26/05/2026
SALAM EIDUL ADHA 1447H
وَكُلُّ عَامْ وَأَنْتُمْ بِخَيْر تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, kita masih diberi kesempatan untuk memaksimumkan ibadah pada 10 awal bulan Zulhijjah kali ini, bulan yang penuh hikmah-Nya. Semoga segala amal kita diterima Allah dan menjadikan kita lebih baik serta terus istiqamah dalam ketaatan kepadaNya.
Marilah kita bersama nilaikan raya aidiladha dengan melihat ibadah korban yang dilakukan di kawasan masing-masing dan gemalah Takbir sepanjang 4 hari ini.
Daripada Ali dan Ammar R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW:
كَانَ يُكَبِّرُ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ صَلَاةَ الْغَدَاةِ وَيَقْطَعُهَا صَلَاةَ الْعَصْرِ آخِرَ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ
Maksudnya:
“Baginda SAW sentiasa bertakbir pada Hari Arafah selepas solat al-Ghadah (Subuh) dan menghentikan selepas solat Asar hari terakhir bagi Hari-Hari Tasyriq.”
[Riwayat al-Hakim]
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha Maaf Zahir & Batin 🥰