Unit Agroindustri Ternakan Poltri KVPTI

Unit Agroindustri Ternakan Poltri KVPTI Sedia menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat. Boleh PM admin.

Tahniah kepada pelajar Safiyatun Jannah binti Mohd Hatta diatas penganugerahan pelajar terbaik diploma Agroindustri Tern...
07/04/2026

Tahniah kepada pelajar Safiyatun Jannah binti Mohd Hatta diatas penganugerahan pelajar terbaik diploma Agroindustri Ternakan Poltri dan semua pelajar2 ambilan 2023 pada majlis konvokesyen kali ke 10 di USIM.

Tahniah!
Tarikh | 7 April 2026

Kursus penghasilan telur masin sebagai produk hiliran bersama-sama pelajar SVM1 dan DVM1 sebagai nilai tambah dalam diri...
15/10/2025

Kursus penghasilan telur masin sebagai produk hiliran bersama-sama pelajar SVM1 dan DVM1 sebagai nilai tambah dalam diri pelajar dimana pelajar sendiri menghasilkan telur masin bersama En Premnathan A/l Arumugom, Pengarah syarikat Mutiara Niaga sdn Bhd.

Tarikh | 15.10.2025

Program bersama panel penilai luar ke arah pengekalan akreditasi MQA bersama Prof Madya Dr. Hasliza Abu Hassim, Timbalan...
15/10/2025

Program bersama panel penilai luar ke arah pengekalan akreditasi MQA bersama Prof Madya Dr. Hasliza Abu Hassim, Timbalan Pengarah ITAFos UPM.

Tarikh | 14.10.2025

Fakta ringkas tentang Azolla (juga dikenali sebagai paku air):---🌿 Fakta Tentang Azolla1. Azolla ialah sejenis paku air ...
19/08/2025

Fakta ringkas tentang Azolla (juga dikenali sebagai paku air):

---

🌿 Fakta Tentang Azolla

1. Azolla ialah sejenis paku air kecil yang terapung di permukaan air.

2. Ia hidup bersimbiosis dengan bakteria Anabaena azollae yang mampu mengikat nitrogen dari udara.

3. Tumbuh dengan cepat, boleh berganda dua kali ganda dalam masa 3–5 hari.

4. Dikenali sebagai “green gold” kerana nilai nutrisi dan manfaatnya yang tinggi.

---

âś… Kebaikan Azolla

1. Sumber protein tinggi (25–35%) sesuai untuk makanan ternakan.

2. Mengurangkan kos makanan haiwan kerana boleh dijadikan makanan tambahan lembu, kambing, ayam, itik, ikan.

3. Baja semula jadi kerana kaya nitrogen, fosforus, kalium dan mineral.

4. Mesra alam – membantu kurangkan penggunaan baja kimia.

5. Pengawal rumpai air – menutup permukaan kolam/tali air, sekali gus menghalang pertumbuhan rumpai lain.

6. Meningkatkan hasil pertanian – terutama padi, kerana menyuburkan tanah.

7. Meningkatkan kesihatan haiwan ternakan – ayam lebih cepat membesar, ikan lebih sihat, lembu menghasilkan lebih banyak susu.

8. Pembersih air semula jadi – menyerap bahan pencemar organik dari air.

---

đź”§ Fungsi & Cara Penggunaan

Dalam Pertanian

Sebagai baja hijau: Azolla dibiarkan tumbuh di sawah padi, kemudian dibajak masuk ke dalam tanah → membekalkan nitrogen semula jadi.

Penutup permukaan air: Mengawal suhu air, menghalang rumpai, dan mengurangkan penyejatan.

Dalam Penternakan

Ayam/itik: Dicampur bersama dedak atau diberi segar.

Ikan: Digunakan sebagai makanan hidup dalam kolam.

Lembu/kambing: Dicampur dengan silaj atau rumput untuk tingkatkan protein diet.

Dalam Alam Sekitar

Digunakan untuk bio-remediasi, iaitu membersihkan air dari sisa organik atau bahan kimia.

---

👉 Kesimpulan: Azolla ialah sumber semula jadi yang murah, cepat membiak, kaya nutrisi, mesra alam, dan sangat berguna untuk pertanian serta penternakan.

Semoga bermanfaat

Sumber: group pertanian adalah perniagaan

JOM PILIH KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus ke Tahun 1 Sijil Vokasional Ma...
07/08/2025

JOM PILIH KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN

Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus ke Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) di Kolej Vokasional.

Permohonan boleh dibuat mulai 1 Ogos hingga 7 September 2025 melalui pautan berikut:
https://spskt4.moe.gov.my

PILIHAN PROGRAM YANG MENARIK
1. AGROINDUSTRI TANAMAN
2. AGROINDUSTRI TANAMAN (HORTIKULTUR)
3. AGROINDUSTRI TERNAKAN POLTRI
4. AGROINDUSTRI TERNAKAN RUMINAN
5. AKUAKULTUR
6. BIOTEKNOLOGI
7. TEKNOLOGI MEKANISASI AGRO
8. PEMPROSESAN MAKANAN
9. PEMBINAAN LANDSKAP
10. SKM PEREKA FLORA

Terbuka kepada pelajar Tingkatan 3 sesi akademik 2025/2026

Jom sertai kami Bersama Membina Masa Hadapan.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi kami.

Kursus pendigitalan IoT dalam mesin penetasan telur (Inkubator) bersama Tuan Ts Jegan Perumal bersama-sama pelajar Diplo...
05/08/2025

Kursus pendigitalan IoT dalam mesin penetasan telur (Inkubator) bersama Tuan Ts Jegan Perumal bersama-sama pelajar Diploma tahun 2 dan pelajar SVM semester 3. Semoga memberi manfaat kepada anak2 pelajar Unit Agroindustri Ternakan Poltri KVPTI

Tarikh | 5 Ogos 2025

Address

Jalan Changkat Jong
Teluk Intan
36000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Agroindustri Ternakan Poltri KVPTI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Unit Agroindustri Ternakan Poltri KVPTI:

Shortcuts

Share

Category