04/03/2026
Alhamdulillah, pihak sekolah telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada hari ini.
Terima kasih kepada Prof. Ir. Ts. Dr. Solehuddin Shuib, Profesor UiTM bersama rombongan atas kunjungan dan sesi perbincangan yang bermanfaat pada hari ini.
Perbincangan yang berlangsung memberi fokus kepada potensi kerjasama serta peluang sokongan akademik demi manfaat pelajar sekolah ini.
Semoga jalinan ini menjadi asbab pembukaan lebih banyak ruang dan peluang buat anak-anak pelajar kami, insya-Allah.