PIBG SMK Sijangkang Jaya

PIBG SMK Sijangkang Jaya Facebook rasmi PIBG SMK Sijangkang Jaya, Kuala Langat merupakan salah satu hub informasi untuk masyarakat. Kanan Pentadbiran : Pn Ramlah bt Hashim
Pen.

Alamat sekolah:
SMK Sijangkang Jaya
Kg Medan,
Kuala Langat, Selangor. No tel : 0331229403
No fax : 0331228542

Pengetua : Pn Salbiah bt Ibrahim
Pen. HEM : En Kowangid
Pen. Kanan Kokurikulum : Pn Zaleha bt Selamat
Pen. Kanan Petang : Pn Hjh Rubi'ah bt Hayat
Pen. Kanan Pendidikan Khas : Pn Sharipah bt Shari

Sesi Sembang Santai AJK Sesi 2026-2027 PIBG SMK Sijangkang Jaya. Semoga perancangan dapat dilaksanakan dengan baik dan b...
19/04/2026

Sesi Sembang Santai AJK Sesi 2026-2027 PIBG SMK Sijangkang Jaya. Semoga perancangan dapat dilaksanakan dengan baik dan bermanfaat.

11 April 2026 (Sabtu) Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Muhammad Kamil bin A...
13/04/2026

11 April 2026 (Sabtu) Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Muhammad Kamil bin Abdul Munim, Setiausaha Politik Kepada YAB Menteri Kewangan. Terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan penjaga.

Ceramah Perdana bersama Ustaz Syamsul Debat pada 9 April 2026. Terima kasih atas kehadiran yang melimpah ruah.
13/04/2026

Ceramah Perdana bersama Ustaz Syamsul Debat pada 9 April 2026. Terima kasih atas kehadiran yang melimpah ruah.

18/03/2026

PIBG mengucapkan Salam Aidil Fitri 2026 kepada semua guru, para ibu bapa dan penjaga, komuniti setempat dan semua alumni SMK Sijangkang Jaya. Kita raikan hari gembira ini penuh kasih sayang dan kesederhanaan.
MAAF ZAHIR DAN BATIN
PIBG SEIRING MEMACU KECEMERLANGAN

Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-26, SMK Sijangkang Jaya. Semua ibu/bapa/penjaga murid dijemput hadir. Sila berikan ma...
17/03/2026

Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-26, SMK Sijangkang Jaya. Semua ibu/bapa/penjaga murid dijemput hadir. Sila berikan maklum balas kehadiran menggunakan link atau QR yang disediakan. Kehadiran tuan/puan membolehkan kita bermuafakat dan seiring untuk memajukan pendidikan anak-anak.

Isu ketidakhadiran dan ponteng sekolah perlu di tangani secara bijaksana dan bersama. PIBG dan Pengurusan Sekolah bergan...
12/03/2026

Isu ketidakhadiran dan ponteng sekolah perlu di tangani secara bijaksana dan bersama. PIBG dan Pengurusan Sekolah berganding bahu untuk sama-sama mengurangkan isu ini agar murid-murid tidak ketinggalan dalam pembelajaran. PIBG juga mengharapkan kerjasama ibu bapa / penjaga untuk seiring dan sejalan mengatasi isu ini. Satu program Jalinan Kasih akan dilaksanakan sebagai salah satu jalan penyelesaian.

Ceramah Perdana - "Keluarga Harmoni, Anak Bahagia" sempena Sambutan Jubli Perak SMK Sijangkang Jaya pada 9 April 2026. D...
04/03/2026

Ceramah Perdana - "Keluarga Harmoni, Anak Bahagia" sempena Sambutan Jubli Perak SMK Sijangkang Jaya pada 9 April 2026. Dijemput semua masyarakat Sijangkang, Kg Medan, Kebun Baharu, Telok Panglima Garang khususnya dan Kuala Langat amnya untuk turut serta. Pada masa sama ada jualan disediakan sebagai kudapan sewaktu ceramah.

09 Feb 2026 - majlis penyampaian sumbangan bencana ribut kepada PIBG SMK Sijangkang Jaya telah diadakan di Resintech Gro...
09/02/2026

09 Feb 2026 - majlis penyampaian sumbangan bencana ribut kepada PIBG SMK Sijangkang Jaya telah diadakan di Resintech Group. Pihak PIBG merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengurus Besar Syarikat Resintech terutama kepada Dato' Haji Abd Fatah Iskandar sebagai Pengerusi Syarikat atas sumbangan yang diberikan. Sumbangan akan digunakan untuk menyediakan kemudahan pembelajaran kepada murid-murid.

28/01/2026

Kejohanan Merentas Desa 2026. Terima kasih YDP PIBG dan En Shahrin Basri atas kesudian hadir melepaskan murid-murid. Alhamdulillah, program telah berlangsung dengan jayanya.

28/01/2026

Majlis Graduasi 2026 - Terima kasih Tuan Ahmad Azri - Ketua Yayasan MBI atas kesudian hadir merasmikan majlis dan menyampaikan sumbangan RM 20,000.00 untuk pembelian alatan dan prasarana pendidikan. Sebelum itu, MBI juga telah menyumbang RM20K untuk bantuan bencana ribut.

MAKLUMAN : Penetapan Jalan Sehala.Adalah dimaklumkan bahawa, laluan ke SMK Sijangkang Jaya dan SK Sijangkang Jaya telah ...
12/01/2026

MAKLUMAN : Penetapan Jalan Sehala.

Adalah dimaklumkan bahawa, laluan ke SMK Sijangkang Jaya dan SK Sijangkang Jaya telah ditetapkan sebagai jalan sehala pada waktu puncak persekolahan. Waktu puncak ini seperti yang dimaklumkan dalam papan tanda yang telah diletakkan. Mohon kerjasama semua ibu bapa dan komuniti untuk mematuhi ketetapan iji bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

07/01/2026

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

SELAMAT DATANG KE SMK SIJANGKANG JAYA. TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SMK SJ SEBAGAI GEDUNG UNTUK MENIMBA ILMU.

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 SMK SIJANGKANG JAYA 2026

Tarikh: 09-01-2026
Hari: Jumaat
Masa: 8.00 pagi - 12.15 tengahari
Pakaian: uniform sekolah

Sila bawa bersama salinan dokumen berikut:
1. surat penempatan
2. ⁠salinan surat beranak
3. salinan kad pengenalan murid
4. salinan kad pengenalan ibu bapa/ penjaga
5. ⁠salinan slip gaji ibu bapa / penjaga terkini
6. ⁠salinan bil elektrik@air
7. ⁠nombor telefon ibu bapa /penjaga.

JK PIBG mengalu-alukan kehadiran semua. Terima kasih.

Address

Jalan Bendehara 4
Telok Panglima Garang
42500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG SMK Sijangkang Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PIBG SMK Sijangkang Jaya:

Shortcuts

Share

Category