KAFA INTEGRASI BENTENG TENGAH,SIJANGKANG

KAFA INTEGRASI BENTENG TENGAH,SIJANGKANG SEKOLAH RENDAH YANG BEROPERASI HANYA SEBELAH PETANG SAHAJA,
DARI UMUR 7 HINGGA 12 TAHUN.

LAWATAN SEKOLAH ( MURID TAHAP 1)Tarikh : 16/05/2026Hari : SabtuTempat: Kuala Lumpur Program Lawatan Murid Tahap 1 Sekola...
01/06/2026

LAWATAN SEKOLAH ( MURID TAHAP 1)

Tarikh : 16/05/2026
Hari : Sabtu
Tempat: Kuala Lumpur

Program Lawatan Murid Tahap 1 Sekolah KAFA Integrasi Benteng Tengah Sijangkang ke Kuala Lumpur yang telah diadakan pada 16 Mei 2026 berlangsung dengan jayanya serta memberikan pengalaman pembelajaran yang amat bermakna kepada para murid.

Hal ini apabila mereka berpeluang mengunjungi beberapa lokasi menarik dan bersejarah seperti Menara Kuala Lumpur, Tugu Negara, Masjid Negara dan Pusat Sains Negara.

Lawatan ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada murid tentang aspek sejarah, warisan negara, ilmu pengetahuan dan teknologi, malah turut memupuk semangat cintakan negara, meningkatkan keyakinan diri, mengeratkan hubungan silaturahim sesama rakan dan guru serta menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan melalui pengalaman secara langsung di luar bilik darjah.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru pengiring, ibu bapa serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, dan berharap agar segala ilmu, pengalaman serta kenangan yang diperoleh sepanjang lawatan tersebut dapat dimanfaatkan oleh para murid sebagai pemangkin untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik, sahsiah dan kehidupan pada masa hadapan.

Selesai sudah KAMIL SAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR ZON 1 DAERAH KUALA LANGAT TAHUN 2026.Tarikh : 23/5/2026Hari.   :   ...
27/05/2026

Selesai sudah KAMIL SAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR ZON 1 DAERAH KUALA LANGAT TAHUN 2026.

Tarikh : 23/5/2026
Hari. : Sabtu
Tempat : Sra Kampung Medan

Sekolah KAFAI BENTENG TENGAH SIJANGKANG telah menghantar beberapa perserta di dalam acara antaranya, azan dan iqomah, khutbah, solat jenazah, rawi dan marhaban,Muhawarah dan syarahan Bahasa Melayu.

Pihak sekolah menzahirkan rasa bangga diatas penyertaan peserta dalam Kamil SAN Kali ini walaupun tiada acara yang meloloskan diri ke peringkat daerah.

Tahniah kepada semua peserta yang telah berusaha sehabis baik.👍

Inshaallah ada rezekinya lain waktu kita Cuba lagi.

Ayuh semua, terus berikan sokongan kepada mereka.❤️

🌙 Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H 🌙Kami warga Kafai Integrasi Benteng Tengah mengucapkan Salam Aidiladha bua...
27/05/2026

🌙 Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H 🌙

Kami warga Kafai Integrasi Benteng Tengah mengucapkan Salam Aidiladha buat seluruh muslimin dan muslimat.

Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang yang dizahirkan dalam Aidiladha dapat terus menyatukan hati serta mengeratkan ukhuwah sesama kita.

Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan kita diterima serta diberkati Allah SWT. ❤️

✨ Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum wbt. dan salam penuh keberkatan.Tahniah dan syabas diucapkan kepada:🌸 Puan Nur Khalidah binti Mohd Kusni...
24/05/2026

Assalamualaikum wbt. dan salam penuh keberkatan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada:

🌸 Puan Nur Khalidah binti Mohd Kusni

atas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri Selangor 2026.

Pihak Sekolah merakamkan setinggi-tinggi rasa bangga atas pencapaian yang membanggakan ini, yang menjadi bukti ketekunan, keikhlasan dan kecemerlangan dalam mendidik anak bangsa. Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama individu, malah turut mengangkat martabat sekolah dan institusi pendidikan KAFA.

Semoga segala usaha dan bakti yang dicurahkan terus menjadi amal jariah yang berpanjangan, serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidik untuk terus melakar kecemerlangan yang lebih gemilang.

Sekalung penghargaan dan Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua warga pendidik.
“Guru Bitara Nadi Negara”

MAJLIS SELUHUR BUDI & MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA DIF-DIF JEMPUTAN Tarikh : 30 April 2026Hari : KhamisTempat : Dewan Terb...
09/05/2026

MAJLIS SELUHUR BUDI & MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA DIF-DIF JEMPUTAN

Tarikh : 30 April 2026
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Terbuka KAFAI BTS

Majlis Seluhur Budi buat Ustaz Nasharudin bin Katiman serta Majlis Makan Malam Warga KAFAI Benteng Tengah Sijangkang bersama dif-dif jemputan yang telah diadakan pada hari Khamis, 30 April 2026 jam 8 malam berlangsung dalam suasana penuh harmoni, meriah dan menyentuh perasaan sebagai tanda penghargaan serta penghormatan atas segala jasa, pengorbanan dan komitmen beliau sepanjang berkhidmat di sekolah ini.

Di samping itu, Majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara guru-guru, kakitangan sekolah serta para tetamu jemputan yang hadir memeriahkan majlis, dengan pelbagai pengisian menarik termasuk ucapan penghargaan, jamuan makan malam, serta sesi kenang-kenangan yang telah mencipta seribu memori indah dan meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh warga sekolah.

Pihak sekolah sentiasa menghargai segala bakti dan sumbangan beliau dalam memartabatkan pendidikan serta membina kecemerlangan sahsiah murid-murid di KAFAI Benteng Tengah Sijangkang, dan pihak sekolah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta mendoakan agar Ustaz Nasharudin bin Katiman sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, terus cemerlang dalam kehidupan serta sentiasa berada di bawah rahmat dan keberkatan Allah SWT atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

❤️❤️

LAWATAN PIHAK MAIS KE KAFAI BENTENG TENGAH SIJANGKANG Tarikh : 30 April 2026Hari : KhamisMasa : 12.00 TengahariAlhamduli...
09/05/2026

LAWATAN PIHAK MAIS KE KAFAI BENTENG TENGAH SIJANGKANG

Tarikh : 30 April 2026
Hari : Khamis
Masa : 12.00 Tengahari

Alhamdulillah 🤍
Pada tanggal 30/4/2026,pihak sekolah KAFAI BENTENG TENGAH SIJANGKANG telah menerima lawatan rasmi daripada delegasi Majlis Agama Islam Selangor sempena program Turun Padang Pengerusi MAIS ke Daerah Kuala Langat.
Kami amat berbesar hati menyambut kehadiran
Senator Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin, Pengerusi MAIS bersama rombongan, yang telah meluangkan masa menziarahi KAFAI BENTENG TENGAH.

Sepanjang lawatan, Pengerusi MAIS meninjau kemudahan sedia ada, mendengar pandangan pihak pengurusan sekolah serta mengenal pasti keperluan penambahbaikan prasarana bagi memastikan sekolah terus berfungsi dengan lebih selesa, kondusif dan berkesan kepada masyarakat setempat.

Program turun padang ini mencerminkan komitmen berterusan MAIS dalam memperkukuh ekosistem pendidikan agama di Selangor selaras dengan usaha menyantuni ummah.

Turut hadir ialah Yang Dimuliakan Tengku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya, Tengku Dato’ Mohamed Alhaj bin Tengku Harun, Orang Besar Daerah Kuala Langat; SS Dato’ Haji Mohd Shahzihan Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS); Puan Hajah Norlaili Mohamad, Timbalan Setiausaha Operasi MAIS serta Dr Hajah Norraini Nordin, Pengarah Kanan Ekonomi dan Pembangunan Sosial MAIS.

Hadir sama wakil pengurusan Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat, JAIS, Lembaga Zakat Selangor (LZS), Perbadanan Wakaf Selangor, Bakti Suci Sdn. Bhd. dan MAIS.

Semoga lawatan ini dapat memperkukuh ukhuwah serta mempererat hubungan antara pihak MAIS, JAIS dan warga KAFAI BENTENG TENGAH SIJANGKANG.

Terima kasih atas kesudian hadir. Moga segala usaha diberkati dan memberi manfaat buat semua 🌸❤️

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2026Tarikh : 25/04/2026Hari : SabtuTempat : Dewan Terbuka KAFAI BENTENG TENGAH SIJANGKANG Kem Ke...
01/05/2026

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2026

Tarikh : 25/04/2026
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan Terbuka KAFAI BENTENG TENGAH SIJANGKANG

Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah KAFAI Benteng Tengah Sijangkang yang telah dilangsungkan pada hari Sabtu, 25 April 2026 merupakan satu program yang amat bermakna dan memberi impak besar dalam membentuk sahsiah, jati diri serta semangat kepimpinan dalam kalangan para pengawas.

Hal ini di mana pelbagai aktiviti berteraskan pembinaan karakter, latihan komunikasi berkesan, kerja berpasukan serta nilai disiplin telah dijalankan dengan penuh terancang dan sistematik.

Ia sekaligus berjaya menyemai sifat tanggungjawab, keyakinan diri dan keupayaan membuat keputusan dalam diri peserta, di samping mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan, interaktif dan penuh kerjasama antara para pengawas serta guru pembimbing.

Oleh yang demikian, program ini bukan sahaja sebagai platform melahirkan pemimpin muda yang berkualiti malah sebagai satu pengalaman berharga yang akan terus terpahat dalam ingatan setiap peserta sebagai bekalan untuk memikul amanah kepimpinan di sekolah dengan lebih cemerlang dan berintegriti.

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM AMAL KHAIR DAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH AMAL ISLAMI PERINGKAT SEKOLAHTarikh : 13/04/2026Hari ...
28/04/2026

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM AMAL KHAIR DAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH AMAL ISLAMI PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh : 13/04/2026
Hari : Isnin
Tempat : Dewan Terbuka KAFAI BENTENG TENGAH SIJANGKANG

Majlis Pelancaran Program Amal Khair 2026 serta Majlis Penyampaian Hadiah Amal Islami Peringkat Sekolah yang telah diadakan pada hari Isnin, 13 April 2026, berlangsung dengan penuh tertib dan jayanya apabila program dimulakan dengan bacaan doa sebagai pembuka majlis, diikuti ucapan perasmian yang penuh inspirasi.

Seterusnya, program ini diserikan dengan pelancaran rasmi program yang bertujuan menyemai nilai-nilai kebajikan, keprihatinan dan amalan berteraskan Islam dalam kalangan warga sekolah.

Kemuncak program pada petang itu diteruskan dengan Majlis Penyampaian Hadiah Amal Islami sebagai tanda penghargaan kepada murid-murid yang telah menunjukkan komitmen dan kecemerlangan dalam penghayatan nilai-nilai murni, sekali gus menjadikan keseluruhan majlis berlangsung dalam suasana harmoni, bermakna dan memberi impak positif kepada semua yang hadir.

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2026Tarikh : 10/4/2026Hari : KhamisTempat : Dewan Terbuka KAFAI BENTENG TENGAH SIJANGKANG ...
28/04/2026

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2026

Tarikh : 10/4/2026
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Terbuka KAFAI BENTENG TENGAH SIJANGKANG

Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah KAFAI Benteng Tengah Sijangkang yang telah diadakan pada 10 April 2026 berlangsung dengan penuh meriah, lancar serta gilang-gemilang.

keadaan ini apabila seluruh warga sekolah bersama murid-murid berhimpun dalam suasana yang ceria dan harmoni, dihiasi dengan aneka juadah tradisional yang menyelerakan, diiringi riuh rendah gelak tawa serta keceriaan murid-murid yang jelas terpancar.

Di samping pelbagai persembahan menarik daripada murid tahap 1 dan tahap 2 yang mempamerkan bakat serta kreativiti masing-masing, dan turut diserikan lagi dengan persembahan khas daripada para guru yang mencetuskan suasana lebih gamat.

Semoga dengan berlangsungnya majlis ini, ia dapat menjadi satu wadah kenangan indah yang mengeratkan silaturahim dalam kalangan seluruh warga sekolah KAFAI BENTENG TENGAH SIJANGKANG.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN GURU Hari : IsninTarikh : 16 Mac 2026Tempat : Bilik GuruMajlis Khatam Al-Quran bagi guru-guru ser...
27/03/2026

MAJLIS KHATAM AL-QURAN GURU

Hari : Isnin
Tarikh : 16 Mac 2026
Tempat : Bilik Guru

Majlis Khatam Al-Quran bagi guru-guru serta Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya yang telah diadakan pada hari Isnin, 16 Mac 2026, merupakan satu acara yang penuh bermakna dan sarat dengan nilai spiritual serta kebersamaan.

Di mana para guru telah bersama-sama menzahirkan rasa syukur dengan menyempurnakan bacaan Al-Quran sebagai tanda penghayatan terhadap keberkatan bulan Ramadan.

Di samping itu, majlis ini turut diserikan dengan penyampaian sumbangan Hari Raya sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan terhadap jasa serta pengorbanan para pendidik, sekali gus mengeratkan lagi hubungan silaturahim, memupuk semangat kasih sayang dan memperkukuh ukhuwah dalam kalangan warga sekolah demi melahirkan suasana harmoni yang berterusan.

Address

Telok Panglima Garang
42500

Opening Hours

Monday 14:00 - 18:00
Tuesday 14:00 - 18:00
Wednesday 14:00 - 18:00
Thursday 14:00 - 18:00
Friday 14:00 - 18:00

Telephone

+60331234440

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KAFA INTEGRASI BENTENG TENGAH,SIJANGKANG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to KAFA INTEGRASI BENTENG TENGAH,SIJANGKANG:

Shortcuts

Share