SMK Seri Setia, Teluk Intan

SMK Seri Setia, Teluk Intan Sekolah Menengah Seri Setia, atau nama ringkasnya SEMESTA terletak 6 kilometer dari Bandar Teluk Intan. Sekolah ini siap dibina pada akhir tahun 2000.

Lokasi sekolah ini terletak berhampiran dengan Kampung Banjar dan sebuah taman perumahan yang agak berhanpiran iaitu Taman Seri Setia. Oleh itu, nama sekolah ini di ambil dari Taman Seri Setia. Kawasan ini pada asalnya adalah kawasan lembah yang di tanam dengan tanaman pokok getah. Disebabkan permukaan tanah agak rendah, permukaannya ditambak dengan pasir setiggi 7 kaki sebelum operasi pembinaan s

ekolah dilakukan pada awal tahun 1999. Sekolah ini dibina secara serentak dengan projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kandi yang terletak berhampiran kira-kira 1 km. Sekolah ini mempunyai empat blok bangunan setinggi empat tingkat, berserta kantin, bengkel pertanian, tempat meletak kenderaan, lalulan pejalan kaki berbumbung dan pelbagai gelanggang permainan dibina bagi menampung keperluan pelajar. Sebanyak 24 bilik darjah dan berbagai-bagai bilik khas disediakan termasuklah bilik komputer, muzik, geografi, sejarah, bahasa, pendidikan seni, bengkel kejuteraan, pusat sumber di samping makmal-makmal sains, kedai operasi, klinik gigi, bilikpesakit, bilik gerakkan, bilik kokurikulum, dan surau. Pada tahun 2001, sekolah ini hanya mengadakan Karnival Permainan bagi menggantikan acara sukan tahunan di sebabkan kekurangan bilangan pelajar. Namun, pada tahun 2002, Sukan Olahraga Tahunan telah berjaya dilaksanakan buat julung-julung kalinya. Malahan, Hari Usahawan pertama telah dilaksanakan dengan jayanya pada 10 Oktober 2003 yang bertujuan untuk menambahkan peralatan sekolah seperti komputer, bahan bacaan di Pusat Sumber dan mengisi tabung kebajikan pelajar.Sekolah ini telah menempa nama yang baik dalam akademik apabila berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam PMRnya pertama pada tahun 2003. Walaupun sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah baru, tetapi taraf pencapaian akedemik setanding dengan pencapaian sekolah-sekolah lain di daerah Hilir Perak. Malahan, pencapaian ini diiktiraf sebagai ketigaterbaik di daerah ini pada tahun tersebut. Pentadbiran pengetua pertama tidak lama apabila pengetua tersebut bertukar ke S.M Teknik, Manjung pada 1 Ogos 2003 dan pengetua baru iaitu Pn. Hajah Naimah binti Ali memulakan tugasbeliau sebagai pengetua kedua di SEMESTA pada 28 Januari 2004.Dalam masa pentadbiran pengetua baru ini, beberapa usaha telah dilakukan apabila bilik guru telah mewujudkan bilik kerja yangdikenali sebagai Bilik Peperiksaan dan Penilaian. Bilik ini menempatkan 3 buah komputer bagi kegunaan guru-guru untuk kemudahan tugas. Pihak pentadbiran sekolah juga telah mengusahakan pembinaan pentas konkrit di Dataran SEMESTA untuk kegunaan semasa perhimpunan rasmi sekolah serta membina semula pentas Dewan Setia Budi dan menambahkan serba sedikit keselesaan seperti lampu dan kipas. Selain itu, kemudahan-kemudahan lain sedang diusahakan untuk memenuhi keperluan semasa bagi menjulang nama SEMESTA. Sejak sekolah ini di bawah pentadbiran pengetua kedua SEMESTA, PN Hjh Naimah bt. Ali telah membawa perubahan evolusi besar kepada sekolah ini. Pelajar sekolah ini telah diberi didikan displin, kokurikulum, sahsiah dan sokongan di bawah perintah pengetua SEMESTA. Beliau telah meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada pelajar dan guru. Keselesaan dan kejayaan telah dikurniakan olehnya.

Ilmu baru.
20/06/2020

Ilmu baru.

Tengah beraya, boleh pulak tayar flat. Guna pam pun tak jalan sebab angin keluar sebaik tayar dipam. Penyelesaiannya, tukar tayar spare dan bawa kereta ke be...

04/06/2020

Cara menukar screen protector smartphone anda. Harap dapat membantu~! Sebarang komen atau cadangan boleh dilontarkan di ruangan komen di bawah. Jika anda ras...

26/05/2020

Unboxing bag badminton aku yang baru, Protech Smart Backpack 3.0. Walau bagaimanapun, disebabkan musim PKP ni, tak dapat nak rasmi lagi. Enjoy~ –––––––––––––...

19/05/2020

ACER NITRO XV240YP merupakan antara monitor IPS 165hz yang terbaik yang boleh didapati di pasaran dengan harga yang menarik. Untuk versi 2020, Acer turut men...

Pertunjukan Bunga Api sempena ambang tahun baru 2020 di Putrajaya
03/01/2020

Pertunjukan Bunga Api sempena ambang tahun baru 2020 di Putrajaya

Pertunjukan Bunga Api sempena Ambang Tahun Baru 2020 di Putrajaya. Record with Oneplus 6 (4k, 60fps)

14/11/2019

Servis sendiri je la.. –––––––––––––––––––––––––––––– Pablo by jlsmrl https://soundcloud.com/jlsmrl Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0 F...

Resepi mudah.
22/09/2019

Resepi mudah.

Resepi mudah, tiada sukatan tetap.

Buku : Ilmu menjana mindaGlob : Ilmu membentuk peradaban sejagat selaras   dengan pendidikan di Malaysia ke arah bertara...
15/04/2011

Buku : Ilmu menjana minda

Glob : Ilmu membentuk peradaban sejagat selaras dengan pendidikan di Malaysia ke arah bertaraf dunia

Biru : Perpaduan dan permuafakatan dalam kalangan warga sekolah

Merah : Dedikasi dan kecemerlangan - kesungguhan setiap warga sekolah untuk mencapai kejayaan yang dicita-citakan

Kuning : Kedaulatan dan kesetiaan kepada raja dan negara - mendukung hasrat setia kepada raja dan negara. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Address

Jalan Padang Tembak
Teluk Intan
36000

Telephone

+6056225628

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Seri Setia, Teluk Intan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category