Kelas Iqra' Sijangkang

Kelas Iqra' Sijangkang Khas untuk anak-anak yang perlu pengkhususan dalam pembelajaran asas Iqra'. Kelas berkump**an & kelas perseorangan.

Terima kasih banyak kepada Cikgu Hanim & Cikgu Aisyah kerana sudi hadir untuk melaksanakan intervensi Iqra' Smart Journe...
25/04/2026

Terima kasih banyak kepada Cikgu Hanim & Cikgu Aisyah kerana sudi hadir untuk melaksanakan intervensi Iqra' Smart Journey di Tinta Tiara.

Mudah-mudahan aplikasi ini memberi nilai tambah dalam pengajaran & pembelajaran kelas kami.

Terima kasih juga kepada pelajar kami iaitu Annaila Riana, Audiya Humaira & Muhammad Ammar Rizqi kerana memberikan komitmen yang sangat baik 😉👍

Alhamdulillah pada hari Nuzul Quran, 2 orang pelajar telah Khatam Iqra' - Ainnur Qadeeja - Annaila RianaTahniah buat mer...
07/03/2026

Alhamdulillah pada hari Nuzul Quran, 2 orang pelajar telah Khatam Iqra'
- Ainnur Qadeeja
- Annaila Riana

Tahniah buat mereka sekeluarga & terima kasih Ya Allah Ya Nur kerana menerangi hati kami untuk dekat denganMu 🥰🤲

الحمدلله شكرن يا رب 🤲Tahniah Annaila Riana! 🥰💜💛Ustazah bangga dengan pencapaian Anna.  Mudah-mudahan menjadi mukmin seja...
07/03/2026

الحمدلله شكرن يا رب 🤲
Tahniah Annaila Riana! 🥰💜💛

Ustazah bangga dengan pencapaian Anna. Mudah-mudahan menjadi mukmin sejati yang mempunyai ilmu dan akhlak yang setanding tingginya, In Shaa Allah Aamiin..

الحمدلله شكرن يا رب 🤲Tahniah Ainnur Qadeeja! 🥰💜💛Ustazah bangga dengan pencapaian Deeja.  Mudah-mudahan menjadi mukmin se...
07/03/2026

الحمدلله شكرن يا رب 🤲
Tahniah Ainnur Qadeeja! 🥰💜💛

Ustazah bangga dengan pencapaian Deeja. Mudah-mudahan menjadi mukmin sejati yang mempunyai ilmu dan akhlak yang setanding tingginya, In Shaa Allah Aamiin..

Sertai Kelas Asas Mengaji Eksklusif untuk dewasa 🥰DAFTAR SEKARANG 📱 TEMPAT TERHAD🔥📌Kelas  bermula April 2026Pengambilan ...
01/03/2026

Sertai Kelas Asas Mengaji Eksklusif untuk dewasa 🥰

DAFTAR SEKARANG 📱 TEMPAT TERHAD🔥

📌Kelas bermula April 2026

Pengambilan baru telah dibuka 🤗
Kelas berfokus hanya 3 orang saja dalam sekelas..

✅Fokus pada yang zero-knowledge, belum kenal huruf & belum masuk Quran sahaja.

✅Sijil Khatam Iqra' disediakan ☺️

Kelas Asas Mengaji Dewasa
https://www.wasap.my/60169132482/kelasasasngajidewasa




24/02/2026

4 Hari Berturut-Turut Mereka Berbuka Di Masjid.. Sampai Aku Sendiri Tak Tahan Air Mata 😢

Ramadhan kali ini Allah bagi aku satu pelajaran yang aku rasa ramai patut baca sampai habis.

Sebagai AJK masjid, setiap petang memang aku ada awal untuk uruskan juadah berbuka. Hari pertama aku perasan satu keluarga kecil suami, isteri dan tiga orang anak.

Datang awal.
Duduk di hujung saf.
Ambil makanan sekadar perlu.
Tak pernah tambah.
Tak pernah berebut.

Aku fikir mungkin musafir.

Hari kedua… ada lagi.
Hari ketiga… masih sama.
Masuk hari keempat, hati aku mula tak sedap.

Petang itu aku ambil satu dulang dan duduk sekali dengan mereka.

Aku tegur abang tu perlahan,
“Abang duduk mana?”

Dia senyum. Tapi senyum dia bukan senyum orang tenang. Senyum orang yang sedang menahan sesuatu.

Selesai makan dan solat Maghrib, dia tarik nafas panjang.

“Tuan… boleh saya minta izin? Kalau boleh kami nak berbuka di sini sepanjang Ramadhan.”

Nada suara dia berubah.

Aku tanya, “Kenapa bang?”

Dia tunduk lama sebelum jawab.

“Saya baru hilang kerja. Kilang tutup dua minggu lepas. Duit simpanan dah habis. Rumah sewa tertunggak. Elektrik dah kena potong. Dalam rumah ada beras sikit je. Nak masak pun tak boleh.”

Isterinya diam. Anak-anak p**a makan bersih satu persatu. Tak ada perangai. Tak ada merengek.

“Tiap hari saya keluar cari kerja. Tapi belum ada rezeki. Saya tak minta duit tuan… saya cuma minta izin. Biar anak-anak saya tak tidur lapar.”

Ayat tu tembus terus ke dada aku.

Tiba-tiba anak sulung dia bersuara kecil,
“Abah, tak apa. Kat masjid best. Ramai orang.”

Dia cuba kuatkan ayah dia.

Allahu…

Kita kadang-kadang ambil makanan lebih sebab takut tak cukup.
Kita kadang-kadang komplen lauk tak sedap.
Tapi ada orang datang masjid sebab itu saja tempat yang masih ada lampu dan makanan panas.

Malam itu kami AJK sepakat bantu senyap-senyap. Bayarkan elektrik, hulur sedikit belanja dapur, dan usahakan kerja melalui kenalan jemaah.

Tapi yang paling aku tak boleh lupa…

Seorang ayah yang sanggup telan ego,
bukan untuk dirinya,
tapi untuk anak-anaknya.

Ramadhan bukan sekadar tentang pahala terawih.
Ramadhan adalah tentang kita nampak atau tidak orang yang duduk sebelah kita.

Aku nak tanya jujur…

Kalau hari ini Allah cukupkan rezeki kita,
berapa kali kita tengok kiri kanan sebelum ambil makanan?

Dan kalau kita nampak keluarga macam ni di masjid…
adakah kita tegur?
atau kita hanya pandang sekali lalu?

Kalau kau baca sampai sini, aku minta satu je:

Tolong jangan ambil makanan berlebihan waktu berbuka.
Dan kalau ada kemampuan, hulurkan bantuan walau sedikit.

Mungkin bagi kita kecil.
Tapi bagi mereka… itu maruah yang sedang diselamatkan.

Kalau kau setuju, tinggalkan satu ❤️ di komen.
Dan kalau kau pernah berada di tempat abang ini, tulis “Saya pernah” supaya orang lain tahu, ujian ini benar-benar wujud.

Semoga Ramadhan kali ini bukan sekadar kita kenyang…
tapi kita jadi manusia.

Sumber : Izrien TPP (Kisah benar untuk iktibar pembaca )

19/02/2026

Mintalah pada-Nya 🤲🥰

💜Geng Trio Malam💛Khamis & JumaatUmar, Herlina & Ammar
15/01/2026

💜Geng Trio Malam💛
Khamis & Jumaat
Umar, Herlina & Ammar

Meriah Bhai petang ni 🥳I've got all boyzzz guys 😁💜Aidan, Ariq & Hud💛
15/01/2026

Meriah Bhai petang ni 🥳
I've got all boyzzz guys 😁
💜Aidan, Ariq & Hud💛

13/01/2026

💜Geng Trio Malam💛
Isnin & Selasa
Faleeq, Medina & Aaira

Address

Lot 1621, Jalan Manggis, Batu 9, Kg Medan
Telok Panglima Garang
42500

Opening Hours

Monday 16:00 - 17:00
20:00 - 21:00
Tuesday 16:00 - 17:00
20:00 - 21:00
Wednesday 16:00 - 17:00
20:00 - 21:00
Thursday 16:00 - 17:00
20:00 - 21:00
Friday 16:00 - 17:00
20:00 - 21:00
Saturday 20:00 - 21:00

Telephone

+60169132782

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelas Iqra' Sijangkang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category