07/03/2026
SALAM NUZUL AL-QURAN 1447H
Al-Quran merupakan kalam Allah SWT yang menjadi mukjizat terbesar kepada Nabi Muhammad SAW. Diturunkan pada bulan Ramadan, ia menjadikan bulan yang mulia ini lebih istimewa dengan cahaya petunjuk kepada seluruh manusia.
Sebagai hamba Allah, kita dijanjikan kemuliaan apabila sentiasa bersama Al-Quran sama ada dengan menghafaz, membaca, mendengar, memahami mahupun menyokong usaha memartabatkan kalam Allah SWT.
Benarlah pesanan Rasulullah SAW melalui sabda Baginda:
تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
Maksudnya:
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh dengannya, iaitu Kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.”
Sempena Nuzul Al-Quran 1447H, warga Maahad Tahfiz Al-Istiqamah ingin mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam.
Semoga sambutan Nuzul Al-Quran pada tahun ini menjadikan kita semua lebih dekat dengan Al-Quran dengan memperbanyakkan bacaan, memahami maknanya, menghayati ajarannya serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Al-Quran dihafaz, difahami dan diamalkan
.............................
💛 Jom bantu kami melahirkan para huffaz rabbani.
Salurkan sumbangan dana pendidikan ke akaun:
Maybank :
556057547971
(Maahad Tahfiz Al Istiqamah)