Unit Pendidikan PADTI

Call Directions Website Contact the school

Unit Pendidikan PADTI Unit Pendidikan, Pejabat Agama Islam Daerah Teluk Intan

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SRAI 2026 DAERAH HILIR PERAK2 Oktober 2026, Jumaat - Syabas dan tahniah kepada seluruh warga pendid...
02/10/2026

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SRAI 2026 DAERAH HILIR PERAK

2 Oktober 2026, Jumaat - Syabas dan tahniah kepada seluruh warga pendidik dan murid yang telah memperoleh keputusan SRAI 2026.

Pentadbiran ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat para ibu bapa yang tidak putus doa akan kejayaan buat anak-anak.

Buat para guru, syabas diucapkan atas pengorbanan yang tidak mengenal erti lelah sepanjang mendidik anak-anak murid hingga mengecapi kejayaan.

Buat anak-anak, anda telah berusaha sebaiknya, keputusan yang diperolehi adalah sebagai pemangkin semangat untuk terus berusaha.

Kejayaan seorang murid, ada jasa guru yang membimbing serta sulaman doa ibu bapa yang mengiringi.

Mudah-mudahan apa yang dikecapi hari ini menjadi kayu pengukur kejayaan di masa akan datang. Semoga apa yang dilaksanakan beroleh kerberkatan dan menjadi bekalan amalan kebaikan di dunia mahupun akhirat.


PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL RENDAH AGAMA ISLAM (SRAI) NEGERI PERAK 2026 DAERAH HILIR PERAKTarikh - 2 Oktober 2026Hari - J...
01/10/2026

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL RENDAH AGAMA ISLAM (SRAI) NEGERI PERAK 2026 DAERAH HILIR PERAK

Tarikh - 2 Oktober 2026
Hari - Jumaat
Masa - 9.00 pagi

Peringatan :
Para ibu bapa dan penjaga boleh mendapatkan keputusan Sijil Rendah Agama Islam (SRAI) Negeri Perak di sekolah anak-anak bermula jam 3.00 petang.

Sekian, terima kasih.


16/08/2026

LENSA VIDEO | AKTIVITI MINGGU INI

Jom saksikan sekitar aktiviti latihan kepimpinan yang berlangsung minggu ini di Kelas KAFA Aiman SMART.

Pelbagai aktiviti menarik yang mengasah keyakinan diri, kerjasama dan semangat kepimpinan dalam kalangan murid.

Tahniah kepada kumpulan yang berjaya menjadi pemenang!

02/08/2026
KEPUTUSAN RASMI MISSRA PERINGKAT NEGERI PERAK 2026.1 Ogos 2026, Ipoh - Syabas dan tahniah diucapkan kepada peserta dari ...
01/08/2026

KEPUTUSAN RASMI MISSRA PERINGKAT NEGERI PERAK 2026.

1 Ogos 2026, Ipoh - Syabas dan tahniah diucapkan kepada peserta dari daerah Hilir Perak yang telah mewakili Zon 4 ke Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-sekolah Rendah Agama (MIISRA) Peringkat Ngeri Perak tahun 2026.

Sekalung penghargaan buat para guru-guru, ibu bapa serta murid-murid yang telah banyak berkorban dari segi masa, tenaga mahupun wang ringgit dalam mencapai kejayaan ini.

Kejayaan yang diperoleh bukan sekadar hadiah yang berbentuk, akan tetapi keberanian dan kesungguhan murid dalam menterjemahkan segala usaha yang telah dilaksanakan merupakan satu kejayaan yang amat besar.

Sekali lagi, pentadbiran ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua. InsyaAllah tahun hadapan kita akan berusaha lagi.



Mesyuarat Pengurusan KAFA Hilir PerakTarikh : 7 Julai 2026 (Selasa)Masa : 9.00 pagiTempat : Bilik Mesyuarat, Pejabat Pen...
10/07/2026

Mesyuarat Pengurusan KAFA Hilir Perak

Tarikh : 7 Julai 2026 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, Pejabat Pentadbiran Agama Islam Teluk Intan

10/07/2026
SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA GURU-GURU, IBU BAPA DAN MURID-MURID MIISRA HILIR PERAK20 Jun 2026, Sungkai - Syabas dan ...
20/06/2026

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA GURU-GURU, IBU BAPA DAN MURID-MURID MIISRA HILIR PERAK

20 Jun 2026, Sungkai - Syabas dan tahniah diucapkan kepada guru-guru serta peserta yang telah mewakili daerah Hilir Perak di dalam Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-sekolah Rendah Agama (MIISRA) Peringkat Zon 4.

Alhamdulillah segala perancangan dan usaha telah diterjemahkan dengan keterlibatan di peringkat ini serta mendapat keputusan yang amat memberangsangkan.

Kedudukan nombor adalah pemangkin semangat, namun kesungguhan didikan guru, semangat para peserta serta sokongan para ibu bapa adalah satu nilai kejayaan yang amat berharga.

Jutaan terima kasih kepada barisan guru, ibu bapa serta murid-murid yang telah banyak berkorban untuk melakar kejayaan hari ini.

Semoga apa yang kita usahakan ini diberkati Allah Swt dan menjadi bekalan kebaikan dunia mahupun akhirat.

Syabas dan terima kasih semua.



SELAMAT BERJUANG BUAT MURID-MURID SRAR INTEGRASI KAFA DAERAH HILIR PERAK18 Jun 2026, Teluk Intan - Didoakan semoga diper...
18/06/2026

SELAMAT BERJUANG BUAT MURID-MURID SRAR INTEGRASI KAFA DAERAH HILIR PERAK

18 Jun 2026, Teluk Intan - Didoakan semoga dipermudahkan segala urusan dan beroleh kejayaan buat anak-anak murid Sekolah Rendah Agama Rakyat Integrasi KAFA daerah Hilir Perak yang bakal membawa cabaran di dalam Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-sekolah Rendah Agama (MIISRA) Peringkat Zon 4 tahun 2026.

Majlis kali ini akan diadakan di Sekolah Rendah Agama Rakyat Madrasah Nurul Hidayah, Felda Trolak Utara, Sungkai, Perak pada 20 Jun 2026.

Sebanyak 6 acara akan dipertandingkan terdiri dari kategori lelaki dan perempuan serta 5 buah daerah yang akan terlibat di dalam pertandingan peringkat Zon 4 ini antaranya tuan rumah daerah Batang Padang, Muallim, Bagan Datuk, Kampung Gajah serta daerah Hilir Perak.

Dengan pelaksanaan program sebegini dapat memberi peluang dan ruang bakat-bakat murid diketengahkan serta menjadi inspirasi dalam memartabatkan kesenian Islam itu sendiri.

Syabas dan tahniah turut dirakamkan kepada guru-guru pengiring yang telah menjadi tulang belakang kepada kejayaan murid-murid serta para ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan dokongan dalam usaha murni ini.


PROGRAM EXPLORACE DAN KUIZ AKADEMI INSAN MUDA AR-RIDZUAN  SUNGAI MANIK18 Jun 2026, Sungai Manik - Telah berlangsungnya p...
18/06/2026

PROGRAM EXPLORACE DAN KUIZ AKADEMI INSAN MUDA AR-RIDZUAN SUNGAI MANIK

18 Jun 2026, Sungai Manik - Telah berlangsungnya program explorace dan kuiz pelajar Akademi Insan Muda Ar-Ridzuan (AIMAN) SMK Sungai Manik. Program ini bertujuan bagi memupuk semangat kerjasama berpasukan dan nilai-nilai murni antara pelajar-pelajar.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada guru AIMAN SMK Sungai Manik yang telah merancang, merangka dan melaksanakan program ini. Ucapan terima kasih juga turut dipanjangkan kepada pentadbiran sekolah atas kerjasama serta sokongan terhadap kelangsungan program-program AIMAN di SMK Sungai Manik.

Semoga segala usaha dan keringat pengorbanan semua pihak yang terlibat beroleh kebaikan dunia akhirat serta dinilai sebagai ibadah disisi Allah Swt.


Address

Kompleks Pentadbiran Agama Islam Daerah Hilir Perak, Jalan Raja Muda Musa
Teluk Intan
36000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6056221078

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Pendidikan PADTI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Unit Pendidikan PADTI:

Shortcuts

Share

Category