01/05/2026
30 April 2026 I Makan Malam sempena Majlis Persaraan “ Selaut Kasih , Segunung Budi “ En. Sharifuddin bin Sarbini dan En. Ismail bin Mohamed Rausti
Tempat : Wana Cafe
Masa : 8:30 malam
Pelibatan :
1. Yang diraikan, En. Sharifuddin bin Sarbini dan En. Ismail bin Mohamed Rausti
2. Barisan pentadbir
3. Barisan guru
4. Barisan AKP
5. Barisan AJK PIBG
6. Barisan staf sekolah
7. Barisan bekas guru-guru
Objektif :
- Menghargai jasa dua orang Pembantu Khidmat Awam sepanjang berkhidmat di SK Seri Baru
- Memberi kesedaran kepada guru dan staf di SK Seri Baru bahawa amat penting menghargai sumbangan dan jasa seseorang yang berkhidmat di sekolah.
- Merapatkan hubungan guru, staf , PIBG dan dan bekas guru
Rumusan :
Majlis ini telah berlangsung dengan baiknya di samping menerapkan nilai ukhuwah sesama guru,staf, bekas guru dan PIBG.
Pelbagai pengisian diadakan antaranya ucapan Guru Besar, ucapan En. Sharifuddin, pemberiaan cenderahati dan jamuan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada En. Sharifuddin dan En. Ismail atas sumbangan makan malam ini.
Majlis diakhiri dengan sesi fotografi.