29/06/2020
ππππππππππ ππππππ ππππ πππ, π πππππ ππππ
Menjelang pembukaan prasekolah, tabika serta tadika kerajaan dan swasta, yang dijadual bermula Rabu ini (1 Julai), ibu bapa semestinya sibuk menguruskan persiapan anak-anak selepas lebih tiga bulan tidak ke sekolah, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Pihak pengurusan memainkan peranan utama memastikan pusat pendidikan itu bersedia, dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi menjamin keselamatan si cilik, semasa waktu pembelajaran.
Aspek jarak sosial, pergaulan murid serta kebersihan sekolah perlu diberi perhatian, apa lagi melibatkan kanak-kanak yang sentiasa aktif dan gemar melakukan aktiviti bersama rakan-rakan.
Diharapkan pihak pengurusan, guru dan ibu bapa dapat mematuhi sepenuhnya SOP yang telah ditetapkan demi keselamatan anak-anak.