Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan JPN9

Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan JPN9 Laman rasmi perkongsian informasi serta promosi aktiviti dan bahan sumber pembelajaran JPN N9

14/04/2026
22/12/2025
Seremban, 4 November 2025 – Majlis Digital Utilisation Technology Awards (DUTA) 2025 berlangsung dengan penuh gemilang d...
18/11/2025

Seremban, 4 November 2025 – Majlis Digital Utilisation Technology Awards (DUTA) 2025 berlangsung dengan penuh gemilang di Seremban, menghimpunkan warga pendidik, pemimpin sekolah dan tokoh digital pendidikan dari seluruh Negeri Sembilan. Majlis berprestij ini bertujuan mengiktiraf usaha cemerlang warga pendidik dalam memperkasa penggunaan teknologi digital dalam PdP dan pentadbiran sekolah.

Majlis ini dianjurkan oleh Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP), Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, di bawah kepimpinan En. Mohd Aiman bin Abdoll Aziz, Ketua Penolong Pengarah SSTP, yang sentiasa komited memperkukuh ekosistem pendidikan digital di seluruh negeri.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia En. Zainal bin Abas, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah). Turut memeriahkan acara ialah Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, YBrs. Puan Khalidah binti Hj Omar, diiringi oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (KPPD) Seremban, Jempol Jelebu dan Port Dickson, serta kehadiran Guru Besar , Pengetua, Guru-guru serta Murid-murid dari seluruh daerah.

Sebanyak 30 trofi Ikon Digital DUTA 2025 dianugerahkan kepada penerima yang telah membuktikan kecemerlangan dalam transformasi pendidikan digital. Para penerima terdiri daripada guru, pentadbir dan pasukan sekolah yang mencapai impak signifikan dalam penggunaan platform digital seperti DELIMa, pembelajaran hibrid, inovasi AI serta amalan pengurusan moden berasaskan data.

Trofi-trofi ini telah disampaikan oleh En. Zainal bin Abas dan Puan Khalidah binti Hj Omar, sebagai tanda penghargaan terhadap dedikasi dan inovasi berterusan para penerima anugerah.

Dalam ucapan perasmiannya, En. Zainal bin Abas menegaskan bahawa pendidikan digital merupakan tunjang utama dalam membina generasi masa hadapan yang berdaya saing dan inovatif.

Beliau menyatakan bahawa “kemajuan pendidikan digital adalah keperluan mendesak untuk memastikan murid kita mampu bersaing dalam era teknologi yang sentiasa berubah.”
Beliau turut memuji komitmen JPNS dan SSTP dalam menerajui agenda transformasi digital di Negeri Sembilan.

Majlis turut diserikan dengan persembahan pasukan band sekolah menengah, mempamerkan bakat seni dan kreativiti murid. Persembahan tersebut menjadikan malam anugerah lebih meriah dan penuh kesegaran



SIARAN LANGSUNG MAJLIS APRESIASI PEMERKASAAN MURID FASIH DIGITAL DAN BACAAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2025 . TARIKH : 5 ...
05/11/2025

SIARAN LANGSUNG MAJLIS APRESIASI PEMERKASAAN MURID FASIH DIGITAL DAN BACAAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2025 .

TARIKH : 5 NOVEMBER 2025
JAM 2.00 PETANG
BERTEMPAT DI AUDITORIUM SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SRI SENDAYAN, SEREMBAN

ANJURAN SEKTOR SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN .

Youtube SSTP JPN9 :

SIARAN LANGSUNG MAJLIS APRESIASI PEMERKASAAN MURID FASIH DIGITAL DAN BACAAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2025 . TARIKH : 5 NOVEMBER 2025 JAM 2.00 PETANGBERTEMPA...

✨📚TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG! ✨📚Majlis Apreseasi Pemerkasaan Murid Fasih Digital Dan BacaanPeringkat Negeri Sembilan T...
05/11/2025

✨📚TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG! ✨📚
Majlis Apreseasi Pemerkasaan Murid Fasih Digital Dan Bacaan
Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan melalui Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah memenangi anugerah dan pertandingan yang telah disertai.

Majlis Apresiasi Pemerkasaan Murid Fasih Digital dan Bacaan Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025 merupakan acara tahunan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dengan pengurusetiaan oleh Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP), JPNS. Majlis ini diadakan bagi meraikan serta memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang, khususnya dalam pertandingan berteraskan kemahiran digital, bacaan dan pusat sumber sekolah.

Penganjuran majlis ini juga menjadi wadah untuk menghargai usaha gigih murid dan warga sekolah dalam memperkasakan pembelajaran abad ke-21, seiring dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah melahirkan murid yang fasih digital, celik maklumat dan berdaya saing global.
SSTP JPNS amat berbangga dengan pencapaian ini dan mengucapkan terima kasih kepada semua guru pembimbing, pentadbir sekolah, pegawai PPD, dan juri yang telah menjayakan program ini dengan penuh dedikasi.

Majlis untuk Sidang 1 telah disempurnakan oleh Puan Khalidah Binti Haji Omar, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan pada 5 November 2025 bertempat di Auditorium SK Bandar Sri Sendayan.

Bagi Sidang - 2 disempurnakan oleh En Mohd Aiman Bin Abdul Aziz, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Sumber Dan Teknologi Pendidikan pada 6 November 2025.

Bagi Sidang - 3 disempurnakan oleh En Moktar Bin Wahid, Timbalan Pengarah, Sektor Pengintegrasian Teknologi Pendidikan, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan pada 6 November 2025

https://photos.app.goo.gl/iCtyNKPdzEkjmD2J6 - Sidang 1
https://photos.app.goo.gl/1G8adBnjkSs87fYo7 - Sidang 2
https://photos.app.goo.gl/7hYqYnXwou2HWx3A7 - Sidang 3

17/10/2025
15/10/2025

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sedang melaksanakan Kajian Indeks Penggunaan Bahasa Kebangsaan untuk mengukur tahap penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Kajian ini dilaksanakan oleh DBP untuk merangka dasar, merancang dan melaksanakan program penggalakan penggunaan bahasa kebangsaan secara bersasar.

Sehubungan dengan hal itu, DBP ingin memohon jasa baik dan kesudian anda untuk menjawab soal selidik ini pada pautan

https://tinyurl.com/indeksbk
https://tinyurl.com/indeksbk
https://tinyurl.com/indeksbk

Tarikh akhir menjawab soal selidik adalah pada 30 November 2025. Baucar buku terbitan DBP menanti anda yang bertuah. Suara anda penting untuk masa depan kita.

📚✨ TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG! ✨📚Pertandingan Pembaca Bestari & Anugerah Tokoh NILAMPeringkat Negeri Sembilan Tahun 20...
13/10/2025

📚✨ TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG! ✨📚
Pertandingan Pembaca Bestari & Anugerah Tokoh NILAM
Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan melalui Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat cintakan ilmu sepanjang pertandingan Pembaca Bestari dan Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Negeri Sembilan 2025.

Pertandingan ini telah menghimpunkan wakil terbaik dari setiap daerah, menonjolkan kehebatan dan keperibadian murid yang bukan sahaja gemar membaca, malah mampu mengupas, menganalisis dan menginspirasi melalui pembacaan.

🏆 Tahniah kepada semua pemenang dan penerima Anugerah Tokoh NILAM Negeri Sembilan 2025!

Anda ialah wira ilmu yang bakal mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

SSTP JPNS amat berbangga dengan pencapaian ini dan mengucapkan terima kasih kepada semua guru pembimbing, pentadbir sekolah, pegawai PPD, dan juri yang telah menjayakan program ini dengan penuh dedikasi.

📖 “Membaca Memimpin Pemikiran"

📚✨ Majlis Perasmian Dekad Membaca Kebangsaan 2025 ✨📚Pada 29 September 2025, seramai 60 orang murid telah menyertai Majli...
29/09/2025

📚✨ Majlis Perasmian Dekad Membaca Kebangsaan 2025 ✨📚

Pada 29 September 2025, seramai 60 orang murid telah menyertai Majlis Perasmian Dekad Membaca Kebangsaan Tahun 2025 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang berlangsung secara atas talian.

Bagi mewakili Negeri Sembilan, Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan telah mengambil bahagian dengan bimbingan Puan Siti Fatimah dari Unit Sumber Teknologi Pendidikan (USTP), PPD Port Dickson.

Semoga inisiatif ini terus menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan murid, selaras dengan aspirasi Dekad Membaca Kebangsaan.🌟📖





SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-68Ikhlas Daripada:EN. MOHD AIMAN BIN ABDOLL AZIZKetua Penolong Pengarah Sektor Sum...
31/08/2025

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-68

Ikhlas Daripada:
EN. MOHD AIMAN BIN ABDOLL AZIZ
Ketua Penolong Pengarah
Sektor Sumber Teknologi Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-68Ikhlas Daripada:YBrs. Dr Mohd Azam bin AhmadKetua Pengarah Pendidikan Malaysia
30/08/2025

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-68

Ikhlas Daripada:
YBrs. Dr Mohd Azam bin Ahmad
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Address

Sektor Sumber Dan Teknologi Pendidikan JPN Negeri Sembilan, KM 14, Jalan Pantai
Telok Kemang
71050

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan JPN9 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan JPN9:

Shortcuts

Share