SK Bandar Temerloh- Integ

SK Bandar Temerloh- Integ Komuniti Facebook Warga SK Bandar Temerloh.

🌟 SEMOGA BERJAYA, WIRA-WIRA TEMERLOH! πŸβš½πŸ’™πŸ’›Syabas dan tahniah! πŸŽ‰Seramai 6 orang murid Prasekolah SK Bandar Temerloh telah...
19/08/2026

🌟 SEMOGA BERJAYA, WIRA-WIRA TEMERLOH! πŸβš½πŸ’™πŸ’›

Syabas dan tahniah! πŸŽ‰

Seramai 6 orang murid Prasekolah SK Bandar Temerloh telah terpilih mewakili Daerah Temerloh dalam pertandingan Bola Jaring, manakala 2 orang murid terpilih mewakili daerah dalam pertandingan Bola Sepak ke Karnival Sukan Prasekolah Peringkat MSSP.

🏐 Bola Jaring – 6 orang murid
⚽ Bola Sepak – 2 orang murid
πŸ“ Cameron Highlands
πŸ“… 18 – 20 Ogos 2026

Seluruh warga SK Bandar Temerloh amat berbangga dengan pencapaian dan pemilihan anak-anak ini. ❀️

Teruskan berjuang dengan penuh semangat, keyakinan dan kesungguhan! πŸ’ͺ✨

Bersatu β€’ Berusaha β€’ Berjaya!

🏐⚽ SEMOGA BERJAYA, TEAM TEMERLOH! πŸ†








πŸ›‘οΈ SAFE – BERSAMA-SAMA HENTIKAN BULI! πŸ›‘οΈSekolah yang selamat dan sejahtera bermula dengan sikap saling menghormati, meny...
18/08/2026

πŸ›‘οΈ SAFE – BERSAMA-SAMA HENTIKAN BULI! πŸ›‘οΈ

Sekolah yang selamat dan sejahtera bermula dengan sikap saling menghormati, menyayangi, mengambil berat dan melindungi antara satu sama lain. πŸ’™

Pada 28.7.2026 (Selasa) telah bersangsung program Safe kepada murid-murid Tahap 2 di SK Bandar Temerloh (Integ). Pengisian program adalah taklimat kepada murid mengenai SAFE. Aktiviti LDK diteruskan dengan murid membuat "NUDGES" berkumpulan. Pada 10.8.2026 (Isnin) telah disampaikan hadiah untuk para pemenang. Tahniah πŸ‘πŸ‘πŸ‘ dan syabasπŸ‘πŸ‘πŸ‘ diucapkan.

Melalui School Anti-Bullying Framework for Empowerment (SAFE) / Kerangka Antibuli Sekolah untuk Pemerkasaan, SK Bandar Temerloh (INTEG) terus memperkukuh usaha mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, penyayang dan bebas daripada buli.

🌟 Amalan Sekolah Penyayang – Amalan 6S
😊 Senyum β€’ πŸ‘‹ Salam β€’ πŸ’¬ Sapa β€’ 🀝 Sopan β€’ πŸ’— Santun β€’ ❀️ Sayang

πŸ’œ Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) – Kitakan Sahabat
Bantu Diri untuk Bantu Orang Lain
PRS menjadi rakan yang penyayang, peka, prihatin, pendengar, pembimbing dan pelindung.

πŸ’™ Kaunseling Berfokus
Memberikan intervensi awal, perubahan tingkah laku dan sokongan berterusan kepada murid yang memerlukan.

🀝 Ayuh kita bersama-sama membina budaya sekolah yang menolak segala bentuk buli. Jangan berdiam diri apabila melihat atau mengalami perbuatan buli. Bersuara, laporkan dan saling melindungi.

✨ Sekolah Selamat, Murid Sejahtera, Masa Depan Gemilang!

🚫 BERSAMA-SAMA HENTIKAN BULI! 🚫










πŸ“šβœ¨ BUAL BICARA MATRIKS TAHUN 4 BERSAMA IBU BAPA βœ¨πŸ“šAlhamdulillah, telah berlangsung Program Bual Bicara Matriks Tahun 4 B...
18/08/2026

πŸ“šβœ¨ BUAL BICARA MATRIKS TAHUN 4 BERSAMA IBU BAPA βœ¨πŸ“š

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Bual Bicara Matriks Tahun 4 Bersama Ibu Bapa pada 6 Ogos 2026 (Khamis) bertempat di Bilik Seminar, SK Bandar Temerloh.

Program ini menjadi wadah penting untuk memperkukuh kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam memastikan perkembangan serta kecemerlangan anak-anak sentiasa diberi perhatian. πŸ€πŸ’™

Antara pengisian program:
βœ… Penataran Matriks Tahun 4
βœ… Analisis PBD Tahun 4
βœ… Perbincangan program Tahun 4
βœ… Penyerahan Slip PBD Tahun 4

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa Tahun 4 atas kehadiran, sokongan dan komitmen yang diberikan. 🌷

Bersama kita bantu, bersama kita cemerlang.
Kerjasama ibu bapa, kunci kejayaan anak-anak. ❀️

🌟 BERUSAHA β€’ BERDISIPLIN β€’ BERILMU β€’ BERAKHLAK 🌟





🌟 PROGRAM KEHADIRAN MURID: NO-SKIP CHALLENGE πŸŒŸπŸ’š β€œSifar Ponteng, Datang Cemerlang!” πŸ’šAlhamdulillah, πŸ“š SK Bandar Temerloh ...
18/08/2026

🌟 PROGRAM KEHADIRAN MURID: NO-SKIP CHALLENGE 🌟

πŸ’š β€œSifar Ponteng, Datang Cemerlang!” πŸ’š
Alhamdulillah, πŸ“š SK Bandar Temerloh (INTEG) dengan sukacitanya telah melaksanakan Program Kehadiran Murid – No-Skip Challenge pada 3 Ogos 2026 (Isnin), jam 7:30 pagi di Dataran Perhimpunan bagi menggalakkan murid hadir ke sekolah secara konsisten dan membudayakan amalan datang ke sekolah setiap hari.

➑️ Untuk kelas yang mencatat peratus kehadiran tertinggi bagi tempoh Januari hingga Jun 2026.

➑️ Khas untuk murid yang mencapai kehadiran penuh dari Januari hingga Jun 2026.

Tahniah πŸ‘πŸ‘πŸ‘ dan SyabasπŸ‘πŸ‘πŸ‘ diucapkan kepada para pemenang. Semoga dengan pencapaian ini dapat meningkatkan motivasi dan pengiktirafan kepada murid yang menunjukkan komitmen terhadap kehadiran ke sekolah.

βœ… Syarat Penting:
⏰ Hadir ke sekolah sebelum 7:30 pagi

🚫 Tiada ponteng sepanjang tempoh penilaian

🎯 Sasaran:

Prasekolah β€’ Tahun 1–6 β€’ PPKI

πŸ’¬ β€œDatang sekolah setiap hari, bina masa depan yang cemerlang!”

Marilah kita bersama-sama menyokong dan memberi galakan kepada anak-anak untuk hadir ke sekolah dengan penuh semangat.

Setiap hari hadir, setiap hari belajar, setiap hari membina masa depan! πŸŒˆπŸ“–βœ¨

πŸ”₯ SIFAR PONTENG, MASA DEPAN GEMILANG! πŸ”₯
πŸ“Œ Anjuran:

Unit HEM & Unit Bimbingan dan Kaunseling

SK Bandar Temerloh (INTEG)





πŸŽ“βœ¨ MAJLIS UKHUWAH TAHUN 6 – SEBATI MENUJU KECEMERLANGAN βœ¨πŸŽ“Alhamdulillah, pada 9 Julai 2026 (Khamis), jam 10.00 pagi, tel...
18/08/2026

πŸŽ“βœ¨ MAJLIS UKHUWAH TAHUN 6 – SEBATI MENUJU KECEMERLANGAN βœ¨πŸŽ“

Alhamdulillah, pada 9 Julai 2026 (Khamis), jam 10.00 pagi, telah berlangsung Majlis Ukhuwah Tahun 6 bertempat di Bilik Seminar, SK Bandar Temerloh sebagai wadah perkongsian dan penyampaian maklumat penting kepada ibu bapa dalam mempersiapkan anak-anak menghadapi fasa seterusnya dalam pendidikan. πŸ’œ

Antara pengisian taklimat ialah:
πŸ”Ή PKSK
πŸ”Ή SBP & MRSM
πŸ”Ή Sekolah feeder
πŸ”Ή Program Tahun 6
πŸ”Ή Pelaporan PBD
πŸ”Ή Penyerahan slip PBD

Semoga pertemuan ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara pihak sekolah dan ibu bapa, di samping memberikan panduan serta persediaan terbaik untuk anak-anak Tahun 6 melangkah ke alam pendidikan yang seterusnya. 🌷

πŸ’œ Sebati Menuju Kecemerlangan
🌟 Bersama membimbing, bersama menyokong, bersama mencipta kejayaan.





✨ PELANCARAN SISTEM CASHLESS & BUAL BICARA BERSAMA IBU BAPA SK BANDAR TEMERLOH 2026 ✨Alhamdulillah, telah berlangsung de...
15/08/2026

✨ PELANCARAN SISTEM CASHLESS & BUAL BICARA BERSAMA IBU BAPA SK BANDAR TEMERLOH 2026 ✨

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Pelancaran Sistem Cashless dan Bual Bicara Bersama Ibu Bapa di Dewan Pendeta Za’ba, SK Bandar Temerloh pada 13 Ogos 2026.

Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh En. Mohd Badli bin Rasli, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh selaku wakil rasmi Tuan Haji Zulkifli bin Mat Nasir, Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh.

Pelancaran Sistem Cashless yang dilaksanakan dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional menjadi satu lagi langkah ke hadapan SK Bandar Temerloh dalam membudayakan penggunaan teknologi serta mewujudkan urusan transaksi yang lebih mudah, selamat dan efisien dalam kalangan warga sekolah.

Majlis turut diteruskan dengan Dialog Prestasi bersama ibu bapa, meliputi perkongsian berkaitan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), perkembangan dan pencapaian murid serta ruang soal jawab bersama pihak sekolah.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini, khususnya barisan pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan penjaga serta pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Sistem Cashless.

Semoga jalinan kerjasama erat antara sekolah dan ibu bapa terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan serta kemenjadian anak-anak SeBaTI.

SeBaTI NUMBER ONE! 🌟

🎬✨ PERASMIAN STUDIO SeBaTiEduTV ✨🎬Satu lagi langkah ke hadapan dalam memperkasakan pembelajaran digital dan kreativiti m...
09/08/2026

🎬✨ PERASMIAN STUDIO SeBaTiEduTV ✨🎬

Satu lagi langkah ke hadapan dalam memperkasakan pembelajaran digital dan kreativiti murid di SK Bandar Temerloh.

Alhamdulillah, Studio SeBaTiEduTV telah selamat dirasmikan oleh Encik Mohd Azly bin Dato’ Indera Haji Norzan.

Penubuhan studio ini merupakan salah satu inisiatif Pusat Sumber Sekolah dalam menyediakan ruang kepada murid untuk meneroka dunia penyiaran dan penghasilan kandungan digital secara lebih kreatif dan menyeronokkan.

Melalui SeBaTiEduTV, murid berpeluang mengembangkan bakat dan kemahiran dalam bidang pengacaraan, kewartawanan, rakaman video, fotografi, suntingan serta penghasilan kandungan kreatif, di samping membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Azly bin Dato’ Indera Haji Norzan atas kesudian menyempurnakan perasmian studio ini serta memberikan sokongan terhadap usaha sekolah dalam memperkasa potensi dan bakat murid.

Terima kasih juga kepada barisan pentadbir, guru-guru serta semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan idea sehingga Studio SeBaTiEduTV dapat direalisasikan.

Semoga studio ini terus menjadi ruang untuk anak-anak SeBaTI belajar, berkarya, bersuara dan menyerlahkan potensi mereka. 🌟

🎬 SeBaTiEduTV β€” Kecil Ruangnya, Besar Impiannya.

Apa khabar, cikgu? ❀️Setiap pagi, kita hadir bukan sekadar untuk mengajar.Kita hadir untuk membimbing, memberi inspirasi...
09/08/2026

Apa khabar, cikgu? ❀️

Setiap pagi, kita hadir bukan sekadar untuk mengajar.
Kita hadir untuk membimbing, memberi inspirasi dan membuka ruang kepada anak-anak untuk mengenal potensi diri mereka.

Ada hari yang mudah, ada hari yang mencabar.
Namun di sebalik setiap usaha seorang guru, ada anak-anak yang sedang belajar untuk menjadi insan yang lebih baik.

β˜€οΈ Datang dengan senyuman.
🌱 Mendidik dengan keikhlasan.
✨ Mengajar dengan semangat.
❀️ Pulang dengan rasa bahawa hari ini ada sesuatu yang telah kita berikan.

CIKGU GEMBIRA KE SEKOLAH.
Kerana di sebalik pintu kelas itu, ada generasi yang menanti untuk kita bimbing. 🌷

Datang bukan sekadar untuk hadir. Datang untuk belajar, mencuba dan menjadi lebih baik daripada semalam. 🌟Setiap pagi ad...
09/08/2026

Datang bukan sekadar untuk hadir. Datang untuk belajar, mencuba dan menjadi lebih baik daripada semalam. 🌟

Setiap pagi ada peluang baharu.
Ada ilmu yang menanti, ada pengalaman yang bakal dilalui dan ada impian yang sedang dibina.

πŸŽ’ Rajin ke sekolah.
πŸ“š Rajin menimba ilmu.
πŸ’ͺ Berani mencuba.
🎯 Terus kejar impian.

Kerana kejayaan yang besar bermula dengan satu langkah kecil β€” hadir ke sekolah dengan penuh semangat!

JOM KE SEKOLAH! 🏫✨
Hari ini kita belajar, esok kita berjaya.

Address

Jalan Merdeka
Temerloh
28000

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Bandar Temerloh- Integ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Bandar Temerloh- Integ:

Shortcuts

Share