Maahad Tahfiz Al Munir

Maahad Tahfiz Al Munir Menjana kemajuan sahsiah , berketrampilan Al Quran dan kecemerlangan akademik yang unggul

RAMADAN KAREEMSelamat menyambut Ramadan Al-Mubarak buat seluruh umat Islam. Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan d...
19/02/2026

RAMADAN KAREEM

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak buat seluruh umat Islam. Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan dan keampunan buat kita semua.

Semoga kita dapat memanfaatkan rezeki bertemu Ramadan ini dengan sebaiknya.

๐ˆ๐ฅ๐ฆ๐ฎ | ๐ˆ๐ฅ๐ญ๐ข๐ณ๐š๐ฆ | ๐ˆ๐ฆ๐š๐ง




MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BADAN KEPIMPINAN DAKWAH & ROHANI (BADAR) SESI 2026Alhamdulillah, telah berlangsung pada hari i...
13/02/2026

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BADAN KEPIMPINAN DAKWAH & ROHANI (BADAR) SESI 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung pada hari ini Majlis Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Dakwah dan Rohani bagi sesi 2026 dan Pembubaran Organisasi Kepimpinan BADAR bagi Sesi 2025/2026.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah dilantik. Semoga amanah ini menjadi medan tarbiah, memupuk kepimpinan yang berakhlak, serta menggerakkan budaya ilmu, adab dan ibadah di Maahad Tahfiz Al Munir.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini.

ILMU ILTIZAM IMAN

13/02/2026
๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Š๐„๐Œ๐๐€๐‹๐ˆ ๐Š๐„ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐๐€๐†๐ˆ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ“š๐Ÿ“– Alhamdulillah, hari ini merupakan hari kedua sesi persekolahan 2026 bagi pe...
14/01/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Š๐„๐Œ๐๐€๐‹๐ˆ ๐Š๐„ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐๐€๐†๐ˆ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ“š๐Ÿ“–

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari kedua sesi persekolahan 2026 bagi pelajar-pelajar lama MATAM. Selamat datang buat pelajar baharu yang telah mula melangkah masuk ke alam sekolah menengah pada hari ini.

Suasana sekolah kembali hidup dengan kehadiran pelajar-pelajar baharu yang disambut mesra oleh keluarga besar MATAM.

Turut berlangsung juga pada hari ini ialah Perhimpunan Rasmi Pertama Sesi 2026 sebagai medan penyampaian hala tuju, peringatan disiplin serta pembentukan semangat baharu dalam kalangan pelajar.

Semoga permulaan ini menjadi titik tolak kepada perjalanan ilmu yang penuh keberkatan, membina sahsiah terpuji dan melahirkan generasi huffaz yang rabbani serta berdaya saing inshaAllah


๐˜ ๐˜ข ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ, ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ-๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ซ๐˜ข๐˜ณ ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต๐˜ช ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ช๐˜ฉ, ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ญ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ค๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ด ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ข๐˜ต.
๐˜‘๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ญ-๐˜˜๐˜ถ๐˜ณโ€™๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฑ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข, ๐˜ค๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข, ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ต๐˜ช๐˜ข๐˜ฑ ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต ๐˜ต๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ณ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฌ. ๐˜ˆ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ ๐˜ข ๐˜™๐˜ข๐˜ฃ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ญ โ€˜๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ช๐˜ฏ.

ILMU || ILTIZAM || IMAN

|| SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2025 ||Selamat menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat semua calo...
25/11/2025

|| SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2025 ||

Selamat menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat semua calon, khususnya para pelajar Maahad Tahfiz Al-Munir.ย 

Ya Allah Ya Fattah,
Bukakanlah pintu kefahaman dan buah fikiran buat anak-anak kami sehingga mereka dapat mencurahkan idea yang terbaik.

Ya Allah Ya 'Alim,
Limpahkanlah cahaya ilmu, lancarkanlah hafalan dan kuatkanlah daya ingatan mereka.

Ya Allah Ya Muhaimin
Peliharalah diri mereka dan jauhkanlah mereka dari segala penyakit yang memudharatkan. Kurniakanlah ketenangan hati dan jiwa buat mereka.

Ya Allah Ya Rashid,
Bimbinglah mereka untuk menjawab dan memilih jawapan yang tetap dan terbaik untuk setiap soalan yang ditanya.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Dengan rahmat dan kasih sayang-Mu, jadikanlah mereka hamba-Mu yang taat dan bermanfaat buat umat. Kurniakanlah kepada mereka kejayaan di dunia dan akhirat.

Aamiin, Aamiin ya rabbal 'alamiin.

๐ˆ๐ฅ๐ฆ๐ฎ | ๐ˆ๐ฅ๐ญ๐ข๐ณ๐š๐ฆ | ๐ˆ๐ฆ๐š๐ง



30/09/2025
22/09/2025

[ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—•๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ 2026 ๐—ž๐—œ๐—ก๐—œ ๐——๐—œ๐—•๐—จ๐—ž๐—” ]

๐ŸŸฃ SYARAT KEMASUKAN :
==================================

โœ… Terbuka kepada pelajar perempuan berumur 13 tahun ke atas.
โœ… Boleh membaca Al-Quran.
โœ… Boleh membaca dan menulis Jawi.
โœ… Minat mendalam untuk menghafaz Al-Quran.
โœ… Lulus temuduga.

๐ŸŸฃ ISI PERMOHONAN ANDA DI :
==================================

โžกwww.almunir.edu.my

๐ŸŸฃ SEBARANG PERTANYAAN BOLEH MENGHUBUNGI PEJABAT SEKOLAH :
==================================

โžก 011-10205451 / 013- 4152054

Daftar Segera !
Tempat Adalah Terhad !!

MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN & MINGGU JELAJAH BUKU 2025Alhamdulillah, selesai sudah Sambutan Bulan Kebangsaa...
17/09/2025

MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN & MINGGU JELAJAH BUKU 2025

Alhamdulillah, selesai sudah Sambutan Bulan Kebangsaan & Minggu Jelajah Buku Peringkat Maahad Tahfiz Al-Munir bagi tahun ini.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dijalankan sepanjang sambutan ini berlangsung bagi memberi ruang kepada para pelajar untuk menonjolkan bakat dan kreativiti masing-masing.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang serta penghargaan kepada semua pelajar dan guru-guru yang telah menjayakan program ini.

Semoga setiap usaha dan penglibatan ini menjadi medan menambah manfaat dan ilmu kepada semua.

๐ˆ๐ฅ๐ฆ๐ฎ | ๐ˆ๐ฅ๐ญ๐ข๐ณ๐š๐ฆ | ๐ˆ๐ฆ๐š๐ง





SELAMAT HARI MALAYSIAHari ini, kita sekali lagi meraikan hari yang bermakna dalam lakaran sejarah negara Malaysia. Selam...
16/09/2025

SELAMAT HARI MALAYSIA

Hari ini, kita sekali lagi meraikan hari yang bermakna dalam lakaran sejarah negara Malaysia. Selamat Hari Malaysia diucapkan kepada seluruh warga Malaysia.

Semoga keamanan yang dikecapi akan terus dipelihara dan dijaga.

"Ya Allah, peliharalah tanah air kami ini, limpahkanlah keberkatan rezeki dan satukanlah hati-hati rakyatnya.

Jauhkanlah kami daripada segala perpecahan serta bala bencana. Jadikanlah negara ini aman, makmur dan sentiasa dalam lindungan rahmat-Mu."

Aamiin ya rabbal a'alamiin.

๐ˆ๐ฅ๐ฆ๐ฎ | ๐ˆ๐ฅ๐ญ๐ข๐ณ๐š๐ฆ | ๐ˆ๐ฆ๐š๐ง



SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN: EKSPLORASI PETA MALAYSIA Dalam aktiviti kali ini, para pelajar diajak untuk mengenal peta Mal...
14/09/2025

SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN: EKSPLORASI PETA MALAYSIA

Dalam aktiviti kali ini, para pelajar diajak untuk mengenal peta Malaysia dan kedudukan negeri-negeri di dalamnya.

Semoga aktiviti ini memberi manfaat kepada para pelajar. Aamiin...

๐ˆ๐ฅ๐ฆ๐ฎ | ๐ˆ๐ฅ๐ญ๐ข๐ณ๐š๐ฆ | ๐ˆ๐ฆ๐š๐ง




SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN: KEYCHAIN NEGARAKU Kreativiti pelajar terserlah apabila menghasilkan keychain unik menggunakan...
11/09/2025

SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN: KEYCHAIN NEGARAKU

Kreativiti pelajar terserlah apabila menghasilkan keychain unik menggunakan 'air dry clay'!

Ada yang membentuk Jalur Gemilang dengan penuh semangat,
Ada juga yang menzahirkan idea masing-masing melalui pelbagai bentuk menarik.

Kreatif sungguh para pelajar! Semoga semangat kecintaan terhadap tanah air terus subur dalam diri mereka.

๐ˆ๐ฅ๐ฆ๐ฎ | ๐ˆ๐ฅ๐ญ๐ข๐ณ๐š๐ฆ | ๐ˆ๐ฆ๐š๐ง




Address

Kampung Padang Tembak
Teluk Intan
36000

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00
Saturday 08:00 - 12:30

Telephone

+601110205451

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Al Munir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category