Sekolah Kebangsaan Seri Songsang

Sekolah Kebangsaan Seri Songsang LAMAN FACEBOOK RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SONGSANG
Seiring Ke Arah Sayang Sekolah

18 Mei 2026 Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman. Para pendidik di SAKSESS in...
19/05/2026

18 Mei 2026

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman. Para pendidik di SAKSESS ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Songsarians atas ucapan, doa dan hadiah yang diberikan. 'Guru Bitara Nadi Negara, Insan Terdidik Negara Sejahtera'.


Tahniah diucapkan kepada dua atlet boling SAKSESS iaitu Nur Aurelia Qaireen Sofhielya dan Nur Alish Quenaira Sofhielua y...
19/05/2026

Tahniah diucapkan kepada dua atlet boling SAKSESS iaitu Nur Aurelia Qaireen Sofhielya dan Nur Alish Quenaira Sofhielua yang telah berjaya mencatatkan keputusan yang baik dalam Kejohanan Boling Peringkat MSSD Temerloh 2026 pada 5 Mei 2026 yang lalu. Kejohanan yang dijalankan di U-Bowl Starmall Mentakab itu menyaksikan Nur Aurelia Qaireen Sofhilelya berjaya mendapat tempat ke 4 keseluruhan bagi kategori Perempuan Bawah 12 Tahun. Kedua-dua atlet akan meneruskan cabaran di Kejohanan Sirkit 1 & 2 Peringkat MSS Pahang. Semoga berjaya!

6 Mei 2026Pihak sekolah mengucapkan selamat bersara buat Puan Hajah Rohaya binti Harun, Pembantu Tadbir Sekolah Kebangsa...
10/05/2026

6 Mei 2026

Pihak sekolah mengucapkan selamat bersara buat Puan Hajah Rohaya binti Harun, Pembantu Tadbir Sekolah Kebangsaan Seri Songsang yang telah menamatkan khidmat sebagai penjawat awam secara rasminya. Terima kasih atas segala khidmat bakti dan sumbangan cemerlang yang diberikan sepanjang bertugas di sini.

6 Mei 2026Satu sesi latihan kawad kebakaran telah dijalankan sebagai langkah persediaan dan kesiapsiagaan warga Songsari...
07/05/2026

6 Mei 2026

Satu sesi latihan kawad kebakaran telah dijalankan sebagai langkah persediaan dan kesiapsiagaan warga Songsarians jika berlakunya situasi kecemasan atau keadaan yang tidak diingini di sekolah.

30 April 2026. Seramai lima orang murid Sekolah Kebangsaan Seri Songsang yang telah menyertai Karnival Fitrah Murid Oran...
30/04/2026

30 April 2026.

Seramai lima orang murid Sekolah Kebangsaan Seri Songsang yang telah menyertai Karnival Fitrah Murid Orang Asli (KAFOA) di Sekolah Kebangsaan Tanjung Lalang pada hari ini. Tahniah diucapkan kepada Muhammad Nazril Daffa bin Abdullah, Khairul Yezhekal bin Khairul Nizam, Arni Nabila binti A*o, Ain Ruhaila binti Ariffin serta Nur Alisha Zara binti Abdullah yang telah mengambil bahagian dalam acara Azan dan Iqamah, Daie Cilik dan Tilawah Al-Quran atas keputusan yang cemerlang pada hari ini. Keputusan rasmi adalah seperti berikut :

🏆Khairul Yezhekal : Naib Johan Daie Cilik Lelaki
🏆Ain Ruhaila : Naib Johan Daie Cilik Perempuan
🏆Nur Alisha Zara : Ketiga Iqamah dan Doa Perempuan
🏆Arni Nabila : Ketiga Tilawah Al-Quran Perempuan

30 April 2026Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Nurul Atikah binti Mohamed Arifin, Guru Ganti MySt...
30/04/2026

30 April 2026

Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Nurul Atikah binti Mohamed Arifin, Guru Ganti MyStep yang telah menabur bakti selama hampir 2 bulan di Sekolah Kebangsaan Seri Songsang. Selamat maju jaya Cikgu Atikah.

28 April 2026Berakhir sudah hari kemuncak Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Kebangsaan Seri Songsang Kali ke-27/2026. P...
30/04/2026

28 April 2026

Berakhir sudah hari kemuncak Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Kebangsaan Seri Songsang Kali ke-27/2026. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama memeriahkan KOT SAKSESS 2026. Berikut merupakan keputusan rasmi kejohanan :

Johan Keseluruhan : Rumah Biru
Olahragawan : Iman Jaszlee (Rumah Biru)
Olahragawati : Kasmya Aleya (Rumah Hijau)
Olahrawagawan Harapan : Azlan Aziz (Rumah Kuning)
Olahragawati Harapan : Nur Auni Safira (Rumah Merah)

Sebagai langkah meningkatkan lagi keselamatan murid-murid ketika berada di dalam sekolah, pihak sekolah telah menjalanka...
24/04/2026

Sebagai langkah meningkatkan lagi keselamatan murid-murid ketika berada di dalam sekolah, pihak sekolah telah menjalankan usaha bagi meningkatkan lagi prasarana dan tatacara di kawasan mengambil dan menurunkan murid di dalam kawasan sekolah. Pihak sekolah berharap agar semua warga Songsarians dapat mematuhi papan tanda dan arahan yang dikeluarkan dalam memastikan keselematan murid-murid di dalam kawasan sekolah.

20 April 2026 - 24 April 2026. Kejohanan Catur Peringkat MSS Pahang 2026 telah melabuhkan tirainya. Satu lagi keputusan ...
24/04/2026

20 April 2026 - 24 April 2026.

Kejohanan Catur Peringkat MSS Pahang 2026 telah melabuhkan tirainya. Satu lagi keputusan yang cemerlang juga ditampilkan oleh atlet SAKSESS yang mewakili daerah Temerloh iaitu Adrian Cheong a/l Cheong Wai Hoo yang berjaya menamatkan saingan di tempat ke 16 daripada 66 peserta secara keseluruhan bagi kategori Lelaki bawah 12 Tahun. Pihak sekolah mengucakan tahniah kepada Adrian Cheong dan pasukan catur SAKSESS akan kejayaan yang memberasangkan ini.

Alhamdulillah!Sejarah tercipta di bumi Kelantan apabila Pasukan Seni Songsarians yang dianggotai oleh Kaseh Nur Laila bi...
23/04/2026

Alhamdulillah!

Sejarah tercipta di bumi Kelantan apabila Pasukan Seni Songsarians yang dianggotai oleh Kaseh Nur Laila binti Mohd Azreen Reza, Nurhana Safiyyah binti Mohamad Haffizan dan Ayra Natasha binti Mohamad Azhari bersama guru pembimbing mereka Cik Syamimi Adriana binti Mohamad Nirwandy yang mewakili negeri Pahang berjaya dinobatkan sebagai Johan bagi pertandingan Cetakan Lino SR Sekolah Rendah dalam Pertandingan Apresiasi Seni Visual Sekolah-Sekolah Malaysia Generasi Madani Peringkat Kebangsaan.

Karya seni mereka yang menampilkan keunikan identiti, tradisi dan budaya negeri Tok Gajah melayakkan mereka membawa pulang trofi, wang tunai sebanyak RM500.00 serta hadiah iringan sumbangan penaja. Tahniah diucapkan dan seluruh warga Pahang berbangga dengan anda!



Address

Temerloh
Temerloh
28020

Telephone

+6092847411

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Seri Songsang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Seri Songsang:

Shortcuts

Share

Category