SK. Kumpulan Ganda, Teluk Intan, Perak

SK. Kumpulan Ganda, Teluk Intan, Perak Sebuah sekolah di kawasan pedalaman. Jauh di mata dekat dihati! Sumber: sejarah SKKG

Pada tahun 1981, pihak Lembaga Pengarah Syarikat Gabongan mengadakan perbincangan mengenai berbagai masalah dalam lapangan kebajikan dan pendidikan anak pekerja ladang. Maka, hasil perbincangan itu pihak Lembaga Pengarah Syarikat Gabongan bersetuju menyediakan sebuah sekolah rendah khas untuk kanak-kanak yang tinggal di seluruh kawasan Kumpulan Ganda. Mereka juga sebulat suara bersetuju menghantar

permohonan kepada Penyelia Sekolah Kebangsaan Perak Selatan. Pada tahun 1982, Pengarah Pelajaran Perak bersetuju menubuhkan sebuah sekolah cawangan sekolah cawangan setelah mendapat maklumat hasil tinjauan dan lawatan oleh Penyelia Sekolah Kebangsaan Perak Selatan. Pada 1 Februari 1982, SKKG bermula dengan bilik pejabat Syarikat Gabongan dijadikan sebagai bilik darjah. Pada mulanya, SKKG adalah sekolah cawangan kepada SK Changkat Jong (SKCJ) yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Ladang Ganda. SKKG bermula dengan sebuah bilik darjah Tahun Satu dengan seramai 69 orang dan tiga guru iaitu seorang guru bertindak sebagai wakil guru besar sekolah cawangan SKCJ. Kemudiannya, pada tahun 1983, seramai 25 murid Tahun Tiga dipindahkan dari SKCJ ke SK Kumpulan Ganda cawangan SK Changkat Jong. Pada 22 Mei 1983, Menteri Besar Perak, Ramli Ngah Talib merasmikan bangunan baru SK Kumpulan Ganda cawangan SK Changkat Jong. Pihak ladang menyerahkan tanah seluas empat hektar untuk pembinaan sekolah yang lebih besar lagi pada masa hadapan. Pada 1 Januari 1985, setelah hampir dua tahun menjadi sekolah cawangan SK Changkat Jong, SK Kumpulan Ganda menjadi sebuah sekolah secara rasminya. Bilangan murid mencecah seramai 143 orang dengan lapan guru dan seorang guru agama serta seorang kerani. Pada masa sekarang, SKKG mempunyai seramai 28 orang pelajar dengan sebelas guru termasuk guru besar serta seorang kerani. Walaupun terletak jauh dalam ladang kelapa sawit, sekolah ini mempunyai kemudahan yang lengkap seperti bekalan elektrik generator yang dibekalkan oleh pihak kilang dan bekalan air dari sistem pam dan tapisan air bawah tanah yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, sekolah ini juga mempunyai akses kepada dunia internet melalui penggunaan Sistem VSAT menggunakan gelombang satelit dan talian telefon tanpa wayar.

JAMUAN PERPISAHAN GURU18 Disember 2025
23/12/2025

JAMUAN PERPISAHAN GURU

18 Disember 2025

GURU - GURU YANG MENERIMA SURAT PERTUKARAN DALAM DAERAH1. Ustaz Mohd Rizmel bin Che' Ros2. Cikgu Mukhlis bin Ab Khadar 3...
23/12/2025

GURU - GURU YANG MENERIMA SURAT PERTUKARAN DALAM DAERAH

1. Ustaz Mohd Rizmel bin Che' Ros
2. Cikgu Mukhlis bin Ab Khadar
3. Teacher Indramany A/P Periasamy

Hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Tahun 617 Disember 2025
23/12/2025

Hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Tahun 6

17 Disember 2025

Majlis Perpisahan Tahun 616 Disember 2025
23/12/2025

Majlis Perpisahan Tahun 6
16 Disember 2025

Persiapan dan Raptai Hari Anugerah Kecemerlangan 16 Disember 2025
23/12/2025

Persiapan dan Raptai Hari Anugerah Kecemerlangan
16 Disember 2025

BARISAN GURU DAN STAF SESI 2026Semoga terus cemerlang memacu kejayaan SeGanda
23/12/2025

BARISAN GURU DAN STAF SESI 2026

Semoga terus cemerlang memacu kejayaan SeGanda

SESI FOTOGRAFI AKHIR TAHUN 2025 15 Disember 2025
23/12/2025

SESI FOTOGRAFI AKHIR TAHUN 2025
15 Disember 2025

PROGRAM GURU PENYAYANG Sambutan Hari Lahir Murid dan Guru 2025
23/12/2025

PROGRAM GURU PENYAYANG

Sambutan Hari Lahir Murid dan Guru 2025

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH 2025TEMA : ORANG KAMPUNG 12 Disember 2025
23/12/2025

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH 2025

TEMA : ORANG KAMPUNG

12 Disember 2025

ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PERINGKAT NEGERI PERAK 2025 TAHNIAH BUAT UNIT KOKURIKULUM SK KUMPULAN GANDA yang dite...
23/12/2025

ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PERINGKAT NEGERI PERAK 2025

TAHNIAH BUAT UNIT KOKURIKULUM SK KUMPULAN GANDA yang diterajui oleh Ustaz Mohd Zaid bin Mohd Arshad
di atas kejayaan mendapat tempat kelima AKK.

ANUGERAH GURU GIGIH PEDALAMAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2025TAHNIAH KEPADA TUAN HAJI YUNOS BIN DEMINdi atas kejayaan mendap...
23/12/2025

ANUGERAH GURU GIGIH PEDALAMAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2025

TAHNIAH KEPADA TUAN HAJI YUNOS BIN DEMIN
di atas kejayaan mendapat tempat ketiga Anugerah Guru Gigih Pedalaman.

SEMOGA TERUS CEMERLANG DAN MAJU JAYA

Address

Batu 7 Dalam, Jalan Changkat Jong
Teluk Intan
36000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK. Kumpulan Ganda, Teluk Intan, Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK. Kumpulan Ganda, Teluk Intan, Perak:

Shortcuts

Share