27/05/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐ ๐๐๐๐)
"๐ท๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐ ๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐."
Alhamdulillah, pada 14 Mei 2026 yang lalu, telah berlangsung Program Amali Zabihah Imtiaz (AZIM 2026) melibatkan murid-murid darjah 4 dan 5 dalam pembelajaran secara teori dan praktikal berkaitan ibadah sembelihan ayam menurut syariat Islam.
Program bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang kaedah sembelihan yang halal, melahirkan murid yang berani serta memupuk nilai kerjasama dalam diri murid.
Program dimulakan dengan sesi ceramah berkaitan tatacara sembelihan yang disampaikan oleh Ustaz Muhamad Akhyar bin Shaarani.
Seterusnya, murid menjalankan aktiviti sembelihan ayam secara berkumpulan dengan bimbingan guru. Murid turut didedahkan dengan proses mencabut bulu ayam dan pengurusan ayam selepas disembelih.
Di akhir program, murid bersama guru menikmati juadah kari ayam yang telah dimasak bersama-sama pada hari tersebut.
Semoga program ini bermanfaat dan menjadi pengalaman bermakna kepada murid dalam kehidupan seharian.