07/07/2026
7.7.2026 | Kolaborasi bersama Yayasan Sabah.
Perkembangan teknologi digital telah membuka pelbagai peluang ekonomi kepada masyarakat melalui platform dalam talian. Salah satu kaedah menjana pendapatan yang semakin popular ialah pemasaran affiliate (Affiliate Marketing), iaitu aktiviti mempromosikan produk atau perkhidmatan melalui pautan khas dan menerima komisen bagi setiap jualan atau tindakan yang berjaya dilakukan. Seiring dengan aspirasi negara dalam memperkasakan ekonomi digital dan meningkatkan literasi teknologi, pendedahan telah diberikan tentang konsep pemasaran affiliate, strategi pemasaran digital,penggunaan media sosial serta kaedah menjana pendapatan secara sah dan beretika melalui platform digital kepada 200 pelajar Kolej Tingkatan Enam Prauniversiti Tawau.
Dengan kerjasama pihak Yayasan Sabah, Zon Pantai Timur Selatan dengan Kolej Tingkatan Enam Prauniversiti Tawau telah mengadakan perkongsian ilmu bertemakan " TRANSFORMASI DIGITAL KOMUNIKASI BERKESAN : JANA INCOME AFFILIATE" bersama En. SAIFUL MAUN seorang Pempengaruh Media Sosial Sabah.
Semoga program ini dapat membuka minda dan peluang kepada pelajar kolej untuk menjana pendapatan pasif dari Affiliate.