SMK Horley Methodist, Teluk Intan

Directions

SMK Horley Methodist, Teluk Intan Selamat Datang ke page rasmi, info-info dan sebagainya mengenai SMK Horley Methodist, Teluk Intan.

Memaparkan segala aktiviti dan kegiatan Pelajar, PIBG, dan Kelab Guru & Kakitangan SMK Horley Methodist.

PROGRAM NEKAD KECEMERLANGAN MADANI (NKM) – KARNIVAL SANTUNI MADANI TELUK INTAN 2026Tarikh: 25 September 2026 (Jumaat)Mas...
27/09/2026

PROGRAM NEKAD KECEMERLANGAN MADANI (NKM) – KARNIVAL SANTUNI MADANI TELUK INTAN 2026

Tarikh: 25 September 2026 (Jumaat)
Masa: 7.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: SMK Horley Methodist, Teluk Intan
Tema: “Memperkasa Komuniti, Melahirkan Generasi MADANI yang Cemerlang”

Program Nekad Kecemerlangan MADANI (NKM) – Karnival Santuni MADANI Teluk Intan 2026 telah berlangsung dengan jayanya di SMK Horley Methodist, Teluk Intan. Program ini merupakan satu inisiatif yang menggabungkan aspek pendidikan, pembangunan digital, kebajikan dan khidmat komuniti melalui kerjasama strategik pelbagai pihak.

Antara acara utama ialah Majlis Penyerahan Projek Menaik Taraf Anjung Digital SMK Horley Methodist. Projek ini memberi penekanan kepada pemerkasaan peralatan dan infrastruktur ICT, latihan serta pembangunan kapasiti guru, penggunaan aplikasi pembelajaran dan sokongan kepada pembelajaran pintar.

Selain itu, karnival turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti ceramah motivasi, pameran pendidikan dan laluan kerjaya, pemeriksaan kesihatan, perkhidmatan kerajaan serta Jualan MADANI & Pasar Sejahtera Rakyat Perak.

Pelaksanaan program ini telah membuka ruang kepada warga sekolah dan komuniti untuk memperoleh maklumat, berkongsi ilmu serta mendapatkan akses kepada pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi terlibat.

Secara keseluruhannya, program berjaya mencapai matlamat dalam memperkukuh hubungan antara sekolah, komuniti dan agensi strategik, di samping menyokong usaha transformasi pendidikan digital. Diharapkan kemudahan Anjung Digital yang dinaik taraf dapat dimanfaatkan secara optimum dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta membentuk generasi yang celik digital, kreatif dan berdaya saing.

“Sekolah Digital, Generasi MADANI”

“SEKOLAH ANGKAT MADANI -SMK HORLEY METHODIST”

27/09/2026

📢 PROGRAM NEKAD KECEMERLANGAN MADANI (NKM) | KARNIVAL SANTUNI MADANI TELUK INTAN 2026

Alhamdulillah, Program Nekad Kecemerlangan MADANI (NKM) – Karnival Santuni MADANI Teluk Intan 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 25 September 2026 (Jumaat) bertempat di SMK Horley Methodist, Teluk Intan.

Bertemakan “Memperkasa Komuniti, Melahirkan Generasi MADANI yang Cemerlang”, program ini menjadi platform perkongsian ilmu, pembelajaran serta khidmat komuniti yang menghimpunkan pelbagai agensi dan masyarakat setempat.

✨ Antara pengisian utama ialah Majlis Penyerahan Projek Menaik Taraf Anjung Digital SMK Horley Methodist, yang merangkumi peningkatan peralatan dan infrastruktur ICT, pembangunan kapasiti guru, aplikasi pembelajaran serta sokongan pembelajaran pintar.

Turut berlangsung ialah ceramah motivasi, pameran pendidikan dan laluan kerjaya, perkhidmatan kerajaan, pemeriksaan kesihatan serta Jualan MADANI & Pasar Sejahtera Rakyat Perak.

Semoga segala usaha, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan menjadi pemangkin kepada pembangunan pendidikan serta melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

💙 Sekolah Digital, Generasi MADANI
🤝 Bersama memperkasa pendidikan, menyantuni komuniti dan membina masa hadapan.







SENARIO : ADAB DENGAN GURUSemoga murid dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari kisah ini …Petang itu aku berdiri di ...
21/08/2026

SENARIO : ADAB DENGAN GURU

Semoga murid dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari kisah ini …

Petang itu aku berdiri di tepi laluan pejalan kaki bersama seorang lagi cikgu.

Kami bersembang biasa.

Bukan tentang perkara besar pun.

Sekadar berbual tentang sekolah, murid dan macam-macam perkara yang berlaku sepanjang hari.

Kami berdiri di bahagian tepi laluan.

Masih ada ruang yang cukup untuk murid lalu di belakang kami.

Sedang rancak berbual, tiba-tiba seorang murid datang dari arah hadapan.

Dia berjalan terus.

Dan tanpa rasa apa-apa…

Dia melintas tepat di tengah-tengah antara aku dengan cikgu tadi.

Aku terdiam sekejap.

Bukan kerana marah.

Tetapi kerana aku tertanya-tanya…

“Dia tidak nampak kami ke?”

Aku panggil dia.

“Adik…”

Dia berhenti.

Aku pegang bahunya perlahan.

“Patah balik. Jalan ikut belakang cikgu.”

Dia pandang aku.

Kemudian dia patah balik.

Berjalan semula dan lalu di belakang kami.

“Ha… macam itu.”

Dia terus berjalan.

Aku sambung berbual.

Belum sempat beberapa minit…

Dua orang murid p**a datang berlari.

Dan sekali lagi…

Mereka mencelah tepat di antara kami.

Aku dengan cikgu tadi saling berpandangan.

Macam ada satu soalan yang sama bermain dalam kepala.

“Betul ke sekarang macam ini?”

Kami panggil mereka.

“Adik! Patah balik.”

Dua-dua berhenti.

“Kenapa, cikgu?”

“Kalau cikgu sedang berdiri dan berbual di sini, jangan lalu di tengah. Gunakan laluan belakang.”

Mereka pun patah balik.

Kali ini berjalan.

Bukan berlari.

Bukan mencelah.

Dan kami sambung berbual.

Tetapi sebenarnya, selepas kejadian itu…

Aku sudah tidak begitu fokus pada perbualan kami.

Fikiran aku mula pergi jauh.

Aku teringat zaman dulu.

Dulu…

Kalau nampak cikgu dari jauh, murid sudah mula membetulkan langkah.

Kalau sedang berlari, terus perlahan.

Kalau cikgu sedang bercakap, kita tidak mencelah sesuka hati.

Kalau mahu lalu di hadapan guru, kita tunduk sedikit dan minta izin.

Bukan kerana cikgu itu raja.

Bukan kerana murid perlu takut.

Tetapi kerana sejak kecil kita diajar satu perkara…

Guru itu perlu dihormati.

Ada adab ketika berhadapan dengan orang yang mengajar kita.

Hari ini aku bukan mahu mengatakan semua murid sudah hilang adab.

Tidak.

Masih ramai murid yang sangat baik.

Masih ramai yang memberi salam.

Masih ramai yang tunduk apabila berjalan di hadapan guru.

Masih ramai yang tahu berkata, “Maaf, cikgu.”

Tetapi apa yang berlaku petang itu membuatkan aku terfikir.

Mungkin sebahagian anak-anak kita bukan sengaja kurang ajar.

Mungkin mereka cuma tidak pernah diajar.

Mereka tidak tahu bahawa mencelah di tengah-tengah dua orang guru yang sedang berbual itu tidak manis.

Mereka tidak tahu bahawa ada laluan lain.

Mereka tidak tahu bahawa ada perkara yang nampak kecil pada mata mereka, tetapi sebenarnya besar dalam soal adab.

Dan kalau mereka tidak tahu…

Siapa yang perlu ajar?

Kita.

Guru.

Ibu bapa.

Orang dewasa di sekeliling mereka.

Sebab adab tidak boleh sekadar kita harapkan.

Adab perlu diajar.

Perlu ditegur.

Perlu diulang.

Perlu dibiasakan.

Sampai suatu hari nanti, tanpa perlu sesiapa menyuruh…

Mereka sendiri tahu hendak memperlahankan langkah.

Tahu hendak meminta izin.

Tahu hendak memberi ruang.

Tahu hendak menghormati guru.

Aku masih teringat dua orang murid yang patah balik petang itu.

Mungkin bagi mereka, itu cuma arahan kecil daripada seorang cikgu.

Tetapi mungkin bagi seorang guru…

Itulah satu lagi ilmu kehidupan yang sedang cuba ditanam.

Kerana kita bukan hanya mahu melahirkan murid yang pandai menjawab soalan peperiksaan.

Kita mahu melahirkan manusia yang tahu bagaimana hendak membawa diri.

Pandai tidak semestinya beradab.

Bijak tidak semestinya tahu menghormati.

Dan seorang anak yang belum tahu adab…

Jangan terus kita label sebagai anak yang tidak baik.

Ajarkan dia.

Kerana dulu kita pun pernah menjadi budak yang tidak tahu.

Bezanya…

Ada orang yang mengajar kita.

Ada orang yang menegur kita.

Ada orang yang berkata,

“Jangan begitu. Buat begini.”

Dan mungkin hari ini…

Tiba p**a giliran kita untuk mengajar generasi selepas kita.

Kalau anak tidak tahu, kita ajar.
Kalau anak tersilap, kita tegur.
Kalau anak lupa, kita ingatkan.

Kerana adab yang kecil hari ini, mungkin menjadi maruah yang besar pada masa depan.

Sumber: akhbar/lamanweb

Foto sekadar hiasan

🏆 TAHNIAH DAN SYABAS! 🌟Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Rajveer Singh a/l Inderjeet Singh dari SMK Ho...
21/08/2026

🏆 TAHNIAH DAN SYABAS! 🌟

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Rajveer Singh a/l Inderjeet Singh dari SMK Horley Methodist, Teluk Intan, atas kejayaan membanggakan melangkah ke peringkat antarabangsa dalam pertandingan HIPPO English Without Borders – The Contest 2026 Play-Off Qualifier yang berlangsung pada 4 hingga 11 Ogos 2026 di Brighton, United Kingdom.

PENCAPAIAN ANTARABANGSA

👤 Nama: Rajveer Singh a/l Inderjeet Singh (15 tahun)
🏫 Sekolah: SMK Horley Methodist, Teluk Intan
🌍 Peringkat: Antarabangsa
📍 Lokasi: Brighton, United Kingdom
📅 Tarikh: 4 – 11 Ogos 2026
🏅 Pencapaian: Kedudukan Ke-13 daripada 43 peserta antarabangsa

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan bukan sahaja buat diri beliau dan keluarga, malah turut mengharumkan nama SMK Horley Methodist, Teluk Intan serta Daerah Hilir Perak di persada antarabangsa.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan buat Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak atas sokongan, dorongan dan kepercayaan yang diberikan dalam menyokong kecemerlangan murid ke peringkat global.

Ucapan penghargaan dan terima kasih turut ditujukan kepada pihak pentadbir sekolah, guru-guru serta keluarga atas segala usaha, bimbingan dan sokongan padu yang menjadi pemangkin kepada kejayaan ini.

✨ Semoga kejayaan Rajveer menjadi inspirasi kepada murid untuk terus berani mencabar diri, mengembangkan potensi dan melakar kejayaan di persada dunia.

Congratulations, Rajveer! Keep reaching higher and shining brighter! 🌏🏆✨





Dialog Kehadiran ting. 4 bersama pengetua20.7.2026 (Isnin)
20/07/2026

Dialog Kehadiran ting. 4 bersama pengetua
20.7.2026 (Isnin)

Ceramah buli oleh kaunselorTarikh:20.7.2026Masa:7.30amTempat:dataran horley
20/07/2026

Ceramah buli oleh kaunselor
Tarikh:20.7.2026
Masa:7.30am
Tempat:dataran horley

19/07/2026
Guru Bertugas Mingguan (minggu 25)HMSS
19/07/2026

Guru Bertugas Mingguan (minggu 25)
HMSS

Jom baca adik2 manis…Meneroka Sejarah, Warisan & Khazanah negara kita
18/07/2026

Jom baca adik2 manis…
Meneroka Sejarah, Warisan & Khazanah negara kita


INFORMASI PSS HMSSJom kenali Warisan NegaraAyuhBelajar • Menghayati • Menghargai Warisan Negara
18/07/2026

INFORMASI PSS HMSS
Jom kenali Warisan Negara

Ayuh
Belajar • Menghayati • Menghargai Warisan Negara


Address

SMK Horley Methodist
Teluk Intan
36000

Opening Hours

Monday 07:20 - 18:45
Tuesday 07:20 - 18:45
Wednesday 07:20 - 18:45
Thursday 07:20 - 18:45
Friday 07:20 - 18:45

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Horley Methodist, Teluk Intan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category