SK Seri Setia, Teluk Intan

Call Directions

SK Seri Setia, Teluk Intan Laman Rasmi SK SERI SETIA, TELUK INTAN, PERAK

โœจ TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! โœจSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Panitia Sejarah SK Seri Setia atas kejayaan merai...
02/10/2026

โœจ TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! โœจ

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Panitia Sejarah SK Seri Setia atas kejayaan meraih Naib Johan dalam Pertandingan Mencipta Replika Bersejarah dan Video Peringkat Daerah Hilir Perak anjuran Panitia Sejarah Daerah Hilir Perak. ๐Ÿ†๐ŸŽ‰

Tahniah dan syabas buat tiga orang murid hebat:
๐ŸŒŸ Safiahtunnur binti Daud
๐ŸŒŸ Putri Nur Khalis binti Husnul Akmal
๐ŸŒŸ Nur Ainul Batrisya binti Ibnu Ridzuan

Terima kasih atas usaha, kreativiti dan komitmen yang telah dicurahkan. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mencipta kecemerlangan. ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

SK Seri Setia โ€” Terus Melakar Sejarah! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Seluruh warga SK Seri Setia mengucapkan Selamat Datang kepada guru baharu Cik Nur Nazwa binti Jaafar ke SK Seri Setia.  ...
29/09/2026

Seluruh warga SK Seri Setia mengucapkan Selamat Datang kepada guru baharu Cik Nur Nazwa binti Jaafar ke SK Seri Setia. Cikgu Nazwa akan mengajar Bahasa Melayu.

Semoga dengan kehadiran cikgu akan mencipta lebih banyak kejayaan di SK Seri Setia. Selamat Datang ke dunia pendidikan yang sebenar.

HEBAHAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE ALIRAN AGAMA, ALIRAN DINI, DAN TAHFIZ Dimaklumkan bahawa Sistem Permohonan Aliran ...
29/09/2026

HEBAHAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE ALIRAN AGAMA, ALIRAN DINI, DAN TAHFIZ

Dimaklumkan bahawa Sistem Permohonan Aliran Agama, Aliran Dini, dan Tahfiz (SPAAD) bagi Kalendar Akademik Tahun 2027 telah dibuka bermula semalam.

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh Permohonan: 28 September sehingga 28 Oktober 2026

๐Ÿ‘จโ€๐ŸŽ“ Terbuka kepada:

โœ… Murid Tahun 6 (kemasukan Tingkatan 1)
โœ… Murid Tingkatan 3 (kemasukan Tingkatan 4)

๐Ÿ”— Permohonan boleh dibuat menerusi pautan berikut: https://idme.moe.gov.my

๐Ÿ’ป Panduan pengisian permohonan boleh diakses melalui pautan berikut: https://go.gov.my/PanduanSPAAD

Sekian.

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Jadual Matriks Pembelajaran Tahun 4 Tahun 2026Selasa, 6 Oktober 2026- Bahasa Melayu- Bahasa InggerisRabu, 7 Oktober 2026...
28/09/2026

Jadual Matriks Pembelajaran Tahun 4 Tahun 2026

Selasa, 6 Oktober 2026
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris

Rabu, 7 Oktober 2026
- Matematik
- Sains

Doa Buat Murid-Murid:
โ€‹โ€œYa Allah, permudahkanlah urusan anak-anak murid tahun 4 kami dalam menghadapi ujian ini. Terangkanlah hati mereka, lapangkanlah dada mereka, dan kurniakanlah ketenangan serta kefahaman yang mendalam. Bukakanlah pintu ilham-Mu semasa mereka menjawab soalan, dan berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

โ€‹Selamat membuat persediaan dan seterusnya menduduki ujian buat semua murid Tahun 4 SK Seri Setia, Teluk Intan! Semoga dipermudahkan segalanya.



APA YANG PERLU TAHU TENTANG FORMAT MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4?  Berikut dikongsikan infografik rasmi daripada Kementer...
26/09/2026

APA YANG PERLU TAHU TENTANG FORMAT MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4?

Berikut dikongsikan infografik rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkenaan Format Matriks Pembelajaran Tahun 4 untuk rujukan dan persediaan bersama.

โ€‹๐Ÿ“Œ Rujuk infografik di bawah dan layari portal rasmi Lembaga Peperiksaan untuk maklumat lanjut:
https://lp.moe.gov.my/index.php/peperiksaan-pentaksiran/matriks-pembelajaran/1439-dokumen-rujukan-matriks-pembelajaran

Sila simpan (save) dan kongsikan hantaran ini untuk rujukan bersama. โ€‹Semoga maklumat ini membantu ibu bapa membimbing pembelajaran anak-anak di rumah.


Tahniah para pemenang pertandingan-pertandingan sepanjang bulan kebangsaan.Inilah wajah-wajah hebat yang berjaya mencipt...
19/09/2026

Tahniah para pemenang pertandingan-pertandingan sepanjang bulan kebangsaan.

Inilah wajah-wajah hebat yang berjaya mencipta kemenangan dalam pertandingan Bulan Kebangsaan SK Seri Setia! ๐ŸŽ‰โœจ

Menang bukan sekadar bawa pulang hadiah, tapi bawa sekali kenangan dan semangat Merdeka! โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™

Tahniah semua! ๐Ÿ‘๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MAJLIS PENUTUP  BULAN KEBANGSAAN SK SERI SETIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พAlhamdulillah, selesai sudah sambutan Bulan Kebangsaan SK Seri ...
19/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MAJLIS PENUTUP BULAN KEBANGSAAN SK SERI SETIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Alhamdulillah, selesai sudah sambutan Bulan Kebangsaan SK Seri Setia dengan penuh semangat, keceriaan dan rasa cinta akan tanah air.

Terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah bersama-sama memeriahkan setiap aktiviti sepanjang bulan kebangsaan. Semoga semangat patriotisme terus subur dalam jiwa kita semua.

Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati. โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Mohon perhatian๐Ÿ”Š๐Ÿ”Š๐Ÿ”Š
15/09/2026

Mohon perhatian๐Ÿ”Š๐Ÿ”Š๐Ÿ”Š

TAHNIAH DAN SYABAS! ๐Ÿ†๐ŸŽถTahniah buat Pasukan Rekoder Hilir Perak yang diwakili oleh dua orang murid SKSS Muhammad Mukhlis ...
15/09/2026

TAHNIAH DAN SYABAS! ๐Ÿ†๐ŸŽถ

Tahniah buat Pasukan Rekoder Hilir Perak yang diwakili oleh dua orang murid SKSS Muhammad Mukhlis Muhaimin dan Siti Annur Basyirah atas kejayaan meraih Tempat Keempat dalam Festival Rancak Seni โ€“ Pertandingan Rekoder dan Genderang Sekolah Rendah Peringkat Negeri Perak 2026! ๐Ÿ‘โœจ

Syabas atas usaha, disiplin dan komitmen yang ditunjukkan. Terima kasih juga kepada guru pembimbing dan semua yang sentiasa menyokong pasukan ini. โค๏ธ

Alunan muzik, kenangan tercipta, kejayaan terus dibawa! ๐ŸŽต

๐Ÿฅ‰ CilikrobikTAHNIAH DAN SYABAS! ๐ŸŽ‰Tahniah buat pasukan Cilikrobik SK Seri Setia atas kejayaan meraih Tempat Ketiga dalam ...
15/09/2026

๐Ÿฅ‰ Cilikrobik

TAHNIAH DAN SYABAS! ๐ŸŽ‰

Tahniah buat pasukan Cilikrobik SK Seri Setia atas kejayaan meraih Tempat Ketiga dalam Karnival Prasekolah Cilikrobik Peringkat Daerah Hilir Perak! ๐Ÿฅ‰๐Ÿ‘

Syabas kepada semua murid, guru pembimbing dan ibu bapa atas usaha, komitmen serta sokongan yang diberikan. โค๏ธ

Kecil langkahnya, besar impiannya! โœจ

Address

Jalan Padang Tembak
Teluk Intan
36000

Telephone

+6056226058

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Seri Setia, Teluk Intan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category