Maahad Tahfiz Harun Almasri

Maahad Tahfiz Harun Almasri Melahirkan para Hufaz dan Ulama’ yang bertaqwa, diiktiraf selaras dengan keperluan ummah dan negara,

🥊 PENDAFTARAN DIBUKA! 🥊Maahad Tahfiz Harun Almasri dengan kerjasama Kelab Fajar Garuda Muay Thai membuka peluang kepada ...
13/06/2026

🥊 PENDAFTARAN DIBUKA! 🥊

Maahad Tahfiz Harun Almasri dengan kerjasama Kelab Fajar Garuda Muay Thai membuka peluang kepada kanak-kanak dan remaja berumur 7 hingga 17 tahun untuk menyertai Kelas Latihan Seni Bela Diri Muay Thai.

Latihan ini bertujuan membentuk disiplin diri, meningkatkan kecergasan fizikal, membina keyakinan diri serta mempelajari teknik mempertahankan diri secara berhemah di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman.

✅ Umur 7 – 17 tahun
✅ Latihan 2 kali seminggu
✅ Setiap hari Selasa & Khamis malam
✅ Meningkatkan kecergasan dan ketahanan mental
✅ Membina disiplin, fokus dan keyakinan diri
✅ Sesuai untuk lelaki dan perempuan

💪 “Tubuh yang sihat, minda yang cerdas, jiwa yang berdisiplin.”

📞 Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi:
017-458 4636 (Admin)

Tempat adalah terhad. Daftar sekarang!

🌱 Jom Berwakaf & Menyumbang untuk Kemudahan Anak-Anak Tahfiz 🌱Alhamdulillah, Maahad Tahfiz Harun Almasri sedang melaksan...
09/06/2026

🌱 Jom Berwakaf & Menyumbang untuk Kemudahan Anak-Anak Tahfiz 🌱

Alhamdulillah, Maahad Tahfiz Harun Almasri sedang melaksanakan pembinaan slab simen kawasan perhimpunan pelajar Sekolah Rendah Integrasi yang akan turut dimanfaatkan sebagai gelanggang badminton, bola tampar dan sepak takraw untuk kegunaan para pelajar.

Selain itu, pihak maahad juga merancang untuk membina bumbung di kawasan tersebut bagi memastikan aktiviti perhimpunan, pembelajaran luar bilik darjah dan sukan dapat dijalankan dengan lebih selesa tanpa gangguan cuaca panas atau hujan.

Justeru, kami dengan rendah hati mempelawa para dermawan, ibu bapa, alumni dan masyarakat umum untuk bersama-sama menyumbang bagi menjayakan projek ini. Setiap sumbangan yang diberikan akan menjadi manfaat berpanjangan buat anak-anak yang sedang menuntut ilmu dan menghafaz al-Quran.

💚 Sumbangan/Wakaf Pembinaan Kemudahan Pelajar

🏦 Maybank
5628-7050-7550
Maahad Tahfiz Harun Almasri

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.” (Riwayat Muslim)

Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi sedekah jariah yang berterusan pahalanya, serta dibalas oleh Allah SWT dengan keberkatan rezeki, kesihatan dan kebahagiaan di dunia serta akhirat.

📞 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak Maahad Tahfiz Harun Almasri.
017-4584636

Gambar gambar sekitar Hari Sukan Maahad Tahfiz Harun Almasri tahun 2026.
21/05/2026

Gambar gambar sekitar Hari Sukan Maahad Tahfiz Harun Almasri tahun 2026.

Tahniah diucapkan buat 1. Muhammad Aliff Afifi bin Ilias2. Arif Alauddin bin M Mahatir3. Luqman Nur Hakim bin Muhamad Ri...
20/05/2026

Tahniah diucapkan buat
1. Muhammad Aliff Afifi bin Ilias
2. Arif Alauddin bin M Mahatir
3. Luqman Nur Hakim bin Muhamad Rizal alumni MTHAM kerana menerima Anugerah Dekan di UNISIRAJ.

Moga terus maju jaya dan succes. Amin.

12/05/2026

Video sekitar aktiviti rombongan pelajar-pelajar MTHAM ke Waterworld I-city Shah Alam ahad lepas ☺️

28/04/2026

Aktiviti adik adik Tadika Amazing Seeds MTHAM ☺️

Address

Lot 2274 Batu 9
Telok Panglima Garang
42500

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60174584636

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Harun Almasri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz Harun Almasri:

Shortcuts

Share