SK TAMAN DAYA 3

SK TAMAN DAYA 3 Sekolah Kebangsaan Taman Daya 3 (SKTD3) merupakan sekolah yang melahirkan anak-anak murid yang cemerlang dari aspek Akademik, Kokurikulum dan Sahsiah.

10/08/2026
Salam Inspirasi Kemenjadian Murid D3 Syabas & Tahniah ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️Nur Sarah Alysha Binti AbdullahMewakili Kontinjen JOHOR ...
31/07/2026

Salam Inspirasi
Kemenjadian Murid D3

Syabas & Tahniah ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Nur Sarah Alysha Binti Abdullah
Mewakili Kontinjen JOHOR
SIMPOSIUM
Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS)
Tahap Bongsu Peringkat Kebangsaan
2026 .
Nur Sarah Alysha diberi kepercayaan untuk menjadi Pengacara Majlis Penutupan Rasmi Simposium tersebut.

Pangkalan Tentera Laut
Diraja Malaysia
LUMUT, PERAK .
27- 30 JULAI 2026

🩵
D3 🩵

Salam Ikon Inspirasi 🌷Alhamdulillah, sekali lagi D3 melakar kejayaan di PERSADA KEBANGSAAN menerusi Anugerah Ikon Inspir...
29/07/2026

Salam Ikon Inspirasi 🌷

Alhamdulillah, sekali lagi D3 melakar kejayaan di PERSADA KEBANGSAAN menerusi Anugerah Ikon Inspirasi Pembimbing Rakan Sebaya Peringkat Kebangsaan 2026.

Dengan penuh rasa syukur dan bangga, dimaklumkan bahawa Nur Sarah Alysha binti Abdullah, murid 6 Alexandria, telah berjaya meraih Naib Johan bagi kategori Ikon Inspirasi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan.

Penghargaan & Terima Kasih kepada
Guru Besar, Puan Hamidah binti Ali, barisan pentadbir, guru-guru, ibu bapa serta semua pihak yang sentiasa memberikan dorongan dan kepercayaan kepada kami.

Sesungguhnya, kejayaan ini merupakan hasil usaha, doa dan sokongan seluruh warga D3.

🌷

Alhamdulillah, another meaningful chapter has come to an end as our Choral Speaking team concluded its journey at the Di...
29/07/2026

Alhamdulillah, another meaningful chapter has come to an end as our Choral Speaking team concluded its journey at the District-Level Competition.

Official Result:
Participation

This achievement is the result of a collective effort, and we are truly grateful to everyone who walked this journey with us.

To our school administrators, especially Pn Hamidah, thank you for your constant encouragement and confidence in our team. To our PIBG, thank you for your invaluable support throughout this journey.

To our dedicated coaching team, Miss Anne, Miss Adeliya, and Miss Izzaty, thank you for your commitment, teamwork and tireless dedication behind the scenes.

Every competition is more than just a result. It is an opportunity to grow, to learn and to become better than we were yesterday.

Thank you to everyone who believed in us and kept us in your prayers. May Allah continue to bless our efforts and guide us towards even greater achievements in the future.

D3 signing out, thank you 💔
🩵

Salam Inspirasi 🌷Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Daya 3 atas Penca...
28/07/2026

Salam Inspirasi 🌷

Setinggi-tinggi tahniah
dan penghargaan kepada
Unit Bimbingan dan Kaunseling
SK Taman Daya 3 atas
Pencapaian CEMERLANG menerima Penarafan 4 Bintang ⭐️⭐️⭐️⭐️
dalam Penarafan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Projek S’RoJa Kohort 2 – Support Resources Our Journey Achievement Kohort 2 Tahun 2025. Anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Pada 27 Julai 2026
Guru Besar & PK HEM serta
Seorang GBK yg diwakili oleh
Cikgu Muhd Muzzamil dijemput hadir ke
ADTEC JTM Kampus Batu Pahat,
JOHOR Untuk menerima anugerah tersebut .

Pencapaian ini merupakan hasil daripada komitmen, kesungguhan, kreativiti dan kerja berpasukan yang tidak pernah mengenal erti penat dalam memberikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang terbaik kepada seluruh warga D3 .

🩵
🩵

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Salam Membina Kemenjadian Murid 💥Alhamdulillah, syukur ke...
26/07/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Salam Membina Kemenjadian Murid 💥

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan SK Taman Daya 3 merangkul JOHAN
Pertandingan Scratch Kembara Wira Alam Peringkat Negeri Johor.

Penghargaan &
Terima Kasih Terima kasih kepada
Pn Hamidah Binti Ali, Guru Besar
barisan pentadbir, guru-guru, ibu bapa serta semua yang sentiasa memberi dorongan kepada pasukan kami.

Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama, komitmen yang tinggi dan semangat berpasukan yang luar biasa. Walaupun ini merupakan kali pertama penyertaan. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat murid² untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.

Tahniah buat semua yang terlibat. Kejayaan ini adalah milik kita bersama. 🏆🎉

"Tiada Yang Mustahil, Hanya Belum Diusahakan." 💙

Salam Inspirasi Membina Kenenjadian Murid 💥Pertandingan Bicara Berirama Daerah Pasir Gudang 2026 . Tahniah & Syabas team...
26/07/2026

Salam Inspirasi
Membina Kenenjadian Murid 💥

Pertandingan Bicara Berirama
Daerah Pasir Gudang 2026 .

Tahniah & Syabas team Bicara Berirama sekolah iaitu Cg Shazwan, Cg Sri, Cg Najihah, Cg Afza & Cg Azrin.
Terima kasih Barisan Pentadbir
terutama Pn Hamidah Binti Ali yang sentisa memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak bicara.
Terima kasih PIBG sekolah.
Terima kasih Para Ibu Bapa
terima kasih, terima kasih semua.

Salam Inspirasi 🌷Membina Kemenjadian Murid D3 KEPUTUSAN WSSA 2026 SUTERA MALL JOHOR AMATEUR STACK CLASSIC SPORT STACKING...
21/07/2026

Salam Inspirasi 🌷
Membina Kemenjadian Murid D3

KEPUTUSAN WSSA 2026 SUTERA MALL JOHOR AMATEUR STACK CLASSIC SPORT STACKING CHAMPIONSHIP

Head to head (Acara berkumpulan) :
Johan

Individu :

1. Amira Naira Sumayyah binti Hafiz
tempat ketiga 3-3-3, 3-6-3 dan cycle

2. Nur Qamelia Ufairah binti Mohd Fais
tempat ke-5 3-6-3

3. Mohamad Faiq Rayyan bin Mohd Firdaus
tempat ke-4 3-3-3 dan 3-6-3, tempat ketiga cycle

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Guru Besar SKTD3, Pn. Hamidah Bt. Ali,
PK Pendidikan Khas
En. Mohd Farhan Bin Asari
serta semua Guru penolong kanan atas bimbingan, kerjasama, kemudahan dan galakan yang diberikan sepanjang kejohanan diadakan. Tidak lupa pada rakan-rakan guru yang membantu secara langsung dan tidak langsung sepanjang tempoh ini. Moga Allah dapat membalas kebaikan kita semua. Terima kasih .

🌷
🌷

Salam Inspirasi 🌷Membina Kemenjadian Murid D3 Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, hari ini kami sekali lagi menerima s...
21/07/2026

Salam Inspirasi 🌷
Membina Kemenjadian Murid D3

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, hari ini kami sekali lagi menerima satu khabar yang amat membahagiakan. Nur Sarah Alysha telah berjaya terpilih dalam kelompok 10 peserta terbaik yang akan mewakili Kontinjen Negeri Johor ke Peringkat Kebangsaan.

Di sebalik sebuah kejayaan, pasti ada ramai insan yang tidak pernah jemu menghulurkan tangan, menyuntik semangat, mendoakan dan membimbing tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Guru Besar, barisan pentadbir serta seluruh warga guru SK Taman Daya 3 yang sentiasa percaya, menyokong dan bersama-sama menggilap potensi anak-anak. Setiap teguran, nasihat, idea, doa dan pengorbanan kalian menjadi kekuatan yang tidak ternilai dalam perjalanan ini.

Kejayaan ini bukan hanya milik seorang murid, tetapi adalah kejayaan seluruh warga sekolah. Ia membuktikan bahawa apabila sebuah sekolah bergerak sebagai satu pasukan, tiada yang mustahil untuk dicapai.

Seorang Pembimbing Rakan Sebaya yang sebenar bukan dinilai melalui sijil atau trofi semata-mata, tetapi melalui kelembutan adabnya, keikhlasan hatinya, kebijaksanaan ilmunya dan kesungguhannya dalam memberi manfaat kepada orang lain.

Semoga langkah kecil hari ini menjadi permulaan kepada kejayaan-kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan. Moga Allah SWT terus mempermudahkan segala urusan, mengurniakan kekuatan dan memberkati setiap usaha yang telah dicurahkan.

Terima kasih kerana sentiasa percaya. Terima kasih kerana sentiasa bersama. Doakan agar Nur Sarah Alysha dapat mengharumkan nama Johor dan SK Taman Daya 3 di pentas kebangsaan. 🤍✨

Address

Jalan Sagu 36
Tebrau
81100

Opening Hours

Monday 07:15 - 18:00
Tuesday 07:15 - 18:00
Wednesday 07:15 - 18:00
Thursday 07:15 - 18:00
Sunday 07:15 - 18:00

Telephone

073532794

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK TAMAN DAYA 3 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK TAMAN DAYA 3:

Shortcuts

Share

Category