17/08/2026
Penceramah Tersesat Jalan,
Pokok Tumbang melintang Jalan,
Tiada hidup tanpa Ujian
Demi melahir generasi Alquran,
Alhamdulillah..telah berlangsung KONVENSYEN GURU TAHFIZ RABBANI 2026 Pada 15 Ogos 2026 bersamaan hari sabtu yang lepas.
Kupasan,nasihat dan perkongsian yang disampaikan oleh ahli panel memberi banyak input input baru buat para asatizah yang hadir.
RESOLUSI GURU TAHFIZ RABBANI
Kami, para pendidik tahfiz, bertekad untuk menterjemahkan aspirasi
“PROFESIONALISME DIPERKASA, PERSONALITI QURANI DIBINA, JIWA MURABBI DIJIWAI”
melalui ketetapan berikut:
1. Profesional dan Kompeten
Tekad menjadi mudarris yang profesional dan kompeten dengan membuat persediaan mengajar, melaksanakan tasmik secara sistematik, merekod dan memantau prestasi hafazan serta membimbing setiap pelajar mencapai sasaran tanpa mengabaikan kualiti hafazan.
2. Qudwah Berpersonaliti Qurani
Tekad menjadi qudwah berpersonaliti Qurani dengan menjaga solat, adab, disiplin, tutur kata dan amanah, menghayati 3T – Tilawah, Tazkiah dan Taklim serta TAKMIL – Alim, Sufi dan Haraki, sekali gus menjadi contoh teladan yang baik kepada anak didik dalam akhlak, ibadah dan kehidupan seharian.
3. Murabbi yang Menyantuni Jiwa Pelajar
Kami bertekad menjadi murabbi yang menyantuni jiwa pelajar dengan mendengar, memahami dan membimbing secara empati, menggunakan komunikasi Qaulan yang baik serta menjauhi herdikan, sindiran, ugutan dan pelabelan yang boleh melukakan jiwa mereka.
4. Kemahiran Digital dan AI
Tekad meningkatkan kemahiran digital dan AI dengan memanfaatkan teknologi secara beretika untuk menyediakan bahan pengajaran, pemantauan hafazan dan aktiviti pembelajaran yang lebih kreatif, visual dan sesuai dengan keperluan generasi semasa.
5. Ekosistem Tahfiz yang Holistik dan Sejahtera
Tekad membina ekosistem tahfiz yang holistik dan sejahtera dengan memperkukuh kerjasama antara guru, ibu bapa dan pengurusan, cakna terhadap aspek JERIS pelajar serta bersama-sama menangani masalah hafazan, disiplin dan kebajikan mereka.
“Mendidik Jiwa, Menghidupkan al-Quran, Melahirkan Generasi Rabbani.”
Terima Kasih buat para ahli panel,Ust Dr Azahar Yaacob,Prof Madya Ust Dr Hafiz Salleh dan Dr Ustazah Wahibah Tahir yang hadir dan memberi inspirasi buat para asatizah..
Tahniah buat para asatizah yang hadir,ada yang datang dari Selangor,Jengka,Bentong dan Rompin..insyaAllah program ini tidak akan berakhir disini dan akan diteruskan dimasa hadapan.