Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al-Amin

Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al-Amin MISI - Menanamkan dalam jiwa pelajar ketaqwaan kepada Allah, akhlak mulia, fikrah tajdid dan komitmen terhadap kecemerlangan dalam apa jua yang dilakukannya.

Dengan penuh kesyukuran, sekolah kini sedang memasuki transformasi baharu sebagai Sekolah Rendah Islam Darul Amin yang menfokuskan pendidikan awal KSSR dan KAFA VISI - Melahirkan muslim syumul yang sentiasa mencari keredhaan Allah dalam semua aspek kehidupannya melalui hubungan dengan Nya serta hubungan dengan manusia dan alam sekelilingnya. We Love to Share what we know and we care

Subhanallah..Alhamdulillah..Syukur diberi kemudahan oleh Allah dengan bantuan anggota tentera yang bertungkus lumus sela...
18/03/2024

Subhanallah..
Alhamdulillah..

Syukur diberi kemudahan oleh Allah dengan bantuan anggota tentera yang bertungkus lumus selama satu bulan lebih menjalankan baik pulih di SMITA..

Fasa-fasa akhir projek baik pulih SMITA:

1. Membuka Dan mengganti syiling tandas yang hampir roboh
2. Mengganti kipas Dan lampu yang rosak sekitar sekolah
3. Baik pulih Dan mengecat dataran sekolah
4. Mengganti paip Dan shower di Bilik Mandi
5. Selenggara flush di tandas-tandas
6. Mengganti tombol pintu baru dibangunan akademik
7. Mengganti cermin baru yang pecah di tandas
8. Membaik pulih paip/bumbung bocor di kantin

Alhamdulillah 3x... pelajar selesai menjalanai Program yang disediakan oleh pihak sekolah selama 5 Hari.. Antara pengisi...
17/03/2024

Alhamdulillah 3x... pelajar selesai menjalanai Program yang disediakan oleh pihak sekolah selama 5 Hari..

Antara pengisian program adalah Diagnos hafazan, diagnos jawi, slot pemantapan bahasa. (Bahasa melayu, Bahasa Arab Dan Bahasa Inggeris) Dan slot amali solat.

Pelajar juga menerima Kad telefon secara percuma.

Semoga pelajar mendapat perkara yang bermanfaat selama program dijalankan InsyaAllah.

Marhaban Ya Ramadhan !!Ramadhan Kareem !!Tetamu istimewa yang ditunggu kini telah tiba. Selamat berpuasa! Semoga bulan R...
11/03/2024

Marhaban Ya Ramadhan !!
Ramadhan Kareem !!

Tetamu istimewa yang ditunggu kini telah tiba. Selamat berpuasa! Semoga bulan Ramadan kali ini membawa keberkahan yang melimpah bagi kita semua.

Alhamdulillah 3xx..Baki beberapa Hari sahaja lagi untuk menyambut kepulangan anak-anak didik ke SMITA Dan menerima pelaj...
06/03/2024

Alhamdulillah 3xx..

Baki beberapa Hari sahaja lagi untuk menyambut kepulangan anak-anak didik ke SMITA Dan menerima pelajar baharu.

Update Gerak kerja Hari ini :

1. Membuka siling yang rosak di tingkat 2&3
2. Mesin rumput di padang sekolah
3. Menambah table top di Bilik Mandi asrama perempuan
4. Mengemas asrama Dan pastikan dorm disediakan mengikut tingkatan
5. Menampal lubang yang pecah di "Sick Bay"
6. Mengecat tempat wudhu'
7. Gotong royong Bilik komputer, kelas-kelas dan bilik-bilik khas lain


,Ilmu,Disiplin

Alhamdulillah.. Selesai pemasangan dua buah telefon awam untuk kegunaan anak2 Tahfiz SMITA.. Kad diberikan percuma kepad...
05/03/2024

Alhamdulillah..

Selesai pemasangan dua buah telefon awam untuk kegunaan anak2 Tahfiz SMITA.. Kad diberikan percuma kepada anak-anak SMITA.

Semoga dengan pemasangan telefon ini dapat berikan kemudahan kepada anak-anak untuk menghubungi ibu-bapa insyaAllah..


,Ilmu,Disiplin

UPDATE KERJA HARI INI :1. Bilik Mandi pelajar sudah dicat2. Dalam proses siapkan table top bagi kegunaan pelajar mencuci...
04/03/2024

UPDATE KERJA HARI INI :

1. Bilik Mandi pelajar sudah dicat
2. Dalam proses siapkan table top bagi kegunaan pelajar mencuci pakaian
3. Bilik Conference sudah dicuci Dan dipasang langsir
4. Sebiji van dihantar untuk selenggara
5. Cat inner coat di tempat wudhu'
6. Mesin rumput disekitar sekolah

Alhamdulillah 3x..

Alhamdulillah..Sudah diselenggara pam air yang lama  dan ditambah lagi sebuah enjin pam air yang baru serta diselenggara...
02/03/2024

Alhamdulillah..

Sudah diselenggara pam air yang lama dan ditambah lagi sebuah enjin pam air yang baru serta diselenggara sistem wiring bilik pam.. sebelum ini hanya boleh digunakan satu pam sahaja dan sudah uzur..

Turut diganti paip air serta dibersihkan dan dicuci tempat ambil wudhu' yang sudah kotor dan berlumut.. akan dicat agar kelihatan cantik dan bersih..
Semoga dapat menambah keselesaan kepada anak-anak pelajar.


,Ilmu,Disiplin

Update terkini projek Baik pulih SMITA ..Bina bilik air baru di tingkat 3 menggunakan batu bata menggantikan bilik air l...
22/02/2024

Update terkini projek Baik pulih SMITA ..

Bina bilik air baru di tingkat 3 menggunakan batu bata menggantikan bilik air lama yang menggunakan board putih (abestos).

Terima kasih ustazah Syahirah (ditengah)..Walau sudah meninggalkan SMITA dan berkhidmat di sekolah lain, beliau masih ti...
17/02/2024

Terima kasih ustazah Syahirah (ditengah)..
Walau sudah meninggalkan SMITA dan berkhidmat di sekolah lain, beliau masih tidak melupakan anak didik SMITA..

Beliau dengan berbesar hati masih datang untuk mengadakan kelas Bahasa Arab kepada pelajar tingkatan 5 bagi pecutan akhir sebelum pelajar menjawab peperiksaan.

Terima kasih ustazah..Jasamu Dikenang.

Menerima kunjungan En. Zainudin daripada Sohor Rizqi Sdn Bhd bagi menandatangan persetujuan bagi menempatkan 2 unit mesi...
15/02/2024

Menerima kunjungan En. Zainudin daripada Sohor Rizqi Sdn Bhd bagi menandatangan persetujuan bagi menempatkan 2 unit mesin basuh layan diri di SMITA.. InsyaAllah mesin basuh boleh digunakan oleh pelajar SMITA bermula 1 Mac 2024..


,Ilmu,Disiplin

Alhamdulillah.. pada 13 Februari 2024, pihak Skuadron Kedua Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Angkatan Tentera Malaysia) te...
15/02/2024

Alhamdulillah.. pada 13 Februari 2024, pihak Skuadron Kedua Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Angkatan Tentera Malaysia) telah turun ke sekolah bagi menjalankan projek baik pulih. Anggota yang turun adalah seramai 13 orang..Mereka akan berkampung di SMITA selama satu bulan.


,Ilmu,Disiplin

Congratulations!!Mabruk !!Tahniah !!SMI Tahfiz Al-Amin amat berbangga dengan pencapaian cemerlang para pelajarnya. Semog...
11/02/2024

Congratulations!!
Mabruk !!
Tahniah !!

SMI Tahfiz Al-Amin amat berbangga dengan pencapaian cemerlang para pelajarnya. Semoga momentum ini dikekalkan. Buat anak-anak yang tidak menerima anugerah jangan sesekali berputus asa. Anda bukan tidak berjaya. Anda cuma belum berjaya dan anda PASTI akan berjaya jika mahu berusaha. Semoga program seperti ini dapat membakar semangat anak-anak untuk lebih tekun dalam akademik, kokurikulum, hafazan dan sahsiah.

Address

Kg Pengkalan Ara, Parit 5/7R Chenderong Balai
Teluk Intan
36600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al-Amin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al-Amin:

Shortcuts

Share