Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan

Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan Kolej Pertanian Memperkasakan pendidikan teknikal dan vokasional melalui pelaksanaan program yang bekualiti

21/08/2026
๐ŸŽ“ TAHNIAH ANAK-ANAK PELAJAR KVPTI! ๐ŸŽ“Ucapan daripada Pengarah Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan (KVPTI)Setinggi-ting...
17/08/2026

๐ŸŽ“ TAHNIAH ANAK-ANAK PELAJAR KVPTI! ๐ŸŽ“

Ucapan daripada Pengarah Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan (KVPTI)

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada anak-anak pelajar KVPTI daripada pelbagai program yang telah menerima tawaran UPU untuk meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di pelbagai IPTA bagi tahun 2026, walaupun masih berada di peringkat On-the-Job Training (OJT).

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada semua pensyarah di bawah Sektor TPA, TPSA dan KJK yang telah memainkan peranan amat besar dalam membentuk dan mencorakkan kejayaan anak-anak pelajar, bukan sahaja dalam pencapaian akademik, malah dari aspek sahsiah, karakter dan pembangunan soft skill sehingga mencapai tahap kecemerlangan ini.

Semoga anak-anak pelajar terus melakar kecemerlangan dan kejayaan di peringkat pendidikan tertiari serta menjadi insan yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

Sekalung tahniah dan syabas kepada semua!
Semoga terus cemerlang menggapai cita-cita.

โ€” Pengarah
Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan (KVPTI)



Makluman Simposium PRS Kebangsaan 2026Pelajar MUHAMMAD NAQIUDDIN HAKIMI BIN NAHAR ( SVM SEM 2 PEMPROSESAN MAKANAN) KOLEJ...
17/08/2026

Makluman Simposium PRS Kebangsaan 2026

Pelajar MUHAMMAD NAQIUDDIN HAKIMI BIN NAHAR ( SVM SEM 2 PEMPROSESAN MAKANAN)
KOLEJ VOKASIONAL PERTANIAN TELUK INTAN mewakili Negeri Perak ke Peringkat kebangsaan setelah melalui peringkat penilaian kolej, daerah dan negeri dalam kem yang dilaksanakan.

Tarikh: 17-19 Ogos 2026
Tempat: D'Village, Ayer Keroh, Melaka

Doakan kejayaan pelajar untuk terus cemerlang di peringkat kebangsaan. Terima kasih.๐ŸŒน

14/08/2026
Kursus Kenaikan Pangkat KRS Staf Sarjan Daerah Hilir Perak Tahun 2026 bertarikh 7 hingga 9 Ogos di SMK Seri Setia telah ...
09/08/2026

Kursus Kenaikan Pangkat KRS Staf Sarjan Daerah Hilir Perak Tahun 2026 bertarikh 7 hingga 9 Ogos di SMK Seri Setia telah berakhir dengan jayanya.

Peserta dari KV(P)TI telah berjaya memperoleh:

STAF SARJAN :

PUTERA :
1.KHALISH RAYYAN BIN AMMAD SUFFI - SVM 1CPE
๐Ÿฅ‡JOHAN KAWAD KAKI

PUTERI :
1.DAMIYA HUSNA BINTI BASRI -SVM 2 CPE
๐Ÿฅ‡JOHAN BANTU MULA

2.BATRISYA AULIYA BINTI MUHAMMAD YAZID -SVM 2 CPD
๐Ÿฅ‡JOHAN ORIENTEERING

3. NUR FARHANAH BINTI AHAMED IBRAHIM - SVM 2 CPD
๐Ÿฅ‡JOHAN IKATAN & SIMPULAN

4.NUR ALYA DAYANA BINT ZAIFULSHAHRIL - SVM 2 CPE
๐Ÿฅ‡JOHAN BANTU MULA

5.SITI NOR AMYLIA ARISYAH BINTI ABDULLAH - SVM 2CPD
๐Ÿฅ‡JOHAN KAWAD KAKI

SARJAN :

PUTERI:
1.NUT KHALEYSHA UZMA BINTI KAMAL ARIFF - SVM 1 CPE
๐Ÿฅ‡JOHAN KAWAD KAKI

2.FATHIAH ATOILLAH BINTI MOHD SHABLI - SVM 2 bCPE
๐Ÿฅ‡JOHAN IKATAN & SIMPULAN

3.FATIMAH ADDAWIYAH ROSLI BINTI ABDUL RAHMAN - SVM 2 CPD
๐Ÿ…JOHAN ORIENTEERING

KOPERAL:

PUTERA : AQIL HADIF BIN BADRUL HISHAM - SVM 1 CAF
๐Ÿฅ‡JOHAN BANTU MULA

Terima kasih kepada semua yg terlibat secara langsung atau tidak langsung ๐Ÿซก

KEM KENEGARAAN MALAYSIA MADANI BADAN KEPIMPINAN KOLEJ VOKASIONAL ZON PERAK 2026๐Ÿ“… 7 โ€“ 9 Ogos 2026Jumaat hingga Ahad๐Ÿ“ Kem ...
09/08/2026

KEM KENEGARAAN MALAYSIA MADANI BADAN KEPIMPINAN KOLEJ VOKASIONAL ZON PERAK 2026

๐Ÿ“… 7 โ€“ 9 Ogos 2026
Jumaat hingga Ahad
๐Ÿ“ Kem Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak

Program ini melibatkan penyertaan barisan badan kepimpinan pelajar Kolej Vokasional Zon Perak sebagai wadah untuk membentuk generasi muda yang berjiwa patriotik, berdisiplin, bertanggungjawab dan berintegriti.

Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan sepanjang kem memberikan peluang kepada para pelajar untuk mengembangkan kemahiran kepimpinan, komunikasi, kerja berpasukan serta semangat setiakawan. Pada masa yang sama, program ini turut menyemai kesedaran tentang kepentingan peranan generasi muda dalam membina masyarakat dan negara yang harmoni, progresif serta berdaya saing.

Semoga pengalaman dan ilmu yang diperoleh sepanjang kem ini dapat menjadi bekalan kepada para pemimpin muda Kolej Vokasional untuk terus melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi serta menjadi contoh dan inspirasi kepada warga kolej.

โ€œPemimpin Berintegriti, Generasi Madani, Malaysia Gemilang.โ€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ





KARNIVAL STEM GENERASI MADANI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2026Tarikh: 7-8 Ogos 2026Hari : Jumaat d...
08/08/2026

KARNIVAL STEM GENERASI MADANI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2026
Tarikh: 7-8 Ogos 2026
Hari : Jumaat dan Sabtu
Tempat: SMK Abdul Rahman Talib, Teluk Intan.

Keputusan Keseluruhan

WATER ROCKET CHALLENGE
JOHAN & TEMPAT KELIMA

INNOVATORS OF TOMORROW
TEMPAT KEEMPAT

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat. InsyaAllah peserta roket KV(P)TI juga akan mewakili daerah Hilir Perak ke Karnival STEM Peringkat Negeri Perak 2026. Berbanyak terima kasih juga buat Tn. Pengarah, semua barisan pengurusan, semua pensyarah dan staf AKP serta anakยฒ pelajar yang terlibat dan sentiasa menyokong aktiviti yg dijalankan sepanjang karnival ini dilaksanakan. Terima kasih semua ๐Ÿ’


๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ FUN RUN KOPERASI 2026 ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿ“… 8 Ogos 2026 / Sabtu Sihat, Cergas dan Ceria Bersama!Program Fun Run Koperasi 20...
08/08/2026

๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ FUN RUN KOPERASI 2026 ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ
๐Ÿ“… 8 Ogos 2026 / Sabtu

Sihat, Cergas dan Ceria Bersama!

Program Fun Run Koperasi 2026 telah berlangsung pada 8 Ogos 2026 dengan penuh meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga KVPTI.

๐Ÿ‘ Tahniah dan syabas kepada semua peserta serta jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Semoga penganjuran Fun Run Koperasi 2026 dapat terus menyemarakkan budaya hidup sihat dan membentuk warga kolej yang aktif, cergas dan positif.

๐ŸŒŸ Bergerak Bersama, Sihat Bersama! ๐ŸŒŸ



KURSUS KENAIKAN PANGKAT STAF SARJAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2026 7 hingga 8 OGOS 2026๐Ÿ“… Jumaa...
08/08/2026

KURSUS KENAIKAN PANGKAT STAF SARJAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2026

7 hingga 8 OGOS 2026
๐Ÿ“… Jumaat โ€“ Ahad
๐Ÿ“ SMK Seri Setia

Kursus ini menjadi platform untuk membentuk dan memperkukuh disiplin, kepimpinan, ketahanan diri, semangat kerjasama serta jati diri dalam kalangan kadet sebagai persediaan memikul tanggungjawab yang lebih besar.

Semoga setiap pengalaman, ilmu dan cabaran yang dilalui sepanjang kursus ini menjadi bekalan untuk melahirkan barisan pemimpin muda KRS yang berdisiplin, berwibawa dan berjiwa kental.

โ€œIlmu Dipelajari, Kepimpinan Dibentuk, Jati Diri Diperkasa.โ€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ






Address

Jalan Changkat Jong
Teluk Intan
36000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6056227322

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan:

Shortcuts

Share

Category