesan dan mengenalpasti apa yang dirasai, latih anak meluahkan ketidakselesaan, mengelakkan meltdowns
✅️ Konsisten & Perlahan-lahan
1. Mulakan aktiviti perlahan-lahan, tingkatkan kemahiran sedikit demi sedikit
2. Elak memaksa anak dengan ransangan sensori baru secara tiba-tiba
3. Puji usaha anak, bukan fokus kepada hasil semata-mata.
✅️ Bantuan Pakar
1. Dapatkan bantuan pakar Occupational Therapist (OT) atau pandangan doktor sekiranya ibu bapa mendapati anak perlukan sokongan dan latihan yang lebih rapi. Usah bertangguh!
2. Jangan malu untuk minta dibantu. Lagi awal anak-anak autistik dilatih, lagi cepat mereka membina kemahiran diri.
Yang penting, ibu bapa jangan stress-stress, okay! Kena selalu ingatkan diri, kita bukan nak fix atau memulihkan anak autistik. Nope! Tetapi, kita cuba bantu meningkatkan keupayaan dengan kemahiran yang mereka sedia ada. Selebihnya kita tawakkal, Insya Allah 💛
Nota: Scotland pun dah terasa vibe holiday; Christmas & cuti sekolah.