PIBG SMK Jenjarom

PIBG SMK Jenjarom Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Jenjarom

SELAMAT HARI GURUMewakili seluruh murid SMKJ dan ibu bapa, merakamkan ucapan terima kasih dan Selamat Hari Guru kepada s...
15/05/2026

SELAMAT HARI GURU

Mewakili seluruh murid SMKJ dan ibu bapa, merakamkan ucapan terima kasih dan Selamat Hari Guru kepada semua guru SMKJ yang cemerlang.

Tahniah diucapkan kepada team Bola Tampar SMK Jenjarom atas pencapaian tahun ini. Syabas dan terima kasih juga kepada pe...
04/05/2026

Tahniah diucapkan kepada team Bola Tampar SMK Jenjarom atas pencapaian tahun ini. Syabas dan terima kasih juga kepada pentadbir dan guru yang terlibat atas pengelolaan dan penganjuran Pertandingan Bola Tampar MSSD 2026 Kali ini. Terima kasih juga semua yang membantu dari segi penyediaan tempat, logistik, makan minum dan segalanya yang menjadikan penganjuran kali ini berlangsung dengan lancar dan cemerlang. Anda semua JAGOAN TERHEBAT!!

PIBG merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada 5 orang murid PPKI yang menyertai Kejohanan Stacking Cu...
30/04/2026

PIBG merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada 5 orang murid PPKI yang menyertai Kejohanan Stacking Cup Pendidikan Khas Peringkat Daerah Kuala Langat pada 30 April 2025 di SMK Bandar Banting. PPKI SMK Jenjarom telah berjaya memenangi Naib Johan Kategori 3-6-3 (B15 Perempuan).

Tahniah, anda semua JAGOAN TERHEBAT!!!

PIBB merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih atas kecemerlangan yang ditunjukan murid-murid dan guru dalam pertanding...
30/04/2026

PIBB merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih atas kecemerlangan yang ditunjukan murid-murid dan guru dalam pertandingan yang dipertandingkan sempena KARNIVAL STEM DAERAH KUALA LANGAT 2026.

Tahniah kepada semua yang terlibat. Anda sememangnya JAGOAN TERHEBAT!!

Kejadian ribut melanda Jenjarom semalam. SMK Jenjarom turut terkesan dimana beberapa bumbung dan salur hujan rosak. Ada ...
28/04/2026

Kejadian ribut melanda Jenjarom semalam. SMK Jenjarom turut terkesan dimana beberapa bumbung dan salur hujan rosak. Ada bilik darjah mengalami kebocoran. PIBG dalam usaha mendapatkan laporan dan kos pembaikan dan akan membuat tindakan segera.

Tahniah kepada semua calon Jagoan Dan terima kasih Cikgu-Cikgu yang telah mengajar dengan sebaiknya.
31/03/2026

Tahniah kepada semua calon Jagoan Dan terima kasih Cikgu-Cikgu yang telah mengajar dengan sebaiknya.

29/03/2026

RUJUKAN: KPM Jilid 7 (54) bertarikh 13 Februari 2026

MAKLUMAN RASMI KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENJAROM (SMKJ)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memaklumkan perkara-perkara berikut:

📌 Tarikh Kuat Kuasa
Arahan ini berkuat kuasa mulai 30 Mac 2026 sehingga dimaklumkan kelak.

📌Pemakaian

Murid dibenarkan memakai:
📍Isnin: T-Shirt PJ
📍Selasa: T-Shirt rumah sukan.
📍Rabu: T-Shirt unit beruniform.
📍Khamis: T-Shirt PJ
📍Jumaat: T-Shirt Rumah Sukan

📌 Aktiviti Luar Bilik Darjah
Semua aktiviti kecergasan, sukan, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) serta permainan yang dijalankan di kawasan terbuka (tidak berbumbung) adalah *tidak dibenarkan**.

📌 Kesihatan dan Kebajikan Murid
1️⃣ Murid digalakkan membawa air minuman sendiri bagi memastikan tahap hidrasi sentiasa mencukupi.
2️⃣ Ibu bapa/penjaga dinasihatkan agar memastikan anak-anak tidak terdedah kepada cuaca panas melampau, khususnya dengan mengelakkan aktiviti di luar rumah.

Kerjasama dan keprihatinan semua pihak dalam mematuhi arahan ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.
Pengetua
SMKJ

Salam Aidilfitri buat semua ibu bapa dan guru, serta murid-murid Jagoan sekalian.
20/03/2026

Salam Aidilfitri buat semua ibu bapa dan guru, serta murid-murid Jagoan sekalian.

Terima kasih, thank you, 谢谢, நன்றிKepada semua yang telah menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMKJ ke 43. Kehadiran ...
15/03/2026

Terima kasih, thank you, 谢谢, நன்றி

Kepada semua yang telah menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMKJ ke 43. Kehadiran ibu bapa dan guru amatlah menggalakkan lebih-lebih lagi yang mengenakan pakaian tema hijau/merah jambu.

Kami melihat komitmen semua menjadi petunjuk SMKJ akan lebih cemerlang tahun-tahun mendatang. Lebih membanggakan kali ini komuniti ibu bapa PPKI akan bekerjasama dengan PIBG bagi memastikan standard PPKI berada ditahap yang terbaik.

Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada perasmi, Datuk Zurihan atas kehadiran menyempurnakan majlis dan sumbangan menaiktaraf Dataran Jagoan.

Tahniah kepada jawatankuasa program. Terima kasih kepada guru dan murid yang menguruskan simbolik perasmian yang baik dengan pendekatan AI dan pengunaan dron. Terima kasih kepada penyumbang-penyumbang budiman.

Tahniah kepada AJK PIBG sesi 2026/2027.

25/01/2026

PIBG dimaklumkan barisan ibu bapa PPKI, telah bersama-sama mengumpul dana untuk penyediaan tikar getah dan keceriaan bagi 3 lot kelas PPKI yang baharu.

Moga dengan sumbangan ini dapat memberikan suasana yang selesa bagi murid-murid.

Tahniah diucapkan. Anda terbaik!!

Address

Kampung Jenjarom
Telok Panglima Garang
42600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG SMK Jenjarom posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category