Alumni Sekolah Rendah Agama Al Munir

Alumni Sekolah Rendah Agama Al Munir Fan page ini bertujuan mengumpulkan bekas pelajar Sekolah Rendah Al-Munir.

Alumni Sekolah Rendah Al-Munir (ASRA) ditubuhkan untuk mengumpul bekas pelajar Al-Munir yang mana sekolah ini ditubuhkan pada 4 Jun 1988.

Mari semua Alumni menyumbang bagi menjayakan misi Projek Smart Interactive Whiteboard.Gunakan kesempatan pada bulan Rama...
17/03/2025

Mari semua Alumni menyumbang bagi menjayakan misi Projek Smart Interactive Whiteboard.

Gunakan kesempatan pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini untuk menggandakan sedekah.

KEMASKINI KUTIPAN PROJEK
SMART INTERACTIVE WHITEBOARD

Pihak sekolah ingin terus mengorak langkah dengan mengemaskini fasilititi pendidikan sekolah dengan cuba menjayakan projek 'Smart Interactive Whiteboard' yang merupakan salah satu alternatif pendekatan boleh digunakan warga pendidik Al Munir bagi kegunaan pembelajaran murid-murid.

Dikesempatan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, pihak sekolah membuka peluang kepada semua untuk menyumbang bagi menjayakan misi tersebut.

Dalam sebuah hadis daripada Anas RA menyebutkan:

سُئِلَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَىُّ الصَّوْمِ أَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ فَقَالَ: ‏‏ شَعْبَانُ لِتَعْظِيمِ رَمَضَانَ ‏.‏ قِيلَ فَأَىُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ: ‏ صَدَقَةٌ فِي رَمَضَانَ ‏

Maksudnya: Ditanyakan Nabi ﷺ puasa apakah yang terbaik selepas Ramadan?Jawab Nabi ﷺ: Puasa di bulan Syaaban untuk mengagungkan Ramadan. Ditanya lagi sedekah apakah yang paling afdhal? Jawab Nabi ﷺ: Sedekah di bulan Ramadan

[Riwayat Al-Tirmizi (663)]

إنا لله وانا اليه راجعون
17/03/2025

إنا لله وانا اليه راجعون

SELAMAT PULANG KE NEGERI ABADI
AL-HAFIZAH DI BULAN YANG MULIA

Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Almarhumah Ustazah Siti Maisarah binti Zakaria yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi, Ahad, 16 Mac 2025 bersamaan 15 Ramadan 1446H.

Allahyarhamah merupakan Alumni Sekolah Rendah Agama Al Munir yang kemudiannya melanjutkan dalam bidang Pengajian Tahfiz Al-Quran dan bergraduasi 30 juzu' Al-Qur'an pada tahun 2019 di Akademi Darul Quran Darul Huffaz. Allahyarhamah pernah menjadi tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Al Munir mendidik anak-anak tahfiz. Sesungguhnya, kepulangan beliau ke negeri abadi yang sangat mulia di Ramadan Kareem ini.

Jenazah akan disolatkan pada pukul 9.00 pagi Isnin,17 Mac 2025 di Masjid As-Saadah, Kampung Bahagia dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bahagia mengikut sumber daripada keluarga.

Semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang solehah dan diberi keampunan oleh Allah.

Pihak sekolah juga mendoakan semoga keluarga Allahyarhamah Ustazah Maisarah diberikan kesabaran di atas ujian diterima.

إنَّا للهِ وإنَّا إليه راجعونَ

Peluang kerjaya Guru Kontrak. Ambilan Mac 2023 dan keperluan segera.
12/03/2023

Peluang kerjaya Guru Kontrak. Ambilan Mac 2023 dan keperluan segera.

PELUANG KERJAYA JAWATAN GURU KONTRAK SRAR AL MUNIR, TELUK INTAN (AMBILAN MAC 2023)

🔹Peluang kerjaya jawatan GURU KONTRAK diperlukan segera bermula sesi persekolahan Mac 2023 mampu menguasai opsen subjek berikut;-

1. Bahasa Inggeris & Sirah (Dwikurikulum)
2. Qur'an Hafazan
3. Bahasa Arab

🔹Minimum kelayakan ialah diploma, STPM/ STAM atau setaraf dengan bidang subjek yang diperlukan oleh pihak sekolah.

🔹Ciri-ciri yang perlu dipenuhi seperti berikut :-

1. Mempunyai bakat dan minat sebagai guru.
2. Mempunyai kesungguhan dan rajin.
3. Komitmen yang tinggi terhadap sekolah.
4. Mempunyai asas tarbiyah Islamiah.
5. Patuh dan taat segala arahan Pentadbir.

🔹Hanya permohonan yang menepati kriteria akan dipanggil untuk temuduga oleh Panel Pengambilan Guru.

🔹Jika anda berminat, sila hantar surat permohonan, resume dan salinan sijil ke alamat e-mail :-

[email protected]

ATAU

🔹Muat naik permohonan anda bersama salinan sijil berkaitan melalui aplikasi WhatsApp:-

http://wa.me/601110205451

Sekian, harap maklum. Mohon tularkan iklan ini!

BERILMU BERIMAN BERTAQWA







Mohon tularkan iklan guru Sekolah Rendah Agama Al Munir.Kuasai bidang dwisubjek dalam satu-satu masa iaitu Sirah & Bahas...
08/03/2023

Mohon tularkan iklan guru Sekolah Rendah Agama Al Munir.

Kuasai bidang dwisubjek dalam satu-satu masa iaitu Sirah & Bahasa Inggeris.

PELUANG KERJAYA JAWATAN GURU KONTRAK SRAR AL MUNIR, TELUK INTAN (AMBILAN MAC 2023)

🔹Peluang kerjaya jawatan GURU KONTRAK diperlukan segera dan mula bertugas pada 14 Mac 2023 mampu menguasai opsen subjek berikut;-

1. Bahasa Inggeris & Sirah
2. Qur'an Hafazan
3. Bahasa Arab

🔹Minimum kelayakan ialah diploma, STPM/ STAM atau setaraf dengan bidang subjek yang diperlukan oleh pihak sekolah.

🔹Ciri-ciri yang perlu dipenuhi seperti berikut :-

1. Mempunyai bakat dan minat sebagai guru.
2. Mempunyai kesungguhan dan rajin sebagai guru.
3. Komitmen yang tinggi terhadap sekolah.
4. Mempunyai asas tarbiyah Islamiah.
5. Patuh dan taat segala arahan Pentadbir.

🔹Hanya permohonan yang menepati kriteria akan dipanggil untuk temuduga oleh Panel Pengambilan Guru.

🔹Jika anda berminat, sila hantar surat permohonan, resume dan salinan sijil ke alamat e-mail :-

[email protected]

ATAU

🔹Muat naik permohonan anda bersama salinan sijil berkaitan melalui aplikasi WhatsApp:-

http://wa.me/601110205451

Sekian, harap maklum. Mohon tularkan iklan ini!

BERILMU BERIMAN BERTAQWA

PELUANG KERJAYA JAWATAN GURU KONTRAK 2022 SRAR AL MUNIR (TELUK INTAN) AMBILAN JANUARI🔹DUA peluang kerjaya jawatan GURU K...
13/12/2021

PELUANG KERJAYA JAWATAN GURU KONTRAK 2022 SRAR AL MUNIR (TELUK INTAN) AMBILAN JANUARI

🔹DUA peluang kerjaya jawatan GURU KONTRAK diperlukan segera dan mula bertugas pada Januari 2022 untuk major subjek seperti butiran berikut :-

1. Matematik & Bahasa Melayu
2. Qur'an Hafazan & Jawi

🔹Minimum kelayakan ialah diploma, STPM/ STAM atau setaraf dengan bidang subjek yang diperlukan oleh pihak sekolah.

🔹Ciri-ciri yang perlu dipenuhi seperti berikut :-

1. Mempunyai bakat dan minat sebagai guru.
2. Mempunyai kesungguhan dan rajin sebagai guru.
3. Komitmen yang tinggi terhadap sekolah.
4. Mempunyai asas tarbiyah Islamiah.
5. Patuh dan taat segala arahan Pentadbir.

🔹Hanya permohonan yang menepati kriteria akan dipanggil untuk temuduga oleh Panel Pengambilan Guru. Sila hantar permohonan SEBELUM atau PADA 15 DISEMBER 2021.

🔹Jika anda berminat, sila hantar surat permohonan, resume dan salinan sijil ke alamat e-mail :-

[email protected]

ATAU

🔹Muat naik permohonan anda bersama salinan sijil berkaitan melalui aplikasi WhatsApp:-

http://wa.me/601110205451

Sekian, harap maklum. Mohon tularkan iklan ini!

BERILMU BERIMAN BERTAQWA

Peluang menabur bakti untuk anak-anak Al Munir.Sila tekan iklan di bawah!
26/11/2021

Peluang menabur bakti untuk anak-anak Al Munir.

Sila tekan iklan di bawah!

ULANG SIAR JAWATAN GURU KONTRAK & GURU GANTI 2022 SRAR AL MUNIR

🔹Tenaga pengajar diperlukan di Sekolah Rendah Agama Al Munir untuk sesi 2022. Ciri-ciri yang perlu dipenuhi seperti berikut :-

1. Mempunyai bakat dan minat sebagai guru.
2. Mempunyai kesungguhan dan rajin sebagai guru.
3. Komitmen yang tinggi terhadap sekolah.
4. Mempunyai asas tarbiyah Islamiah.
5. Patuh dan taat segala arahan Pentadbir.

🔹Empat kekosongan jawatan GURU KONTRAK & satu GURU GANTI (CUTI BERSALIN) diperlukan segera dan mula bertugas pada Januari 2022 untuk major subjek seperti butiran berikut :-

1. Bahasa Inggeris
2. Bahasa Melayu
3. Matematik & Sains
4. Quran Hafazan & Sirah
5. Feqah & Tauhid

🔹Minimum kelayakan ialah diploma, STPM atau setaraf dengan bidang subjek yang diperlukan oleh pihak sekolah.

🔹Permohonan yang menepati kriteria akan dipanggil untuk temuduga oleh Panel Pengambilan Guru & tarikh temuduga pada 6 Disember 2021.

🔹Jika anda berminat, sila hantar surat permohonan, resume dan salinan sijil ke alamat e-mail:-

[email protected]

ATAU

🔹Muat naik permohonan anda bersama salinan sijil berkaitan melalui aplikasi WhatsApp:-

http://wa.me/601110205451

ATAU

🔹Sila poskan ke alamat:-

Guru Besar,
Sekolah Rendah Agama Al Munir,
Kg Padang Tembak,
36000 Teluk Intan.

🔹Sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat sekolah melalui talian:-

http://wa.me/601110205451

Sekian, harap maklum. Mohon tularkan iklan ini!

BERILMU BERIMAN BERTAQWA

10/04/2021

[ULANG SIAR JAWATAN GURU TAHFIZ KONTRAK 2021]

Dua orang tenaga pengajar (perempuan sahaja) diperlukan di Maahad Tahfiz Al Munir (Tahfiz Harian) untuk kadar segera. Kelayakan & ciri-ciri diperlukan adalah seperti berikut:-

1. Hafizah 30 juzuk atau pernah menghafal Al Quran (diutamakan).
2. Mempunyai Sijil/ Diploma Tahfiz.
3. Mahir dalam bidang Al Quran.
4. Minat dan mempunyai bakat sebagai guru.
5. Mempunyai kesungguhan dan rajin.
6. Komitmen yang tinggi terhadap sekolah.
7. Mempunyai asas tarbiyah Islamiah.
8. Patuh dan taat segala arahan pentadbir

• Jika anda berminat, sila hantar surat permohonan, resume dan sijil ke alamat e-mail:-

[email protected]

ATAU

• Muat naik permohonan anda bersama sijil berkaitan melalui aplikasi WhatsApp:-

www.wasap.my/601110205451

ATAU

• Sila poskan ke alamat:-

Penyelia,
Maahad Tahfiz Al Munir,
Kg Padang Tembak,
36000 Teluk Intan.

Sekian, harap maklum. Mohon tularkan iklan ini!

Alumni Al Munir dijemput meraikan bersama. Berhibur sambil beramal!
30/06/2019

Alumni Al Munir dijemput meraikan bersama. Berhibur sambil beramal!

Pihak sekolah masih lagi membuka peluang ibu bapa & penjaga serta orang ramai untuk berhibur sambil beramal dengan membeli meja Makan Malam Amal Al Munir 2019 bersempena Sambutan 30 Tahun Al Munir.

Alunan gemersik suara daripada kumpulan Raihan Official kami bawakan yang merupakan artis nasyid antarabangsa. Segala sumbangan tiket Makan Malam Amal Al Munir akan digunakan untuk urusan pengurusan & pembangunan sekolah.

Warganet mohon tularkan poster ini! Semoga Allah membalas jasa baik kalian.

Mari kita raikan bersama! Kemungkinan ini peluang untuk semua batch berkumpul bagi menambat ukhuwwah terjalin.
18/03/2019

Mari kita raikan bersama!

Kemungkinan ini peluang untuk semua batch berkumpul bagi menambat ukhuwwah terjalin.

Debaran makin terasa. Sambutan 30 Tahun Al Munir bakal dilangsungkan pada awal bulan Ogos. Kami menjemput semua Alumni Sekolah Rendah Agama Al Munir & bekas guru untuk bersama dalam majlis. Tidak dilupakan kepada semua orang ramai untuk turut menyumbang dan meraikan bersama.

Hubungi talian yang dikongsikan untuk mendapatkan tiket meja. Bayaran boleh dilaksanakan secara ansuran.

07/11/2018

Iklan Jawatan Guru Kontrak 2019. Mohon tularkan!

Mari kita menyokong program bagi menambah Dana Pengurusan dan Pembangunan sekolah. Tularkan!
24/05/2018

Mari kita menyokong program bagi menambah Dana Pengurusan dan Pembangunan sekolah. Tularkan!

Teruskan gema Inteam bersama Al Munir. Sila buat tempahan awal dengan hadir terus ke pejabat atau hubungi talian sekolah kerana tempat adalah terhad. Para penyumbang boleh membayar secara ansuran untuk meja Makan Malam Amal Al Munir.

Ayuh, muslimin dan muslimat jangan lepaskan peluang yang terbentang luas ini. Berhibur sambil beramal!

Makan Malam Amal Al Munir 2018 istimewa bersama Inteam. Tularkan!
02/05/2018

Makan Malam Amal Al Munir 2018 istimewa bersama Inteam. Tularkan!

MAKAN MALAM AMAL AL MUNIR 2018

29 September 2018 || Sabtu || 8.00 malam || Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) || Istimewa bersama Inteam

Address

Lot 8430 , Kg Padang Tembak
Teluk Intan
36000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alumni Sekolah Rendah Agama Al Munir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Alumni Sekolah Rendah Agama Al Munir:

Shortcuts

Share