14/12/2018
7 SEBAB MURID LEMAH DALAM MATA PELAJARAN SAINS.
βββββββββββββββββββββ
MENARIK, teruja, menyeronokkan dan mengasyikkan! Begitulah seharusnya sains dilihat oleh semua peringkat usia, tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa.
Secara idealnya sains adalah satu subjek yang menarik dan tidak membosankan kerana lumrah atau sifat semula jadi manusia itu yang s**a ingin tahu dan sains ada jawapannya. Malah sifat semula jadi sains iaitu di mana idea-idea sains itu adalah tentatif, boleh dicabar secara emperikal, menggalakkan diskusi, kritikal dan berfikiran kreatif, penyelidikan dan sebagainya.
Tetapi realiti yang berlaku di sekolah-sekolah seperti silibus terlalu padat dan s**ar, masa yang terhad, makmal kurang pengendalian, peralatan usang, tidak mencukupi, pelajar ramai, kesibukan guru, pengajaran secara chalk & talk, amali dibuat mengikut 'buku resipi' dan kebiasaannya tersedia jawapan, telah menjadikan subjek sains itu tidak menarik atau penyebab mengapa sains itu dikategorikan subjek yang membosankan.
Ungkapan diatas diambil dari satu petikan ILMIAH mengenai minat murid terhadap MATA PELAJARAN SAINS.. Disini cikgu senaraikan 7 sebab Murid lemah dalam mata pelajaran Sains.
1. MIND SET
Perkara ini selalu cikgu cakapkan pada murid-murid cikgu... belum mula belajar lagi dah kata belajar SAINS susah... Belum tau lagi seronoknya belajar SAINS dah kata tak seronok... Macam mana nak berjaya...
2. MALAS MEMBACA
Bila nak ilmu kena membaca... apa sahaja ilmu perlu membaca... Termasuklah SAINS ... Mana boleh kata tak perlu membaca dah boleh belajar SAINS ... Nak buat Ujikaji kena baca arahan dulu... nak buat simulasi pon kena baca juga,, Nak jawab soalan SAINS dah tentu-tentu kena baca soalan... Jadi membaca tu penting untuk belajar SAINS ..
3. MENGINGAT FAKTA
Ini masalah paling utama... Lupa,, Tak ingat... Nak buat macam mana macam yang Cikgu selalu kata belajar SAINS perlu mengingat.. Kalau tak ingat macam mana nak BERJAYA dalam mata pelajaran SAINS... Soalan simple cikgu pada murid-murid kalau jadi doktor tapi lupa nama ubat boleh tak??? Jadi nak Belajar SAINS kena banyak mengingat fakta...
4. MENGUASAI KEMAHIRAN PROSES SAINS
KPS atau kemahiran proses SAINS ni penting... murid-murid s**a ambil mudah sebab tak tahu bahawa kemahiran ini akan membantu mereka menjawab dan mempelajari SAINS dengan betul... Macam mana nak menguasai KPS ni??? kena belajar SAINS dengan betul la...Itu akan cikgu terangkan dalam post yang akan datang...
5. MALAS BUAT LATIHAN
Latihan juga faktor penting untuk berjaya... Untuk berjaya dalam mata pelajaran apa pon latihan itu penting... Bukan SAINS sahaja... Namun bila nak buat latihan SAINS je jadi malas... mengapa???? balik pada MIND SET tadi... Nak berjaya anda kena ubah...
6. TAK KUASAI TEKNIK MENJAWAB
SAINS memang tak sama dengan mata pelajaran yang lain... masalahnya masih ada murid yang menjawab SAINS macam menjawab soalan bahasa melayu... maka jawapan jadi salah... mula la kata Sains susah... Hhmmm macam mana yer... kena buat banyak latihan la baru tahu teknik menjawab kan...
7. TIDAK BERMINAT
Akhirnya... bila diri memang tidak berminat untuk belajar SAINS atau lebih berminat dengan mata pelajaran lain.. mata pelajaran yang senang pon akan jadi susah... soalan mudah pon jadi sangat susah.. maka minat itu perlu dipupuk... bagaimana caranya??? Nanti lain kali Cikgu post yer...
Itulah serba sedikit perkongsian Cikgu mengenai mata pelajaran SAINS yang cikgu rasa sebenarnya akan jadi sangat senang kalau anak-anak dapat atasi masalah-masalah diatas... SEMOGA PERKONGSIAN INI MEMBERI MANFAAT PADA SEMUA...