Kelas Al-Quran Hadeef

Directions Website Contact the school

Kelas Al-Quran Hadeef Kelas Asas Al Quran, Bimbingan Al Quran Berkumpulan, Kelas Tajwid, Tahsin AM & Tadabbur Al Quran. No pendaftaran SSM: (002454513 - K)

📖 BENGKEL TERAKHIR SURAH TENTANG HARI KIAMAT (SIRI KE-4)“Sudahkah sampai kepadamu berita tentang Al-Ghashiyah?”Hari yang...
19/09/2026

📖 BENGKEL TERAKHIR SURAH TENTANG HARI KIAMAT (SIRI KE-4)

“Sudahkah sampai kepadamu berita tentang Al-Ghashiyah?”

Hari yang kedahsyatannya meliputi seluruh manusia.

Mari berhenti seketika daripada kesibukan dunia. Duduk bersama Al-Quran, memahami ayat-ayat-Nya dan menyelami pesan Allah untuk hati kita.

✨ Bengkel Tahsin & Tadabbur Al-Quran

📖 Surah Al-Ghashiyah

🗓 Selasa | 29 September 2026

⏰ 8.00 – 10.00 malam

🎙 Bersama Ustazah 'Ainun Mardhiah binti Ismail

Semoga dua jam bersama Al-Quran menjadi sebab hati kembali hidup, iman bertambah dan langkah semakin dekat kepada Allah. 🤍

Jangan sekadar membaca Al-Quran. Mari belajar memahami dan menghayatinya.

📲 Daftar:
https://hadeef.onpay.my/order/form/btjwusainun

Sebarang pertanyaan hubungi:
013-3187078

SHARE

Pusat Pembelajaran Al-Quran Hadeef

14/09/2026

KULIAH PANGGILAN KEMATIAN
SIRI 4
Ustazah Ainun Mardhiah

14/09/2026

🔴 LIVE ISTIMEWA DARI MADINAH AL MUNAWWARAH

"Kelebihan Madinah Al Munawwarah"

Ustaz Mohd Asshik
Ustazah Ainun Mardhiah

SHARE

13/09/2026

KULIAH PANGGILAN KEMATIAN
SIRI 3
Ustazah Ainun Mardhiah

13/09/2026

Belajar al-Quran di Bulan al-Quran di tempat turunnya al-Quran...


JAWATAN KOSONG - GURU AL QURAN(Bersemuka/Online)Assalamualaikum wbtKami mempelawa Warga Malaysia yang berminat bersama k...
09/09/2026

JAWATAN KOSONG - GURU AL QURAN
(Bersemuka/Online)

Assalamualaikum wbt

Kami mempelawa Warga Malaysia yang berminat bersama kami dalam usaha mendidik masyarakat agar dapat menguasai kemahiran asas membaca al Quran dan seterusnya menjadikan al Quran sebagai 'sahabat' dalam kehidupan.

KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN

✅ Mengajar al Quran kepada pelajar dewasa dan kanak-kanak melalui pendekatan yang sesuai dengan umur dan status mereka.
✅ Membantu kerja - kerja pentadbiran.
✅ Membantu kerja - kerja pemasaran dan jualan.
✅ Membantu menguruskan acara.

SYARAT - SYARAT ASAS PERMOHONAN

✅ Berumur 18 - 35 tahun.
✅ Memiliki pengalaman sekurang - kurangnya setahun dalam bidang yang dipohon.
✅ Memiliki sijil akademik yang sesuai dengan jawatan yang dipohon.
✅ Memiliki kenderaan sendiri dan boleh memandu.

GAJI

1. Guru Tetap
RM1,7O0
KWSP dan SOCSO disediakan.

Waktu Bekerja
Isnin - Jumaat (8 pagi - 5 petang)
Sabtu (8 pagi - 1 petang)

2. Part time
RM200 - RM1,000

CARA MOHON (klik sini)
www.wasap.my/60133187078/mohonguru

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
30 NOVEMBER 2026

Pusat Pembelajaran al-Quran Hadeef
Alamat: No. 2, Ting. 1, Jalan Dagang Utama, Dynaton Bukit Angin, 28000 Temerloh, Pahang D.M

SHARE

🌿 ALHAMDULILLAH, SEBUAH PERJALANAN YANG INDAH 🌿Alhamdulillah, hari ini menjadi satu hari yang cukup bermakna buat para p...
08/09/2026

🌿 ALHAMDULILLAH, SEBUAH PERJALANAN YANG INDAH 🌿

Alhamdulillah, hari ini menjadi satu hari yang cukup bermakna buat para peserta Kelas Tahsin Al-Quran – Hari Selasa. Setelah melalui perjalanan membaca dan memperbaiki bacaan 30 juzuk Al-Quran, akhirnya mereka sampai ke penghujung perjalanan tersebut. Sedikit majlis khatam diadakan sebagai tanda syukur dan meraikan pencapaian bersama, dengan bacaan khatam, penyerahan sijil, pemotongan kek dan jamuan potluck yang dibawa oleh para pelajar sendiri. 🎂🍱

Lebih indah daripada sekadar khatam Al-Quran, kelas ini juga menyaksikan ukhuwah yang begitu kuat antara para pelajar. Bermula sebagai teman sekelas, akhirnya menjadi seperti sebuah keluarga kecil yang saling mengenali, mengambil berat, menyokong dan menguatkan antara satu sama lain. Setiap minggu bukan sahaja datang untuk belajar Al-Quran, tetapi turut membawa bersama cerita, gelak tawa dan kemesraan yang menjadikan perjalanan ini begitu istimewa. 🌷

Tahniah buat semua peserta! 🌸 Semoga pencapaian ini menjadi satu permulaan untuk terus istiqamah bersama Al-Quran. Moga Allah terus eratkan ukhuwah yang telah terbina, berkati setiap langkah dan usaha dalam mempelajari Kalam-Nya, serta menjadikan Al-Quran sahabat yang sentiasa dekat di hati.

📖 Khatam 30 juzuk bukan noktah, tetapi permulaan kepada perjalanan yang lebih panjang bersama Al-Quran. Semoga terus membaca, belajar, memperbaiki dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan. Moga kita semua terus dipilih Allah untuk menjadi ahli Al-Quran. 🤲🏻✨



07/09/2026
🌿 “DAH LAMA NAK HAFAL SURAH AR-RAHMAN… TAPI TAK PERNAH BETUL-BETUL BERMULA?”Surah Ar-Rahman antara surah yang sangat dek...
07/09/2026

🌿 “DAH LAMA NAK HAFAL SURAH AR-RAHMAN… TAPI TAK PERNAH BETUL-BETUL BERMULA?”

Surah Ar-Rahman antara surah yang sangat dekat di hati kita.

Kita selalu dengar.
Kita selalu baca.
Kita selalu ulang ayatnya…

“فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ”

Tetapi pernah tak terdetik dalam hati…

> “Alangkah indahnya kalau aku boleh hafal Surah Ar-Rahman.” 🤍

Boleh baca tanpa melihat mushaf.
Boleh ulang ketika memandu.
Boleh baca dalam solat.
Boleh hayati ayat demi ayat kerana sudah dekat dengan hati.

Tapi sebagai orang dewasa, kita selalu rasa:

❌ “Dah tua, susah nak hafal.”
❌ “Banyak benda kena fikir.”
❌ “Takut tak boleh ingat.”
❌ “Nak mula pun tak tahu caranya.”
❌ “Selalu semangat awal-awal saja, lepas tu tak konsisten.”

Sebenarnya, kita tidak perlu tunggu sampai ‘pandai hafal’ untuk mula menghafaz.

Kita cuma perlukan kaedah yang betul, bimbingan dan suasana yang membantu kita istiqamah.

📖 BENGKEL HAFAZAN SURAH AR-RAHMAN

Khas untuk Dewasa

Bengkel ini diadakan dalam 3 siri, supaya hafazan dibuat secara berperingkat dan tidak terlalu membebankan.

🗓️ Setiap Selasa

📅 Siri 1: 15 September 2026
📅 Siri 2: 22 September 2026
📅 Siri 3: 29 September 2026

⏰ 8.30 – 10.30 pagi

📍 Pusat Pembelajaran Al-Quran Hadeef, Dynaton Bukit Angin

▪️ Yuran:
RM30 / siri
🔥 RM80 untuk 3 siri — jimat RM10!

Jangan kata “nanti saya hafal”… kalau “nanti” itu sudah bertahun-tahun.

Mungkin ini masanya kita mula.

Bukan untuk mengejar gelaran hafiz/hafizah,
tetapi supaya ayat-ayat Allah lebih banyak hidup dalam hati dan lidah kita.

🌸 Jom mulakan hafazan Surah Ar-Rahman bersama-sama.
Satu ayat demi satu ayat. Satu langkah demi satu langkah.

Insya-Allah, yang penting bukan seberapa cepat kita menghafaz, tetapi kita benar-benar bermula.

Daftar sekarang:
https://hadeef.onpay.my/order/form/bengkelhafazan

Sebarang pertanyaan:
Hubungi 013-3187078

SHARE

Pusat Pembelajaran Al-Quran Hadeef

30/08/2026

🌍 KULIAH PANGGILAN KEMATIAN MUSIM KEDUA

Siri 1

Ustazah Ainun Mardhiah

Address

Jalan DaGang Utama, Dynaton Bukit Angin
Temerloh
28000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelas Al-Quran Hadeef posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Kelas Al-Quran Hadeef:

Shortcuts

Share