16/02/2022
PENGAMBILAN PELAJAR BARU BAGI SESI MAC 2022/2023
SMITA sedang membuka pendaftaran kedua bagi sesi kemasukan tahun 2022/2023 . Tahun ini lebih banyak peluang aliran pengajian yang dibuka, memberi laluan terbaik pelajar ke menara gading.
INTEGRASI SMITA memberi peluang kepada pelajar mendalami ilmu agama menerusi pembelajaran Kurikulum Bersepadu Diniah (KBD) Kementerian Pelajaran Malaysia. Kurikulum ini berfokus kepada melahirkan ulama dan umara' masa hadapan yang terisi dengan ilmu dan kepimpinan. Pelajar aliran ini turut mengambil kelas hafazan dengan anggaran dapat menghafal sekurang-kurangnya 10 juzuk sepanjang 5 tahun pengajian. SMITA turut menawarkan pelajar aliran integrasi peringkat menengah atas (Tingkatan 4 dan 5) dengan subjek aliran Sains (Fizik, Kimia, dan Biologi) atau aliran Akaun (Akaun, Pernigaan, dan Sains) bagi melahirkan individu professional dengan pengetahuan agama yang mantap.
TAHFIZ PLUS SMITA adalah aliran pilihan yang memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti kelas hafazan sepenuh masa mengikut sistem yang tersusun dan mantap. Menariknya aliran ini turut memberi penekanan penggunan bahasa Inggeris, serta menyediakan kelas akademik bagi matapelajaran teras , bagi menyediakan pelajar untuk menduduki SPM. Pelajar diprogramkan untuk memberi tumpuan optimum kepada hafazan AL-QURAN,
SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) adalah peluang kepada semua pelajar lepasan pengajian agama di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai langkah pertama ke menara gading. STAM adalah sijil yang diiktiraf untuk pelajar menyambung pengajian di universiti luar negara serta Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.Persekitaran yang menarik dan damai, sistem pengajian yang terurus,track record thanawi yang cemerlang, serta usaha pihak sekolah yang berterusan demi kecemerlangan pelajar, inshaaAllah adalah peluang terbaik pelajar mengikuti pengajian di SMITA.
GRAB THE CHANCE!
Hubungi Terus @ Walk-In:
Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al Amin
Kampung Pengkalan Ara, Chenderong Balai, Teluk Intan Perak.
E-mel: [email protected]
Tel (Pej): 05-6254333 | 05-6254334 | 05-6254335
Tel: 010-3152942 (Sir Hafiz) | 010-3152943 (Sir Izmer)
WhatsApp:
https://wa.me/60103152942 (Sir Hafiz)
https://wa.me/60103152943 (Sir Izmer)
PERMOHONAN ATAS TALIAN - https://my09.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=smita #
-Amin
Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al-Amin