SK Perempuan Methodist Teluk Intan

Call Directions Contact the school

SK Perempuan Methodist Teluk Intan Facebook pertama untuk semua warga SKP Methodist,
segala bentuk aktiviti yang dijalankan akan diupload

🌟 DOAKAN KEJAYAAN NUR FARZANA ZANIRAH 🌟Mohon doa daripada seluruh warga SK (P) Methodist, Teluk Intan buat Nur Farzana Z...
28/09/2026

🌟 DOAKAN KEJAYAAN NUR FARZANA ZANIRAH 🌟

Mohon doa daripada seluruh warga SK (P) Methodist, Teluk Intan buat Nur Farzana Zanirah binti Mohd Fitri yang akan mewakili Hilir Perak dalam pertandingan Marhabbah – Bercerita Kisah Al-Quran (BD Rendah) ke peringkat Marhabbah Pendidikan Khas Negeri Perak pada 29 September 2026. πŸ“–βœ¨

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan Farzana, memberikan ketenangan, keberanian dan keyakinan ketika menyampaikan cerita, serta mengurniakan kejayaan yang terbaik. πŸ€²πŸ»πŸ’™

Buat Farzana, tampil dengan yakin, bercerita dengan hati dan lakukan yang terbaik! 🌷 Seluruh warga SK (P) Methodist Teluk Intan sentiasa mendoakan dan menyokongmu. ❀️

β€œUsaha, doa dan tawakal. Semoga kejayaan menjadi milikmu.” πŸ†βœ¨














28/09/2026

Alhamdulillah, dua program membanggakan sekolah mendapat perhatian pihak media. πŸ“Ίβœ¨

Karnival Sepak Takraw Bawah 11 Tahun Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung pada 26 September 2026 mendapat liputan DidikTV KPM. πŸ†

Turut mendapat liputan Buletin TV3 ialah murid Pendidikan Khas Pendengaran, Nur Farzana Zanirah yang bakal mewakili Malaysia ke Sukan Asia Pacific Deaf Multi-Sport Championships 2026. β™ŸοΈ

Satu kebanggaan buat warga sekolah dan seluruh komuniti Teluk Intan! 🌟

28/09/2026

Alhamdulillah, dua program membanggakan sekolah mendapat perhatian pihak media. πŸ“Ίβœ¨

Karnival Sepak Takraw Bawah 11 Tahun Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung pada 26 September 2026 mendapat liputan DidikTV KPM. πŸ†

Turut mendapat liputan Buletin TV3 ialah murid Pendidikan Khas Pendengaran, Nur Farzana Zanirah yang bakal mewakili Malaysia ke Sukan Asia Pacific Deaf Multi-Sport Championships 2026. β™ŸοΈ

Satu kebanggaan buat warga sekolah dan seluruh komuniti Teluk Intan! 🌟

Untuk gambar-gambar Karnival Sepak Takraw boleh ambil di link berikut.
https://bit.ly/Karnivalsepaktakrawmgs

26/09/2026

β™ŸοΈπŸ‡²πŸ‡Ύ TAHNIAH DAN SYABAS! πŸ‡²πŸ‡Ύβ™ŸοΈ

Tahniah kepada Nur Farzana Zanirah binti Mohd Fitri anak jati Teluk Intan atas pencapaian membanggakan dalam bidang catur serta peluang mewakili Malaysia di pentas antarabangsa. πŸ‘πŸ†

Beliau akan menyertai Asia Pacific Deaf Multi-Sport Championship 2026 (APDSC 2026) di Pulau Pinang pada 1–10 Oktober 2026.

Marilah kita bersama-sama mendoakan kejayaan dan kelancaran perjalanan Nur Farzana dalam membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa.

Teruskan melangkah dan mengharumkan nama SK Perempuan Methodist, Teluk Intan πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’™β™ŸοΈ







PROGRAM MAKMAL AKTIF LESTARIPROJEK β€˜5 MINIT ZON BERSIH’ telah dijalankan pada 17 Ogos sehingga akhir minggu persekolahan...
26/09/2026

PROGRAM MAKMAL AKTIF LESTARI
PROJEK β€˜5 MINIT ZON BERSIH’ telah dijalankan pada 17 Ogos sehingga akhir minggu persekolahan. Program Makmal Aktif Lestari merupakan satu inisiatif di bawah Program Pembentukan Karakter Generasi MADANI Tahun 2026.
MUHAMMAD THAQIF BIN ABD SYAFIQ dari kelas 6 GEMILANG telah dipilih sebagai IKON LESTARI .Ikon Lestari dipilih dalam kalangan murid yang menunjukkan tanggungjawab, kepimpinan, kebolehan berkomunikasi dan menjadi teladan dalam menjaga kebersihan serta kelestarian sekolah. Puan Guru Besar, Pn Hajjah Mardiah binti Gendut telah menyampaikan sijil kepada murid tersebut.

25/09/2026


πŸ†βœ¨ TAHNIAH & SYABAS ATLET PPKI SK PEREMPUAN METHODIST TELUK INTAN! βœ¨πŸ†Tahniah kepada Nur Farzana Zanirah binti Mohd Fitri...
21/09/2026

πŸ†βœ¨ TAHNIAH & SYABAS ATLET PPKI SK PEREMPUAN METHODIST TELUK INTAN! βœ¨πŸ†

Tahniah kepada Nur Farzana Zanirah binti Mohd Fitri atas pencapaian Tempat Ke-5 Acara Individu dan Tempat Ke-3 Acara Team Blitz di peringkat Malaysia serta bakal mewakili Malaysia dalam Asia Pacific Deaf Multi-Sport Championship 2026 (APDSC 2026) di Pulau Pinang pada 1–10 Oktober 2026. πŸ‡²πŸ‡Ύβ™ŸοΈ

Syabas kepada Nurul Qaisara Damia binti Mohd Zaini kerana terpilih mewakili Negeri Perak ke Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSM 2026 di Pahang pada 18–22 Oktober 2026. πŸƒβ€β™€οΈπŸ†

πŸ’™ Pencapaian ini menjadi bukti bahawa murid pendidikan khas juga mampu melakar kejayaan, mengharumkan nama sekolah dan mengangkat nama negeri serta negara melalui bakat, usaha, disiplin dan semangat juang yang tinggi.

Teruskan melangkah, teruskan berusaha dan teruskan mengukir kejayaan! πŸ’ͺπŸ†

πŸ† TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN! β™ŸοΈπŸ₯‰Sekalung tahniah diucapkan kepada Imaan binti Anuar dan Nur Farzana Zanirah b...
17/09/2026

πŸ† TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN! β™ŸοΈπŸ₯‰

Sekalung tahniah diucapkan kepada Imaan binti Anuar dan Nur Farzana Zanirah binti Mohd Fitri yang telah berjaya mewakili Negeri Perak dalam Kejohanan Catur Orang Pekak Malaysia Kali Pertama.

Kedua-dua murid telah berjaya meraih Pingat Gangsa πŸ₯‰ dalam acara Catur Blitz – Berpasukan Wanita

πŸ“… Tarikh: 12–13 September 2026
πŸ“ Tempat: Pusat Komuniti Taman Koperasi Polis 2, Kuala Lumpur

Setinggi-tinggi tahniah atas usaha, semangat juang dan komitmen yang telah ditunjukkan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. 🌟

πŸ‘ Tahniah dan penghargaan kepada semua yang terlibat terutama jurulatih Encik Mohd Nor bin Nordin dan pembantu jurulatih Encik Hasbullah bin Hassan.

Terima kasih atas segala bimbingan, tunjuk ajar dan komitmen dalam membimbing murid sehingga berjaya mencapai kejayaan yang membanggakan ini.

Syabas Imaan & Nur Farzana!
Tahniah para jurulatih! πŸ‘πŸ»πŸŽ‰
Anda semua telah mengharumkan nama Negeri Perak! πŸ’ͺπŸ»πŸ†







06/09/2026

πŸŒ™βœ¨ PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2026 βœ¨πŸŒ™

Pada 27 Ogos 2026, Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan penuh bermakna.

Program ini turut menampilkan pengisian ceramah yang disampaikan oleh Muhamad Lutfi Bin Mustaffa selaku penceramah jemputan. Semoga segala ilmu dan pengisian yang disampaikan dapat memberi manfaat serta menjadi panduan kepada seluruh warga sekolah. πŸ€²πŸ“š

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini. πŸ’πŸ‘




Address

Jalan Changkat Jong
Teluk Intan
36000

Telephone

+6056221628

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Perempuan Methodist Teluk Intan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Perempuan Methodist Teluk Intan:

Shortcuts

Share

Category