Madrasah Darul Mujahidin

Madrasah Darul Mujahidin Madrasah ini ditubuhkan pada tahun 1987, kami memiliki Sekolah rendah, menengah dan pra tahfiz

Tahniah dan Syabas untuk semua atlet Badminton MSSD sekolah Rendah Madrasah Darul Mujahidin👏🏻👏🏻💪🏻💪🏻 Alhamdulillah, seles...
16/04/2026

Tahniah dan Syabas untuk semua atlet Badminton MSSD sekolah Rendah Madrasah Darul Mujahidin👏🏻👏🏻💪🏻💪🏻

Alhamdulillah, selesai sudah Kejohanan Badminton MSSD Sekolah Rendah yang telah berlangsung pada hari Selasa dan Rabu, 14 hingga 15 April 2026. 🏸

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi, disiplin serta komitmen sepanjang kejohanan berlangsung. Tidak lupa juga penghargaan kepada para guru, jurulatih dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dengan penuh dedikasi.🌟🌟

Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi pengalaman, usaha dan semangat juang yang dipamerkan adalah kejayaan sebenar. Semoga kejohanan ini menjadi platform untuk melahirkan atlet-atlet muda yang berpotensi dan berdaya saing.👏🏻

Syabas dan tahniah kepada semua! 💪✨


SEJARAH APA HARI INI🌿 Nostalgia 80-an Kampung Mujahidin Bt9 Kebun Baru 🌿Mengimbau kembali detik-detik era 80-an, Kampung...
14/04/2026

SEJARAH APA HARI INI

🌿 Nostalgia 80-an Kampung Mujahidin Bt9 Kebun Baru 🌿

Mengimbau kembali detik-detik era 80-an, Kampung Mujahidin Bt9 Kebun Baru bukan sekadar sebuah penempatan—tetapi medan tarbiah, medan perjuangan dan penyatuan ummah.

Nama-nama seperti Arwah Ust Yahya Othman dan Arwah Ust Abdullah Salleh sentiasa terpahat dalam lipatan sejarah.
Mereka bukan sekadar pendidik, tetapi murabbi yang meniupkan roh semangat juang, membentuk jiwa-jiwa kental dalam kalangan penduduk kampung.

Di bumi bertuah inilah lahirnya generasi yang bukan sahaja mencintai ilmu, malah sanggup berjuang mempertahankan prinsip dan agama.

🏫 Sebagai warga sekolah, marilah kita terus menyambung legasi ini—menghidupkan semangat ilmu, memperkukuh akhlak, dan menyemai nilai perjuangan dalam diri setiap pelajar.

Dari kampung kecil, lahir jiwa besar.
Dari tarbiah sederhana, terbina ummah luar biasa.

📸 Gambar asal dari page DPPKL

Alhamdulillah, program Kemahiran Amal Islami,KAMIL GASIs telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada hari Sabtu, 11 A...
11/04/2026

Alhamdulillah, program Kemahiran Amal Islami,KAMIL GASIs telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada hari Sabtu, 11 April 2026.👏🏻🌟

Program ini melibatkan pelbagai aktiviti yang memberi pendedahan serta mengasah bakat murid dalam bidang keagamaan, antaranya:
📖 Tilawah Al-Quran
🧠 Hafazan & Terjemahan & Tafsiran
✍️ Menulis Khat Tahap 1&2
🎤 Syarahan BM dan Bahasa Arab
📌Azan & Iqamah
🌟Bercerita Kisah Dari Al Quran Tahap 1

🎊🎊Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen, keberanian dan semangat yang tinggi sepanjang program berlangsung bertanding dengan 72 buah sekolah swasta Selangor.

Tidak dilupakan juga setinggi-tinggi penghargaan kepada para guru serta ibu bapa/ penjaga dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

🌟🌟Semoga usaha murni ini dapat melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah berakhlak mulia dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.




Minggu Kejohanan Badminton (Menengah) & Catur MSSD (Rendah & Menengah) 6/4/2026 sehingga 9/4/2026 untuk murid & pelajar ...
07/04/2026

Minggu Kejohanan Badminton (Menengah) & Catur MSSD (Rendah & Menengah) 6/4/2026 sehingga 9/4/2026 untuk murid & pelajar Madrasah Darul Mujahidin tahun ini🌟💪🏻💪🏻

Bermula dengan latihan berkala untuk Team Badminton bersama Coach Hakiki sehinggalah ke pertandingan sebenar,mereka tetap semangat juang dan bertenaga💪🏻

Latihan Team Catur juga bersama Coach Herman dan Coach Muriza untuk mengasah lagi teknik bermain catur dengan lebih baik daripada tahun sebelum ini👍👍Murid murid tetap berusaha untuk memperbaiki teknik masing masing..Tahniahhhh🎊🎊🎊

Semoga Anak anak murid dan pelajar sentiasa berusaha untuk perbaiki diri dari masa ke semasa baik dalam Akademik mahupun Kokurikulum serta sahsiah aaminnn🤲🏻🤲🏻💪🏻💪🏻


🌸 Tahniah Calon SPM 2025 – Madrasah Darul Mujahidin! 🌸Bunga mekar di pagi hari,Harum wangi jadi saksi.Calon SPM 2025 ber...
04/04/2026

🌸 Tahniah Calon SPM 2025 – Madrasah Darul Mujahidin! 🌸

Bunga mekar di pagi hari,
Harum wangi jadi saksi.
Calon SPM 2025 berjaya meniti,
Usaha dan doa membuahkan prestasi.

Tahniah kepada semua calon MDM yang lulus dengan jayanya seramai 6 orang, terutama Mohd Syamil Solihin dan Wan Nur Adrinas atas keputusan cemerlang! Tidak dilupakan juga Ardini Azalia, yang sama-sama kami raikan sementara menunggu keputusan spm.

Setiap pencapaian adalah bukti usaha, kesungguhan, dan doa yang tidak pernah putus.
Ucapan terima kasih juga kepada guru-guru dan ibu bapa yang sentiasa membimbing dan memberi sokongan tanpa jemu. 🌟

Semoga kejayaan ini menjadi permulaan langkah yang lebih gemilang dalam menimba ilmu, serta memberi manfaat kepada agama, bangsa, dan masyarakat.

📌



🌙 Sambutan Aidilfitri Madrasah Darul Mujahidin 🌙Syawal hadir membawa cahaya kemaafan,menyulam kembali kasih yang mungkin...
04/04/2026

🌙 Sambutan Aidilfitri Madrasah Darul Mujahidin 🌙

Syawal hadir membawa cahaya kemaafan,
menyulam kembali kasih yang mungkin terlerai dalam diam.

Di Madrasah Darul Mujahidin, hari yang indah ini disambut dengan penuh makna, dimulai dengan ucapan pengetua yang menyentuh jiwa, diserikan dengan pantun-pantun guru yang menghidupkan suasana,
dan diperdengarkan nyanyian para pelajar yang lahir dari hati yang tulus.

Lebih bermakna, berlangsung juga penyampaian hadiah Kamil Dalaman, disampaikan oleh Ustazah Indo Tuo binti Daeng Setuju, diiringi Ustazah Iman Sajidah,
Ustaz Mohd Shakir Zailani diringi Ustaz Zailani bin Tamzis, sebagai tanda penghargaan atas usaha, kesungguhan dan doa yang tidak pernah putus.

Di hujungnya, kita berkumpul dalam jamuan penuh sederhana, namun sarat dengan rasa syukur dan ukhuwwah yang kian erat.

Semoga setiap tawa hari ini menjadi kenangan,
setiap kemaafan menjadi penyatu hati, dan setiap langkah selepas ini dipandu dengan keberkatan Ilahi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin 🌙✨






21/03/2026

Masih dalam suasana Aidilfitri 🌙✨

Selepas ini, kita akan kembali memberi fokus kepada agenda penting seperti peperiksaan, MSSD, KAMIL dan program-program berkaitan.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan diperkasakan dengan semangat baharu.

21/03/2026

💜Selamat hari raya semua ❤️

20/03/2026

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Ikhlas daripada:
Warga Madrasah Darul Mujahidin

Taqabbalallahu minna wa minkum 🤍

20/03/2026

Writing
🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨🌙

Pihak Madrasah Darul Mujahidin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

kepada seluruh warga madrasah, ibu bapa, pelajar serta umat Islam sekalian.
Taqabbalallahu minna wa minkum,
minal ‘aidin wal faizin.

Semoga segala amalan sepanjang Ramadan diterima Allah SWT,
dan Syawal yang tiba membawa keberkatan, kegembiraan serta mengeratkan silaturrahim.

🌿 Andai ada salah dan khilaf,
kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan.

Ikhlas daripada:
Warga Madrasah Darul Mujahidin

Alhamdulillah Minggu Kemahiran Amal Islami (KAMIL) peringkat sekolah sepanjang Ramadhan telah selesai dengan jayanya pad...
12/03/2026

Alhamdulillah Minggu Kemahiran Amal Islami (KAMIL) peringkat sekolah sepanjang Ramadhan telah selesai dengan jayanya pada hari ini.

Acara minggu ke-3 yang telah dipertandingkan ialah
🌟Tahap 1: Bercerita Kisah Dari Al Quran
🌟Tahap 2: Syarahan Bahasa Melayu & Syarahan Bahasa Arab

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dalam semua acara yang telah dipertandingkan selama 3 minggu sepanjang Ramadhan Tahun ini😍

Semoga semua anak murid dan pelajar mendapat ilmu yang bermanfaat dan dapat diaplikasi dalam kehidupan seharian 🤲🏻🤲🏻

Terima kasih juga kepada semua guru dan juri yang telah bersama sama menjayakan KAMIL peringkat sekolah pada tahun ini❤️🌟💪🏻

Murid yang berjaya mendapat Johan dan N/Johan akan dilatih lagi untuk mewakili sekolah ke pertandingan Zon dan Daerah KAMIL😍🤲🏻🤲🏻


🌙 PROGRAM IHYA’ RAMADAN 1447H / 2026Madrasah Darul MujahidinAssalamualaikum w.b.t.Sepanjang bulan Ramadan ini, pihak mad...
09/03/2026

🌙 PROGRAM IHYA’ RAMADAN 1447H / 2026
Madrasah Darul Mujahidin

Assalamualaikum w.b.t.

Sepanjang bulan Ramadan ini, pihak madrasah akan mengadakan beberapa aktiviti antaranya:

✨ Majlis Khatam Al-Quran
✨ Sumbangan pelajar asnaf
✨ Duit raya untuk pelajar
✨ Jamuan berbuka puasa

Sehubungan itu, pihak madrasah amat mengalu-alukan sumbangan daripada ibu bapa dan orang ramai bagi menjayakan program ini.

💰 Sasaran sumbangan: RM6,656.18
💰 Jumlah terkumpul: RM2,854.14
💰 Jumlah diperlukan: RM3,802.04

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:

🏦 CIMB Bank
8604399443
Sekolah Rendah Islam Integrasi Madrasah Darul Mujahidin

atau

8604399481
Sekolah Menengah Islam Darul Mujahidin

📲 Boleh juga menyumbang melalui QR Code yang disediakan pada poster.

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah dan mendapat ganjaran berlipat ganda di bulan Ramadan.

Terima kasih atas sokongan semua 🤲

Address

Lot 2224 Jalan Batu 9 Kebun Baru Kampung Kebun Baru Batu 9 Telok Panglima Garang
Telok Panglima Garang
42500

Opening Hours

Monday 07:40 - 15:30
Tuesday 07:40 - 15:30
Wednesday 07:40 - 16:00
Thursday 07:40 - 15:30
Friday 07:40 - 15:30

Telephone

+60331220029

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Darul Mujahidin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Madrasah Darul Mujahidin:

Shortcuts

Share

Category