SK Selabak Excellent Official

Directions Website

SK Selabak Excellent Official Sekolah Kebangsaan Selabak, Teluk Intan, Perak.

KEM BESTARI SOLAT TAHAP 1 | SK SELABAKProgram Kem Bestari Solat Tahap 1 anjuran Panitia Pendidikan Islam, SK Selabak tel...
09/09/2026

KEM BESTARI SOLAT TAHAP 1 | SK SELABAK

Program Kem Bestari Solat Tahap 1 anjuran Panitia Pendidikan Islam, SK Selabak telah diadakan pada 9 September 2026 (Rabu), bermula jam 1.00 hingga 4.00 petang.

Program ini merupakan salah satu usaha berterusan pihak sekolah dalam memantapkan penguasaan murid terhadap ilmu dan amali solat, di samping menyemai kesedaran tentang kepentingan solat sebagai asas pembentukan sahsiah dan jati diri Muslim.

Sepanjang program, murid diberikan bimbingan secara teori dan praktikal berkaitan tatacara solat, bacaan dalam solat serta perkara-perkara berkaitan kesempurnaan ibadah. Pendekatan secara amali ini diharapkan dapat membantu murid memahami, menghayati dan seterusnya mengamalkan solat dengan betul dalam kehidupan seharian.

Daripada ilmu kepada amalan.
Daripada amalan kepada pembentukan sahsiah.
Daripada sahsiah kepada generasi yang cemerlang dunia dan akhirat.

Semoga Kem Bestari Solat ini menjadi wadah untuk melahirkan generasi yang berilmu, berdisiplin, berakhlak mulia dan istiqamah dalam menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Panitia Pendidikan Islam, barisan guru serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung atas komitmen dan kerjasama dalam memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan bermakna.

“Mendidik Dengan Ilmu, Membentuk Dengan Iman.”


BICARA AKADEMIK BERSAMA WARIS TAHUN 421 Ogos 2026 | JumaatMakmal Komputer SK SelabakSK Selabak telah menganjurkan Progra...
21/08/2026

BICARA AKADEMIK BERSAMA WARIS TAHUN 4

21 Ogos 2026 | Jumaat
Makmal Komputer SK Selabak

SK Selabak telah menganjurkan Program Bicara Akademik Bersama Waris Tahun 4 sebagai wadah memperkukuh jalinan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik murid.

Program ini memberi penekanan kepada dialog prestasi, pembentangan Matriks Pembelajaran Tahun 4 serta penerangan berkaitan program intervensi yang dirancang berdasarkan analisis TOV dan ETR. Sesi ini turut membuka ruang kepada waris untuk mendapatkan penjelasan serta berkongsi pandangan demi memastikan setiap murid menerima sokongan yang bersesuaian dengan potensi masing-masing.

Sesungguhnya, kecemerlangan murid merupakan hasil sinergi erat antara sekolah, ibu bapa dan komuniti. Semoga usaha berterusan ini menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi yang berilmu, beramal dan berdaya saing.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Guru Besar, barisan pentadbir, guru-guru serta semua waris yang hadir dan memberikan komitmen dalam menjayakan program ini.

"Kenali Prestasi, Kenalpasti Potensi, Rancang Intervensi, Cipta Kecemerlangan."


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK SELABAK 202621 Ogos 2026 | Jumaat10.30 pagiSK SelabakBersempena Sambutan Maulidur R...
21/08/2026

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK SELABAK 2026

21 Ogos 2026 | Jumaat
10.30 pagi
SK Selabak

Bersempena Sambutan Maulidur Rasul 1448 Hijrah, Sekolah Kebangsaan Selabak telah menganjurkan Ceramah Maulidur Rasul sebagai platform menyemarakkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menghayati risalah Baginda dalam membentuk generasi yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia.

Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Lutfi bin Mustaffa telah berjaya menarik perhatian murid sepanjang sesi berlangsung.
Perkongsian ilmu yang disampaikan bukan sahaja menambah pengetahuan, malah menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW serta membentuk nilai-nilai murni dalam diri warga sekolah. Semoga segala ilmu yang dicurahkan menjadi manfaat yang berpanjangan dan dikurniakan ganjaran pahala yang berterusan.

Selaras dengan tema "MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI", ceramah ini mengajak seluruh warga SK Selabak untuk menterjemahkan nilai ihsan, hormat-menghormati, kasih sayang, integriti dan tanggungjawab sebagai budaya hidup. Nilai-nilai ini bukan sahaja memperkukuh pembentukan sahsiah murid, malah menjadi asas kepada lahirnya generasi yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia.

Maulidur Rasul bukan sekadar memperingati hari kelahiran Baginda SAW, bahkan merupakan medan muhasabah untuk memperbaharui tekad dalam meneladani akhlak Rasulullah sebagai panduan membina peribadi unggul dan masyarakat yang sejahtera.

Semoga program ini terus menyuburkan semangat kecintaan terhadap Rasulullah SAW serta menjadi pemangkin kepada pembentukan sahsiah murid yang cemerlang dunia dan akhirat.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab SK Selabak, penceramah jemputan, barisan pentadbir, guru-guru serta semua pihak yang telah menjayakan program ini.


21/08/2026

Thanks for being a top engager and making it on to my weekly engagement list! 🎉 Abdul Razak, Nurul Inayati Habib, Nor Zalela, Dayan Dayan, Anisah Farzana, Rohayu Shabidin

KARNIVAL STEM PERINGKAT NEGERI PERAK 2026Pertandingan Gami CodeTarikh : 20 Ogos 2026Tempat : SM Sains Bagan DatohMasa : ...
20/08/2026

KARNIVAL STEM PERINGKAT NEGERI PERAK 2026

Pertandingan Gami Code

Tarikh : 20 Ogos 2026
Tempat : SM Sains Bagan Datoh
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Pencapaian : Penyertaan

Tahniah diucapkan kepada murid SK Selabak yang telah mewakili Daerah Hilir Perak ke Karnival STEM Peringkat Negeri Perak dalam Pertandingan Gami Code.

Walaupun kali ini pencapaian yang diraih adalah penyertaan, keberanian melangkah ke pentas negeri merupakan satu pengalaman yang amat berharga dalam membina keyakinan, kreativiti serta kemahiran berfikir secara komputasional selaras dengan aspirasi pendidikan STEM.

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru pengiring, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan sokongan secara langsung mahupun tidak langsung.

Teruskan melakar impian, kerana setiap penyertaan hari ini adalah langkah menuju kejayaan pada masa hadapan.


KARNIVAL BAHASA MELAYU KPM 2026Pertandingan Bicara Berirama Sekolah RendahPeringkat Daerah Hilir Perak 2026Tarikh : 9 Og...
19/08/2026

KARNIVAL BAHASA MELAYU KPM 2026
Pertandingan Bicara Berirama Sekolah Rendah
Peringkat Daerah Hilir Perak 2026

Tarikh : 9 Ogos 2026
Tempat : SK Selabak

SK Selabak telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Bicara Berirama Sekolah Rendah Peringkat Daerah Hilir Perak yang menghimpunkan penyertaan daripada 16 buah sekolah di seluruh daerah Hilir Perak.

Program ini menjadi wadah penting dalam memperkasa penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, di samping memupuk keyakinan, kreativiti, semangat kerjasama dan nilai perpaduan dalam kalangan murid. Selaras dengan tema "Mekar Bahasa, Lestari Perpaduan".

Pertandingan ini membuktikan bahawa bahasa mampu menjadi jambatan yang menyatukan generasi demi masa depan negara.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah menampilkan persembahan terbaik. Menang atau kalah bukanlah penentu utama, sebaliknya keberanian untuk tampil berkarya serta semangat mencintai Bahasa Melayu merupakan kejayaan yang paling bermakna.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak, barisan pentadbir, guru-guru, guru pengiring, jawatankuasa pelaksana, ibu bapa, para petugas, warga SK Selabak serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga segala usaha dan khidmat bakti yang dicurahkan mendapat ganjaran yang terbaik.

Mekar Bahasa, Lestari Perpaduan.


PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAH SEMPENA KARNIVAL SEMARAK PERPADUAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2026Tarikh : 13.8.2026Pe...
13/08/2026

PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAH SEMPENA KARNIVAL SEMARAK PERPADUAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2026

Tarikh : 13.8.2026
Peserta : Nurul Insyirah Humaira binti Nor Hisam
Guru Pembimbing : Cikgu Amira

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada wakil SK Selabak atas penyertaan dalam Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah (Kategori SK) sempena Karnival Semarak Perpaduan Peringkat Negeri Perak Tahun 2026 yang berlangsung pada 13 Ogos 2026.

Biarpun kali ini belum membawa pulang gelaran, kejayaan melangkah ke pentas negeri merupakan satu pencapaian yang membanggakan. Setiap pengalaman yang ditimba menjadi bekalan berharga untuk terus mengasah bakat, membina keyakinan serta melahirkan murid yang berani tampil dan mampu bersaing di peringkat lebih tinggi.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru pembimbing dan ibu bapa atas segala pengorbanan, bimbingan serta sokongan yang tidak pernah putus.
Hari ini pengalaman, esok kejayaan. Terus berusaha, terus melangkah, terus mengharumkan nama SK Selabak.


MESYUARAT AJK PIBG BIL. 2/2026Tarikh : 13.8.2026Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG Bil. 2/2026 telah berlangsung dengan la...
13/08/2026

MESYUARAT AJK PIBG BIL. 2/2026

Tarikh : 13.8.2026

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG Bil. 2/2026 telah berlangsung dengan lancar dalam suasana penuh muafakat dan semangat kebersamaan.

Pelbagai perkara berkaitan kebajikan murid, pembangunan sekolah serta perancangan program telah dibincangkan demi memastikan SK Selabak terus melakar kecemerlangan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua AJK PIBG, pihak pentadbir serta guru-guru yang hadir dan memberikan komitmen sepanjang mesyuarat. Semoga jalinan kerjasama antara sekolah dan ibu bapa terus diperkukuh demi masa depan anak-anak SK Selabak.


KARNIVAL STEM SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH HILIR PERAK 2026 Tarikh : 11 dan 12 Ogos 2026Tempat : SK Sungai JejawiSK Sel...
12/08/2026

KARNIVAL STEM SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH HILIR PERAK 2026

Tarikh : 11 dan 12 Ogos 2026
Tempat : SK Sungai Jejawi

SK Selabak telah menyertai Karnival STEM Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak yang berlangsung di SK Sungai Jejawi.

5 pertandingan telah disertai oleh anak-anak SK Selabak:

1. Innovator For Tomorrow
2. Water Rocket Challenge
3. Bridge Building Competition
4. STEM Talent Show
5. Gami Code

*Gami - Code*
Guru Pembimbing: Cikgu Rohaiza & Cikgu Aqillah
Peserta: Darwish dan Farhad

*Bridge Buiding*
Guru Pembimbing : Ustaz Azniza dan Cikgu Faisol
Peserta : Aslam, Faiz dan Iffat

*Water Rocket*
Guru Pembimbing: Cikgu Siti Radziah
Peserta: Ilyas dan Amirul

*STEM Talent Show*
Guru Pembimbing: Cikgu Rohayu
Peserta: Insyirah dan Ummi

*Innovator For Tomorrow*
Guru Pembimbing: Cikgu Norhayati
Peserta: Luqman, Arez dan Ammar

Pencapaian:

TAHNIAH! JOHAN PERTANDINGAN GAMI CODE.

Kejayaan ini bukan sekadar sebuah piala. Ia adalah bukti bahawa usaha, keberanian mencuba, kreativiti, pemikiran kritis dan kerja berpasukan mampu membawa anak-anak kita melangkah lebih jauh.

Buat pasukan yang berjaya, teruskan momentum dan jangan cepat berpuas hati.

Buat anak-anak yang belum berjaya kali ini, jangan anggap ini sebagai kegagalan. Setiap percubaan adalah pengalaman, setiap kesilapan adalah pembelajaran dan setiap cabaran adalah peluang untuk menjadi lebih baik.

Hari ini mungkin belum menjadi milik kita.
Esok, kita cuba lagi.
Kita belajar lagi.
Kita bangkit lagi.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru pembimbing, guru pengiring, ibu bapa serta semua warga SK Selabak yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada anak-anak.


KURSUS KENAIKAN PANGKAT TKRS PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2026.Tarikh : 7-9 Ogos 2026Tempat : SMK Seri Setia Pengl...
09/08/2026

KURSUS KENAIKAN PANGKAT TKRS PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2026.

Tarikh : 7-9 Ogos 2026
Tempat : SMK Seri Setia
Penglibatan :
1. Abdul Asnawi bin Siacung ( Johan Hafazan Kumpulan)
2. Mohamad Nur Irfan Shah bin Ahmad Shah ( Johan Gajet Kumpulan)

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada dua orang Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) SK Selabak atas pencapaian membanggakan dalam Kursus Kenaikan Pangkat TKRS Peringkat Daerah Hilir Perak Tahun 2026.

Lebih membanggakan, kejayaan ini turut diserikan dengan pentauliahan pangkat Lans Koperal TKRS sebagai pengiktirafan terhadap disiplin, kepimpinan, komitmen dan kesungguhan yang telah ditunjukkan sepanjang mengikuti kursus.

Ini bukan sekadar sebuah kejayaan, tetapi satu langkah awal dalam membentuk generasi yang berdisiplin, berani, bertanggungjawab dan mempunyai jiwa kepimpinan.

Setiap sijil, setiap pingat dan setiap pangkat yang disarungkan membawa cerita tentang usaha, latihan dan semangat juang anak-anak SK Selabak.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru-guru pengiring dan ibu bapa atas sokongan, kepercayaan, pengorbanan dan kerjasama yang diberikan. Sokongan tuan-tuan dan puan-puan menjadi antara kekuatan utama anak-anak untuk terus melangkah dan mencipta kejayaan.


Address

Jalan Kampung Selabak
Teluk Intan
36000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Selabak Excellent Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share