19/12/2025
MAJLIS ANUGERAH PRESTASI PASTI AL-AZIZ
Alhamdulillah. Majlis Anugerah Prestasi PASTI Al-Aziz yang diadakan pada 18 Disember 2025 telah menutup tirai persekolahan bagi sesi 2025.
Pihak pengurusan PASTI Al-Aziz merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada semua murid.
Jutaan terima kasih kepada Ustaz Khairul Zaman di atas kesudian hadir bagi menyempurnakan majlis sebagai Perasmi. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Tuan Haji Abdul Wahab di atas kesudian memimpin bacaan doa, memohon keberkatan buat anak-anak didik di Pasti Al-Aziz.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para pendidik atas dedikasi dan ilmu yang dicurahkan, serta ibu bapa atas kerjasama erat sepanjang sesi ini. Semoga murid-murid terus melangkah dengan azam yang tinggi bagi menempuh sesi persekolahan akan datang.
Selamat bercuti dan semoga dalam lindungan Allah senantiasa.