Pendidikan Agama Islam

Pendidikan Agama Islam SUMBER RUJUKAN AGAMA.

10/09/2023
10/09/2023

Akidah berasal daripada perkataan Arab iaitu “aqada” yang bererti mengikat atau menyimpul. Menurut Hasan al-Banna, akidah ialah hal yang berhubung dengan kepercayaan dan keyakinan dalam hati yang akan mendorong hati dan jiwa berasa tenang, tidak bimbang dan bersih daripada prasangka. Akidah mampu melahirkan keyakinan yang kuat dan teguh dalam menghayati seluruh aspek kehidupan dan amal ibadat kepada Zat Yang Maha Berkuasa.

5 kepentingan mempelajari ilmu akidah dan 5 perkara-perkara yang merosakkan akidah.

Pertama sekali kita hendaklah tahu asas akidah....

Akidah dikira sebagai asas Islam. Tanpanya tidak tertegak Islam dan kehidupan individu. Akidah yang rosak mengakibatkan runtuh pegangan Islam seseorang. Sesungguhnya Allah s.w.t. menurunkan wahyuNya memberi penumpuan yang serius terhadap persoalan akidah supaya setiap orang Islam selamat akidah dan sejahteraan kehidupannya.

Tiga belas tahun Nabi Muhammad semasa di Mekah, adalah zaman pernbentukan akidah, Kesannya sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. memiliki akidah yang teguh sentiasa yakin dengan Islam dan sentiasa menunggu perinrah dari RasulNya untnk dilaksanakan.

Salah satu ayat Al-Qur'an yang menjadi dasar akidah Islam adalah firman Allah dalam surah Al Mu’minun ayat 86-87 yang berbunyi berikut ini:
قُلْ مَنْ رَّبُّ السَّمٰوٰتِ السَّبْعِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ سَيَقُوْلُوْنَ لِلّٰهِ ۗقُلْ اَفَلَا تَتَّقُوْنَ
Artinya: Katakanlah, “Siapakah Tuhan yang memiliki langit yang tujuh dan yang memiliki ‘Arsy yang agung?” Mereka akan menjawab, “(Milik) Allah.” Katakanlah, “Maka mengapa kamu tidak bertakwa?”

KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU AKIDAH

1.Memantapkan keimanan dan keyakinan dalam hati tentang kewujudan ALLAH (S.W.T)

Keyakinan ialah amalan hati yang menjadi tanda kesempurnaan iman Muslim. Ia juga kunci dalam mengenal Allah SWT sebagai Pencipta dan Pentadbir alam semesta. Justeru, iman Muslim akan bertambah mantap dan kukuh. Tanpa keyakinan, iman akan mudah goyah dan luntur serta mudah terkena penyakit lalai, lupa diri serta ragu-ragu.

Barangkali inilah inti pati ingatan Rasulullah kepada umat Baginda: Yang sangat aku takuti antara ketakutanku terhadap umatku ialah lemahnya keyakinan. Ini kerana lemahnya keyakinan akan mendorong seseorang kepada lupa akan agamanya dan akan bergaul dengan orang bersifat kasar dan keras kepala. (HR Tabarani dan Baihaqi)

2.Dapat mengenal ajaran yang boleh merosakkan akidah.

kita jangan mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran mahupun amalan-amalan yang hanya dilihat pada logik akal tanpa berpandukan kepada sumber sahih lagi diyakini. Jika tidak pasti akan sesuatu risalah, maka jangan dikongsi atau dihebahkan kepada orang lain tapi memastikan kesahihannya terlebih dahulu. Dikhuatiri ada dalam kalangan masyarakat yang akan mudah menerimanya serta merta tanpa merujuk terlebih dahulu. Lebih parah lagi apabila dalam kalangan mereka yang menerima dengan serta merta terus beramal dengan kefahaman yang dipercayai itu sehingga menyebabkan berlakunya kerosakan akidah. Justeru, berpegang teguhlah kepada ajaran Islam yang sebenar melalui akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Perbanyakkan berdoa kepada Allah SWT agar memberi kekuatan kepada hati kita serta mengukuhkan iman agar tidak tergelincir daripada landasan Islam sebenar.

3.Menjaga imam supaya selamat dunia dan akhirat.

Untuk membina iman dan taqwa manusia perlu merujuk kepada panduan Allat s.w.t melalui RasulNya Muhammad s.a.w. Justeru itu menjadi kewajipan kepada setiap muslim untuk mempelajari dan memahami manhaj Islam.

Untuk memperolehi iman dan takwa secara ringkasnya antara lain ulamak Islam merumuskan seperti berikut:
i. Memahami dan menyedari bahawa menuntut ilmu adalah wajib, Ilmu yang paling asas ialah tentang Allah, rasul dan Islam.
ii. Cuba hubungkan diri bersama orang-orang mukmin yang ikhlas.
iii. Mengelakkan diri dari suasana dosa dan jahiliah.
iv. Mujahadah Al Nafs dan jihad Al Syaitan perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan berterusan. Firman Allah bermaksud:

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (Surah al Syams:9-10)

4.Mempertahankan akidah daripada dirosakkan atau diselewengkan.

Akidah boleh menyeleweng dan rosak melalui beberapa bentuk di antaranya:

Pertama: Melalui percakapan ucapan seseorang yang mengeluarkan kata-kata yang bertentangan dengan kosnep akidah Islam, seperti ucapan mengatakan Islam tidak sesuai untuk dilaksanakan di sepanjang zaman dan sebagainya.

Kedua: Akidah boleh rosak melalui perbuatan seperti melakukan upacara-upacara ibadah sama dengan apa yang dilakukan oleh orang bukan Islam sama ada di lempat-tempat ibadah mereka atau di mana-mana sahaja yang menunjukkan amalan yang bertentangan dengan akidah Islam.

Ketiga: Melalui iktikad di dalam hati. Hati tidak yakin dengan Islam atau ragu terhadap sebahagian dari ajaran Islam yang terdapa dalam al-Quran dan al-Sunnah.

5.Audit dan Timbangan amalan.Antaranya perkara yang akan dialami oleh manusia di akhirat ialah hisab dan Timbangan amalan

Timbangan amal baik yang berat akan membawa seseorang masuk ke surga dengan mudah. Sebaliknya, jika yang berat adalah timbangan amal buruk maka semakin jauh juga pintu surga. Timbangan amal ini ibarat penentu nasib seseorang di akhirat kelak

Surat Al-Araf ayat 8
وَٱلْوَزْنُ يَوْمَئِذٍ ٱلْحَقُّ ۚ فَمَن ثَقُلَتْ مَوَٰزِينُهُۥ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ

Arab-Latin: Wal-waznu yauma`iżinil-ḥaqq, fa man ṡaqulat mawāzīnuhụ fa ulā`ika humul-mufliḥụn

Artinya: Timbangan pada hari itu adalah kebenaran (keadilan), maka barangsiapa berat timbangan kebaikannya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.

Surat Al-A'raf ayat 9
وَمَنْ خَفَّتْ مَوَٰزِينُهُۥ فَأُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ خَسِرُوٓا۟ أَنفُسَهُم بِمَا كَانُوا۟ بِـَٔايَٰتِنَا يَظْلِمُونَ

Arab-Latin: Wa man khaffat mawāzīnuhụ fa ulā`ikallażīna khasirū anfusahum bimā kānụ bi`āyātinā yaẓlimụn

Artinya: Dan siapa yang ringan timbangan kebaikannya, maka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami.

5 PERKARA PERKARA YANG MEROSAKKAN AKIDAH.

1.Mensyirikkan menyembah selain daripada Allah.

Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.

Menyekutukan Allah jelas dianggap syirik apatah lagi perbuatan mengaku diri sebagai tuhan. Lebih mengundang bahaya apabila golongan ini ada di dalam masyarakat sama ada diketuai orang Islam atau bukan Islam.

Firman Allah yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)

2.Mengingkari dan mempersendakan hukum Allah s.w.t.

وَذَرِ الَّذِيْنَ اتَّخَذُوْا دِيْنَهُمْ لَعِبًا وَّلَهْوًا وَّغَرَّتْهُمُ الْحَيٰوةُ الدُّنْيَا وَذَكِّرْ بِهٖٓ اَنْ تُبْسَلَ نَفْسٌۢ بِمَا كَسَبَتْۖ لَيْسَ لَهَا مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ وَلِيٌّ وَّلَا شَفِيْعٌ ۚوَاِنْ تَعْدِلْ كُلَّ عَدْلٍ لَّا يُؤْخَذْ مِنْهَاۗ اُولٰۤىِٕكَ الَّذِيْنَ اُبْسِلُوْا بِمَا كَسَبُوْا لَهُمْ شَرَابٌ مِّنْ حَمِيْمٍ وَّعَذَابٌ اَلِيْمٌ ۢبِمَا كَانُوْا يَكْفُرُوْنَ.

“Dan tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan gurauan, (sebenarnya) mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan al-Quran agar diri masing-masing tidak terjerumus (ke dalam neraka), disebabkan apa yang telah diusahakan. Tidak ada baginya pelindung dan tidak ada pemberi syafaat (pertolongan) selain Allah. Dan jika dia hendak menebus dirinya dengan segala macam tebusan apa pun, (pasti) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dibinasakan oleh Allah (dihumban ke dalam neraka), disebabkan apa yang diusahakan oleh mereka (sendiri). Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak dan azab yang pedih kerana mereka kufur (ketika hidupnya)”.(al-An’aam: 70)

Allah S.W.T memberi amaran terhadap sesiapa yang mempersendakan agama dengan azab yang pedih di akhirat kelak. Tiada pengampunan kepada mereka (jika mereka tidak bertaubat dengan sebenar).

Perbuatan mempersendakan agama sama ada dengan perkataan, perbuatan atau lainnya adalah suatu kesalahan yang amat besar di sisi Allah dan di sisi umat Islam.

Perbuatan memperlekehkan pemakaian Islam yang menutup aurat, mempersendakan Sunnah Rasulullah S.A.W, memperkecilkan dan mempertikaikan hukum Allah dan menghina para ulamak pewaris Nabi adalah sebahagian daripada perbuatan mempersendakan agama yang berlaku mutakhir ini.

3.Mempercayai ada kniasa lain selain daripada Allah boteh memberikan kesan.

Musyrik merupakan sebutan dimana seseorang kemudian menyekutukan Allah dan bertentangan dari ajaran tauhid yang mengesakan Allah. Kata syirik sendiri berasal dari kata syirkah atau persekutuan, yaitu mempersekutukan atau membuat tandingan hukum ajaran lain selain dari ajaran atau hukum Allah.

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ ۖ وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ ۖ إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ ۖ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ

Artinya: “Sesungguhnya telah kafirlah mereka orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah ialah Almasih putra Maryam”, padahal Al Masih (sendiri) berkata: “Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu”. Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya adalah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.” Sebagai gambaran, contoh orang musyrik yakni mereka yang memohon pertolongan selain kepada Allah, misalnya meminta kepada patung atau orang meninggal.

4.Menolak Al-Quran dan Al-Sunnah.

Orang yang tidak percaya kepada hadis atau sunnah boleh jatuh murtad kerana ia sumber perundangan Islam yang wajib diyakini. Ia telah menjadi rujukan sahabat pada zaman Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan apa juga perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu, maka terimalah dan amalkan segala-gala suruhannya.

Sementara segala larangannya perlu dijauhi dan dipatuhi." (Surah al-Hasr, ayat 7) Ayat ini jelas menunjukkan Allah SWT mengarahkan semua umat Islam tanpa mengira zaman mentaati segala ajaran Baginda SAW yang mana ia adalah sunnah kepada kita hari ini. Bagaimana ada golongan yang begitu dangkal dan jahil menolak sunnah itu?

Mana mungkin sunnah dikatakan rekaan sedangkan ada pakar hadis yang begitu tegas dalam penapisan setiap sumber hadis yang sampai kepada kita hari ini. Atas sebab itu, ulama hadis mengkategorikan darjat hadis kepada beberapa kategori sahih, hasan, daif dan mauduk (palsu).Semua itu untuk memastikan tiada sunnah palsu sampai kepada umat Islam pada zaman kemudian.

Justeru, ingin ditegaskan sunnah penting dalam hidup manusia khususnya dalam perundangan Islam. Hadis mentafsir dan menerangkan segala pengertian ayat dalam al-Quran yang bersifat mujmal atau umum.

Al-Sunah juga bertujuan mensyariatkan hukum hakam baharu yang tidak terdapat dalam al-Quran. Hukum itu akan dijelaskan secara terperinci oleh Baginda SAW berdasarkan wahyu Allah SWT.

5.Mengingkari kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

Mengingkari dan mencela Rasulullah adalah salah satu daripada sifat mazmumah yang merupakan sifat terkeji (dicela).

Ingkar risalah kenabian merupakan perlakuan orang kafir pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW. kaum kafir dengan sedaya upayanya memerangi risalah kenabian Nabi Muhammad SAW supaya masyarakat pada masa itu tidak mengikut ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dan mempercayai beliau seadanya. Pada masa itu begitu susah ajaran Islam dibawa dan di terima oleh masyarakat yang terpengaruh dengan orang kafir yang selalu membangkang dan membantah risalan kenabian. Hal ini bersambung dari zaman ke zaman sehingga sekarang manusia yang beragama Islam sendiri tidak berpegang kepada risalah Nabi Muhammad SAW lebih ramai daripada zaman yang mana agama Islam belum disebar.

JADI INGATLA!!!!!
Akidah memainkan peranan penting dalam menentukan perjalanan hidup seseorang, Akidah adalah penggerak dan mencorakkan kehidupan. Akidah yang Iemah mempengaruhi gaya hidup negatif seseorang. Biasanya mereka yang tidak memiliki akidah yang jelas dan betul akan menghadapi berbagai masalah dalam kehidupan dan terdedah kepada berbagai-bagai kemungkaran, sepcrti melakukan jenayah, keruntuhan akhlak dan lain-lain.

SUMBER RUJUKAN

Address

KOLEJ KOMUNITI TELUK INTAN
Teluk Intan
36000

Telephone

+60189688796

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pendidikan Agama Islam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pendidikan Agama Islam:

Shortcuts

Share