Jabatan Penyelidikan dan Inovasi KV Tawau

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi KV Tawau

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Penyelidikan dan Inovasi KV Tawau, Educational Research Center, KOLEJ VOKASIONAL TAWAU, Tawau.

05/12/2025

TERKINI | Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, Kolej Vokasional Tawau berjaya menganjurkan Kolokium Kajian Tindakan Peringkat Zon Sabah dan W.P. Labuan 2025, yang menjadi platform penting untuk para pensyarah berkongsi amalan terbaik, mempamerkan hasil kajian tindakan serta memperkukuh budaya penyelidikan dalam kalangan warga pendidik.

Sebanyak 31 penyertaan melibatkan 66 peserta telah diterima daripada tujuh Kolej Vokasional di zon berkenaan, iaitu:

Kolej Vokasional Tawau
Kolej Vokasional Lahad Datu
Kolej Vokasional Sandakan
Kolej Vokasional Sandakan 2
Kolej Vokasional Likas
Kolej Vokasional Kudat
Kolej Vokasional Labuan

Setiap peserta telah membentangkan dapatan kajian tindakan masing-masing dalam sesi pembentangan profesional. Penilaian dilakukan oleh enam juri berpengalaman dari IPG, Politeknik dan UiTM Tawau:

Dr. Jamilah Binti Ahmad (IPG Tawau)
Dr. Richeal Phil Thien Kim How (IPG Tawau)
Ts. Dr. Tshin Lip Vui (Politeknik Tawau)
Dr. Muhammad Sayuti Bin Sabdan (Politeknik Tawau)
En. Mohd Azmi Bin Juan (Politeknik Tawau)
Tn. Haji Muliyadi Bin Haji Guililing (UiTM Tawau)

Penganjuran kolokium ini bukan sahaja meningkatkan mutu penulisan kajian tindakan dalam kalangan pensyarah, malah memperluas jaringan kolaborasi akademik antara kolej-kolej vokasional di seluruh zon Sabah dan Labuan.

Kolej Vokasional Tawau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua institusi, penyelidik dan juri yang terlibat. Diharapkan program ini terus menyemarakkan budaya penyelidikan, inovasi serta kecemerlangan profesional dalam kalangan pensyarah Kolej Vokasional.

04/12/2025

Selamat maju jaya kepada semua peserta!
Hari ini berlangsungnya

✨ ️Kolokium Kajian Tindakan Kolej Vokasional Peringkat Zon Sabah & WP Labuan 2025 ✨️

πŸ—“ 4 Disember 2025
⏰️ 7.00 pagi hingga 4.30 petang
πŸ“ BMG1 dan English Lab, Kolej Vokasional Tawau.

Semoga segala pembentangan berjalan lancar dan menjadi perkongsian yang bermanfaat untuk semua.

Tahniah kepada semua yang terlibat dan selamat berkolokium! πŸŽ‰

03/12/2025
03/12/2025

πŸ“ŒπŸ”₯HEBAHAN

PANGGILAN TEMU DUGA KEMASUKAN SVM 2026
Bagi calon yang telah memohon secara online Dan melalui tapisan kemasukan.

Hanya calon dalam Senarai Semakan Online yang layak temu duga akan dimaklumkan melalui platform Whatsapp/ panggilan Telefon dan e-mel.

✏️Temuduga akan diadakan pada:
πŸ“…1 Disember 2025 (Isnin) - Temuduga Berpusat bagi semua calon
πŸ“…2- 5 Disember 2025 (Selasa -Khamis) : Temuduga mengikut Program masing-masing.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Cikgu Kholik : 019-583 7284

Terima kasih.




31/10/2025

With Kolej Vokasional Tawau – I just got recognised as one of their top fans! πŸŽ‰

31/10/2025

πŸ“’ MAKLUMAN PENTING!
Tarikh penghantaran Kolokium Kajian Tindakan Peringkat Kolej Vokasional Zon Sabah & WP Labuan 2025 telah DILANJUTKAN! πŸŽ‰

Kini anda masih berpeluang untuk menyertai dan berkongsi hasil kajian tindakan terbaik anda! πŸ’‘

πŸ“š Kategori Kajian:
πŸ”Ή Inovasi Pengajaran & Pembelajaran
πŸ”Ή Peningkatan Kemahiran Murid/Pelajar
πŸ”Ή Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan
πŸ”Ή Pembudayaan Digital

πŸ—“ TARIKH TERKINI:
πŸ“Œ 20 November 2025 – Tarikh akhir hantar penyertaan & abstrak
πŸ“Œ 24 November 2025 – Tarikh akhir penghantaran penulisan penuh
πŸ“Œ 3 & 4 Disember 2025 – Hari pertandingan

πŸ† Hadiah menarik menanti!
Utama: πŸ₯‡ PLATINUM
Serta GOLD, SILVER & BRONZE

πŸ“² Daftar & rujuk syarat penyertaan melalui kod QR pada poster!

πŸ“ž Sebarang pertanyaan:
Cikgu Fadilah – 0198022501
Cikgu Christine – 0126428620

πŸ’« Dianjurkan oleh:
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, Kolej Vokasional Tawau

Want your school to be the top-listed School/college in Tawau?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


KOLEJ VOKASIONAL TAWAU
Tawau
91021