Darul Ummah Akademi Tarbiyyah - Laman Rasmi

Call Directions Website Contact the school

Darul Ummah Akademi Tarbiyyah - Laman Rasmi SRII DUAT memiliki beberapa komponen : Pra-tahfiz, akademik, PSRA, Kurikulum Dini Takmir Pendidikan ABIM & UPKK. Dato Dr. Siddiq Fadzil.

Kami komited mengamalkan falsafah pendidikan Al-Hikmah, gagasan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2018, Almarhum Prof. Komponen Tahfiz diprogramkan untuk generasi muda berteraskan pendidikan Al-Quran dan asas agama serta bertujuan untuk menampung keperluan pendidikan Islam anak-anak. Komponen Akademik p**a menitikberatkan keperluan murid dalam mengikuti kerangka kurikulum yang lebih menyeluruh, relevan, dinamik, dan kontemporari sepanjang tempoh persekolahan. Komponen Nilai dan Kemahiran p**a diangkat sebagai komponen yang diperlukan murid untuk menerobos keupayaan berfikir secara kreatif dan berinovatif, berminda keusahawanan, berkemahiran dalam literasi kewangan, serta berjiwa patriotik dalam nilai universal dan Islami yang tinggi. Pendaftaran 2016:
www.bit.ly/DUAT2016

WAKIL SRII DUAT KE KEJOHANAN SILAT MADANI Tahniah dan selamat berjuang kepada 2 orang pesilat PSKIDO Cawangan Sijangkang...
03/10/2026

WAKIL SRII DUAT KE KEJOHANAN SILAT MADANI

Tahniah dan selamat berjuang kepada 2 orang pesilat PSKIDO Cawangan Sijangkang (SRII DUAT) yang akan menyertai Kejohanan Silat Madani Tertutup Peringkat Kuala Langat.

👧 Zulaikha Amira binti Zaiful Firdaus
8 tahun (TUNAS) – Kelas D (23–25kg)

👦 Muhammad Qasyeef Ersyad bin Erman
12 tahun (DINI) – Kelas Bebas (50–55kg)

📅 3–4 Oktober 2026
📍 Dewan Antares, Kolej Matrikulasi Selangor

Semoga kedua-dua pesilat dipermudahkan urusan, diberikan semangat dan keyakinan serta memperoleh pengalaman yang bermakna. Selamat berjuang dan semoga berjaya! 💪🥋

PSKIDO Cawangan Sijangkang | SRII DUAT.

JOM WAKAF PENDIDIKAN BERSAMA SRII DUATSelama 10 tahun, SRII DARUL UMMAH AKADEMI TARBIYYAH (SRII DUAT) telah melahirkan D...
01/10/2026

JOM WAKAF PENDIDIKAN BERSAMA SRII DUAT

Selama 10 tahun, SRII DARUL UMMAH AKADEMI TARBIYYAH (SRII DUAT) telah melahirkan Daie berhikmah dan berilmu walaupun beroperasi di premis rumah kedai.
Kini, tiba masanya untuk kita melangkah lebih jauh!

Satu tapak wakaf khas telah disediakan untuk pembinaan SRII DUAT (Fasa 1) di Kompleks Darul Ummah, Sijangkang dengan sasaran dana pembinaan sebanyak RM6 Juta.

Ini bukan sekadar sumbangan, tetapi satu rakan kongsi pembangunan ummah untuk merealisasikan sebuah fasiliti pendidikan Islam yang moden, kondusif, dan lengkap untuk anak-anak kita.

🏢 BAGAIMANA ANDA BOLEH SERTAI KAMI
Pindahan Perbankan Rasmi (Maybank):
562058606120 (Darul Ummah)
Rujukan: WAKAF KDU
Sumbangan Dalam Talian (ToyyibPay / FPX).

Pelepasan Cukai:
Sumbangan anda layak mendapat Potongan Cukai LHDN 10% di bawah Subseksyen 44(11D).

📞 Hubungi WhatsApp:
0199742102 (Admin Darul Ummah)
0132102589 (Guru Besar SRII DUAT)

📚 SELAMAT MAJU JAYA BUAT SEMUA DAIE SRII DUAT! 📚🌟 MUMTAZ, IMPIAN KAMI! 🌟Warga Sekolah Rendah Islam Integrasi Darul Ummah...
21/09/2026

📚 SELAMAT MAJU JAYA BUAT SEMUA DAIE SRII DUAT! 📚

🌟 MUMTAZ, IMPIAN KAMI! 🌟

Warga Sekolah Rendah Islam Integrasi Darul Ummah Akademi Tarbiyyah (SRII DUAT) ingin mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 1448H / 2026M kepada semua calon PSRA.

📝 Jadual Peperiksaan PSRA:
📅 21 September 2026 – Akhlak & Sirah
📅 22 September 2026 – Bahasa Arab
📅 23 September 2026 – Tauhid & Fiqah
📅 24 September 2026 – Tajwid
📅 25 September 2026 – Jawi, Imlak & Khat

💚 Hadapi peperiksaan dengan ilmu, keyakinan & doa.
Teruskan berusaha, tenangkan hati dan percaya pada kemampuan diri.

🤲 Semoga Allah SWT memberikan ketenangan, kelancaran dan kejayaan kepada semua calon PSRA SRII DUAT.

Baca & Faham • Ingat & Amal • Capai Kecemerlangan 🌟

DUAT



28/08/2026
Salam Maulidur Rasul 1448H  ﷺ  💚SRII DARUL UMMAH AKADEMI TARBIYYAH dengan penuh kesyukuran mengucapkan Salam Maulidur Ra...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H ﷺ 💚

SRII DARUL UMMAH AKADEMI TARBIYYAH dengan penuh kesyukuran mengucapkan Salam Maulidur Rasul ﷺ kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama menghayati dan menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ dengan meneladani akhlak, perjuangan, kasih sayang dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Mengambil ibrah daripada Ghazwah Uhud, meskipun ada dikalangan para sahabat yang tidak mengikut arahan baginda Nabi, Nabi tidak mendidik dengan marah tetapi dengan kasih dan kesabaran. Marilah kita bersama-sama mendidik generasi kita dengan lemah lembut, memaafkan dan bermusyawarah dengan hikmah serta bertawakkalah.

Ali-'Imran (3:159)

فَبِمَا رَحْمَةٍۢ مِّنَ ٱللَّهِ لِنتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ ٱلْقَلْبِ لَٱنفَضُّوا۟ مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَٱعْفُ عَنْهُمْ وَٱسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِى ٱلْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُتَوَكِّلِينَ ١٥٩

Maka dengan sebab rahmat dari Allah, engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka, dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka, dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. kemudian apabila engkau telah berazam, maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

Tema Maulidur Rasul Kebangsaan:
“MADANI DIHAYATI,UMMAH DIBERKATI”
Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi wadah untuk menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah ﷺ serta membentuk generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan teguh menjadikan sunnah Baginda sebagai pedoman kehidupan.




LENSA 2025 SRII DUAT - SAMBUTAN MINGGU BAHASA & BULAN KEMERDEKAAN 2025Alhamdulillah!!Pada 28-29 Ogos 2025, sebuah majlis...
17/08/2026

LENSA 2025 SRII DUAT - SAMBUTAN MINGGU BAHASA & BULAN KEMERDEKAAN 2025

Alhamdulillah!!

Pada 28-29 Ogos 2025, sebuah majlis penutup telah dilaksanakan bagi meraikan kejayaan dan kemeriahan sepanjang bulan kemerdekaan. Pelbagai aktiviti bagi meningkatkan semangat patriotisme telah diadakan bagi menyemai rasa cinta akan negara, bangsa dan agama.

Semoga para Daie diberikan rasa kecintaan yang mendalam terhadap bangsa Malaysia.

17/08/2026
LENSA SRII DUAT 2025- SUKAN TAHUNAN SRII DUAT KALI KE-11[ Bahagian 1]Alhamdulillah, pada tanggal 1 Ogos 2025, Sukan Tahu...
17/08/2026

LENSA SRII DUAT 2025- SUKAN TAHUNAN SRII DUAT KALI KE-11
[ Bahagian 1]

Alhamdulillah, pada tanggal 1 Ogos 2025, Sukan Tahunan SRII DUAT kali ke-11 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Harmoni Kg. Sijangkang dan di padang awam.

Terima kasih diucapkan kepada semua Daie Ummah (DU) atas usaha dan kerjasama dalam bertungkus-lumus menjayakan acara tahunan ini.

Syabas diucapkan kepada semua Daie atas komitmen dan kesungguhan yang diberikan sepanjang tempoh sukan ini berlangsung.

Akal yang sihat hadir dari tubuh yang sihat.

🎉 KEMASUKAN BAHARU SRII DUAT 2027 KINI DIBUKA! 🎉✨ Jom mulakan langkah pertama anak-anak menuju pendidikan yang seimbang ...
17/08/2026

🎉 KEMASUKAN BAHARU SRII DUAT 2027 KINI DIBUKA! 🎉

✨ Jom mulakan langkah pertama anak-anak menuju pendidikan yang seimbang — ilmu, iman dan akhlak.

Di SRII DUAT, anak-anak bukan sahaja dididik dengan ilmu akademik, malah dibimbing melalui:
📚 Silibus Kebangsaan, JAIS & UPKK
📖 Silibus Diniyyah – Tafsir, Hadis & Ulum Quran
🍽️ Kelas Berpenghawa Dingin
⚽ Aktiviti Ko-Kurikulum
🌱 Aktiviti Daie Muda
🍳 Sarapan & makan tengah hari disediakan

💚 Welcome to a new chapter in your education!
Semoga perjalanan pembelajaran anak-anak dipenuhi ilmu yang bermanfaat dan HIKMAH.

📲 JOM DAFTAR SEKARANG!
Scan QR pada poster atau hubungi kami di 011-39213288.

📍 SRII DUAT – Ke arah melahirkan daie sejuta ummah.

Address

No. 48, Jalan Desa 2, Taman Desa Sijangkang
Telok Panglima Garang
42500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+601139213288

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Darul Ummah Akademi Tarbiyyah - Laman Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Darul Ummah Akademi Tarbiyyah - Laman Rasmi:

Shortcuts

Share

Category