PASTI Al Fateh Telupid Sabah

PASTI Al Fateh Telupid Sabah PASTI Al Fateh Telupid Sabah mula beroperasi pada 1 April 2016. Jumlah pelajar tahun pertama ialah 5

29/12/2025

Berita Duka

إنا لله وإنا إليه راجعون

Tuan Haji Mohd Rahimin Mustafa meninggal dunia di HQE1 jam 7.42 sebentar tadi. Info dari Puan Manirah Ibrahim, isteri Haji Rahimin.

Ust Akmal YDP Putatan
ISNIN, 29 Disember 2025

Innalillahiwainailaihirojiun.. Semoga Allah SWT berikan keampunan dan tempatkan arwah dikalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh dan syurga Firdaus buatnya.

Sahabat yang banyak melaksanakan kerja2 kebajikan dan dakwah di telupid Tongod Sabah. Antara program Korban Pendalaman, Ziarah Ramadhan, Khatan Nusantara, Penubuhan PASTI Al-Fateh Telupid, pembinaan Masjid Amal Ahmad Alkhatib Kg Linayukan dan sebagai nya.. Semoga gerak kerja arwah bersama-sama sahabat2 yang lain diterima sebagai amal ibadah buat Arwah..

💵 MEMOHON SUMBANGAN MAJLIS ANUGERAH PRESTASI PASTI AL FATEH TELUPID💷Assalamu'alaikum wbt dan Selamat Sejahtera.Tumpang l...
03/12/2025

💵 MEMOHON SUMBANGAN MAJLIS ANUGERAH PRESTASI PASTI AL FATEH TELUPID💷

Assalamu'alaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Tumpang lalu dulu ya. 😊

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al Fateh Telupid akan mengadakan Hari Anugerah Prestasi Kali Ke 4 pada Disember nanti.

Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon sumbangan daripada pihak Tuan/Puan yang budiman bagi kelancaran majlis kami ini.

Boleh rujuk poster bagi maklumat lanjut.

Tolong sebarkan ya. ✈️

Terima Kasih 😊

💚 MEMO MAKLUMAN PENDAFTARAN MURID PASTI SESI 2026 💚Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,Kepada semua ibu bapa dan...
12/11/2025

💚 MEMO MAKLUMAN PENDAFTARAN MURID PASTI SESI 2026 💚

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Kepada semua ibu bapa dan penjaga yang dihormati,

Dimaklumkan bahawa PASTI AL-FATEH TELUPID akan melaksanakan pendaftaran murid baharu bagi sesi persekolahan tahun 2026 seperti ketetapan berikut:

📅 Maklumat Pendaftaran
• Tarikh: 13&14 November 2025 (Khamis & Jumaat )
• Tempat: PASTI Al-FATEH
• Masa: 11:00 pagi hingga 2.30 petang
• *Tempat adalah terhad!*
🔖Makluman Penting :
*Bagi murid baru sahaja yang mendaftar di PASTI, ibubapa dikehendaki untuk membawa anak² masing semasa sesi pendaftaran(baru pendaftaran dapat dijalankan✅)*

Kami menawarkan :

✅Kurikulum pra sekolah islam TERBAIK di Malaysia.
✅Disertakan silibus PRA TAHFIZ.
✅Praktikal SOLAT,hafalan DOA dan ZIKIR secara harian.
✅Juga diterapkan pelbagai MATA PELAJARAN yang menyeronokkan.
✅Yuran pengajian BERPATUTAN.

SILA BAWA DOKUMEN INI UNTUK PENDAFTARAN

📌1️⃣ SALINAN MYKAD IBUBAPA
📌2️⃣ SALINAN MYKID ANAK
📌3️⃣ SALINAN SURAT LAHIR ANAK
📌4️⃣ DUA KEPING GAMBAR PASPORT

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
📞 EN FARDIANSYAH – 011-73021946
📞 CIKGU FARHANA – 017-8974174
📞 CIKGU RAHMAWATI - 014-6516864
📞 CIKGU SUHANANI - 019-4386623

Semoga urusan kita semua dipermudahkan oleh Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

🇲🇾🇵🇸 𝙎𝙊𝙇𝘼𝙏 𝙃𝘼𝙅𝘼𝙏 : 𝙈𝙄𝙎𝙄 𝘽𝘼𝙉𝙏𝙐𝘼𝙉 𝙂𝙎𝙁📅 1 Oktober 2025 | Rabu | PASTI TELUPID🗓 8 Rabiulakhir 1447HKawasan Telupid menyatuka...
01/10/2025

🇲🇾🇵🇸 𝙎𝙊𝙇𝘼𝙏 𝙃𝘼𝙅𝘼𝙏 : 𝙈𝙄𝙎𝙄 𝘽𝘼𝙉𝙏𝙐𝘼𝙉 𝙂𝙎𝙁

📅 1 Oktober 2025 | Rabu | PASTI TELUPID
🗓 8 Rabiulakhir 1447H

Kawasan Telupid menyatukan doa, semangat dan perjuangan demi saudara kita di bumi 🍉.

Mereka yang berangkat membawa panji kemanusiaan, mewakili suara kita semua yang tidak rela melihat kezaliman berterusan.

Perjalanan ini penuh risiko, namun setiap langkah mereka disulami harapan, bahawa doa dan sokongan umat Islam akan menjadi benteng kekuatan.

Tugas kita di sini ialah terus menghidupkan perjuangan ini dengan doa, kesedaran, dan sumbangan agar cahaya kebebasan tidak pernah padam.

🤲🏻Semoga usaha dan doa ini menjadi bukti bahawa hati kita bersatu di jalan Allah SWT.

🍉 tidak pernah sendiri.



ALAM RIA PASTI KAWASAN TELUPID | AHAD | 17 OGOS 2025 | Alhamdulillah thumma Alhamdulillah✨... Alam Ria kawasan Telupid t...
17/08/2025

ALAM RIA PASTI KAWASAN TELUPID | AHAD | 17 OGOS 2025 |

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah✨...

Alam Ria kawasan Telupid telah pun melabuhkan tirainya.

Tahniah dan syabas diucapkan buat semua anak-anak pasti yang telah mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan.

Kalah dan menang adat pertandingan.
tapi yang paling berharga, adalah kenangan dan sifat berani anak-anak untuk berucap di depan khalayak ramai.

Tidak dilupakan juga Ibu-bapa yang komited memberi sokongan dari awal hingga selesai acara.
Tanpa kalian, pastinya acara Alam Ria ini tidak akan sempurna.

Dan keputusan yang telah kani perolehi,
🥈Naib Johan Azan (L)
🥉Ketiga Sajak (L)
🥉Ketiga Hafazan (L)
🥉Ketiga Nasyid

Tahniah anak-anak Pasti kawasan Telupid .
Anda semua hebat. 💪🏻🥳

Assalamualaikum🌷🌷🌷.Alhamdulillah Tahniah Mohd Anas 5 tahun , kerana telah berjaya menghabiskan bacaan buku Nurul Quran J...
05/08/2025

Assalamualaikum🌷🌷🌷.

Alhamdulillah Tahniah Mohd Anas 5 tahun , kerana telah berjaya menghabiskan bacaan buku Nurul Quran Jilid 1 dan sekarang sudah masuk buku bacaan Nurul Quran Jilid 2.

Semoga dapat menjadi inspirasi untuk kawan-kawan yang lain dan semoga kawan-kawan yang lain juga dapat menyusul insyaAllah ☺️.

21 Julai 2025

Tarikh : 23/07/2025Hari : RabuTema ; Projek Aulad .. Alam sekitar (Bina van dari botol)Pengenalan ;🪐 Alam sekitar adalah...
04/08/2025

Tarikh : 23/07/2025
Hari : Rabu
Tema ; Projek Aulad .. Alam sekitar (Bina van dari botol)

Pengenalan ;
🪐 Alam sekitar adalah Anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan..

Objektif ;
🎗️Kejadian ini dapat memantau isu alam sekitar dari aspek tahap pengetahuan masyarakat umum terhadap isu alam sekitar..

Hasil pembelajaran murid :
🧩 Murid mengetahui cara menjaga alam sekitar dan bersyukur atas kurniaan Allah..
🧩 Murid mempelajari perkataan baru seperti alam sekitar dan kitar semula..

Tahniah & Syabas 🎊
Kepada semua pelajar 5&6 Tahun kerana telah berjaya melaksanakan projek Aulad pada hari ini.

Assalamualaikum🌷🌷🌷.Alhamdulillah Tahniah ARIFF RIZUAN 6 tahun , kerana telah berjaya menghabiskan bacaan buku Nurul Qura...
04/08/2025

Assalamualaikum🌷🌷🌷.

Alhamdulillah Tahniah ARIFF RIZUAN 6 tahun , kerana telah berjaya menghabiskan bacaan buku Nurul Quran Jilid 1 dan sekarang sudah masuk buku bacaan Nurul Quran Jilid 2.

Semoga dapat menjadi inspirasi untuk kawan-kawan yang lain dan semoga kawan-kawan yang lain juga dapat menyusul insyaAllah ☺️.

Assalammualaikum🌹🌹🌹..Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Itu adat, itu lumrahSalam perpisahan kepada Cikgu Nur Syazana...
04/08/2025

Assalammualaikum🌹🌹🌹..

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Itu adat, itu lumrah

Salam perpisahan kepada Cikgu Nur Syazana Semoga terus sukses dan sentiasa dalam kesihatan yang baik.

Warga PASTI AL-FATEH mengucapkan jutaan terima kasih atas segala ilmu, bimbingan, bakti dan budi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di sini. Terima kasih sudah berkongsi rezeki dengan anak-anak PASTI.

Semoga terus melakar kecemerlangan di tempat baharu dan diharapkan agar tidak melupakan kami di sini.

04/08/2025

Assalamualaikum 🌷🌷🌷

Tarikh: 30/07/2025
Hari: Rabu
Aktiviti: Riadah (Senamrobik)

Alhamdulillah, anak-anak PASTI nampak bersemangat menjalani aktiviti riadah pagi tadi dengan sesi senamrobik yang ceria. Aktiviti ini membantu menyegarkan minda dan menguatkan tubuh sebelum memulakan sesi pembelajaran. Semoga anak-anak terus aktif dan bersemangat 🤩.

🌙 INFAQ JUMAATPASTI Al-Fateh Telupid 🌙"Siapa yang memudahkan urusan saudaranya di dunia, Allah akan memudahkan urusannya...
04/08/2025

🌙 INFAQ JUMAAT
PASTI Al-Fateh Telupid 🌙

"Siapa yang memudahkan urusan saudaranya di dunia, Allah akan memudahkan urusannya di akhirat." – (HR. Muslim)

Jom bersama-sama menyumbang melalui Infaq Jumaat bagi menyokong pengurusan PASTI Al-Fateh Telupid.
Sumbangan anda akan membantu:
✅ Pengurusan operasi harian PASTI
✅ Kebajikan guru & staf

📍 PASTI Al-Fateh Telupid

🤲 Semoga setiap sen yang diinfakkan menjadi amal jariah yang berkekalan hingga ke akhirat.

Address

Taman Telupid Villa
Telupid
89300

Opening Hours

Monday 09:00 - 13:00
Tuesday 09:00 - 13:00
Wednesday 09:00 - 13:00
Thursday 09:00 - 13:00
Friday 09:00 - 23:00

Telephone

+60199870325

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI Al Fateh Telupid Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category