SMK Tawau, Tawau

SMK Tawau, Tawau Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau, Tawau, Sabah.

[MAJLIS ANIGERAH KECEMERLANGAN SMK TAWAU 2025]Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa Majlis Anugerah Kec...
08/04/2026

[MAJLIS ANIGERAH KECEMERLANGAN SMK TAWAU 2025]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Tawau Tahun 2025 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 9 April 2026 (Khamis)
โฐ Masa: 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Sri Tawau

Majlis ini akan dirasmikan oleh:
Puan Indang Kasi binti Hj. Sibin A.D.K

Sehubungan itu, semua pelajar, guru serta ibu bapa yang terlibat dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini.

Kerjasama dan kehadiran tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Tahniah kepada semua pelajar SPM 2025
31/03/2026

Tahniah kepada semua pelajar SPM 2025

[PROGRAM RAMADAN MADANI YaPIEM 2026]HARI/TARIKH : SABTU 28 FEBRUARI 2026MASA:5.00 PETANG - 7.00 MALAMTEMPAT: SURAU ANNUR...
11/03/2026

[PROGRAM RAMADAN MADANI YaPIEM 2026]

HARI/TARIKH : SABTU 28 FEBRUARI 2026
MASA:5.00 PETANG - 7.00 MALAM
TEMPAT: SURAU ANNUR SMK TAWAU

Setiap sumbangan yang diberikan amat bermakna kepada anak-anak pelajar kerana ia bukan sahaja membantu memenuhi keperluan mereka, malah memberi semangat dan kegembiraan. Apatah lagi dalam bulan Ramadan yang penuh rahmat, setiap amal kebaikan digandakan pahalanya dan menjadi ladang pahala yang berterusan๐Ÿค๐Ÿ˜Š

[SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH 1447H/2026M]HARI/TARIKH : JUMAAT (6/3/2026)TEMPAT :DSKN & SURAU ANNUR SMK TAW...
08/03/2026

[SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH 1447H/2026M]

HARI/TARIKH : JUMAAT (6/3/2026)
TEMPAT :DSKN & SURAU ANNUR SMK TAWAU
MASA : 6.40 PAGI - 7.30 PAGI DAN 1.05 PETANG - 2.30 PETANG

Nuzul Al-Quran bukan sekadar peristiwa sejarah, tetapi peringatan agar kita terus membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan seharianโœจ๐Ÿค.

Bersama-sama kita membanteras buli. Buli bukan gurauan. Lapor segera kepada guru.
04/03/2026

Bersama-sama kita membanteras buli. Buli bukan gurauan. Lapor segera kepada guru.

[PENGUMUMAN RASMI MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SESI 2025/2026 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAWAU]As...
26/02/2026

[PENGUMUMAN RASMI MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SESI 2025/2026 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAWAU]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sesi 2025/2026 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 28 Februari 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•– Masa: 7.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Sekolah (DSKN), SMK Tawau

Majlis ini akan disempurnakan oleh:
Tn. Matnoor bin Hj. Sima
Pegawai Pendidikan Daerah Tawau

Sehubungan dengan itu, semua ibu bapa dan penjaga dijemput hadir bagi bersama-sama menyumbang idea, pandangan dan sokongan demi kecemerlangan anak-anak serta memperkukuh kerjasama antara pihak sekolah dan komuniti.

Kehadiran dan komitmen tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Kami seluruh warga SMK Tawau menyokong RPM 2026-2035 dengan penuh komited.
24/02/2026

Kami seluruh warga SMK Tawau menyokong RPM 2026-2035 dengan penuh komited.

Kepada semua ibu bapa, jangan lupa janji temu kita!
24/02/2026

Kepada semua ibu bapa, jangan lupa janji temu kita!

13/02/2026
12/02/2026

Debaran kejuaraan TSOS 2026..
Pertembungan kejuaraan berterusan petang ni.. Jom saksikan dan berikan sokongan..

Sambil mencari bakat atlet baru, kita kukuhkan silaturrahim dan perpaduan antara warga SMK Tawau..

Perkasa ๐Ÿ’š
Pendekar ๐Ÿ’™
Satria ๐Ÿ’›
Wira โค๏ธ






Pungutan Pingat hari pertama Temasya Sukan Olahraga peringkat Smk Tawau Tahun 2026
10/02/2026

Pungutan Pingat hari pertama Temasya Sukan Olahraga peringkat Smk Tawau Tahun 2026

[TEMASYA SUKAN OLAHRAGA KALI KE-60SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAWAU]Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Dengan segala ho...
09/02/2026

[TEMASYA SUKAN OLAHRAGA KALI KE-60
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAWAU]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Temasya Sukan Olahraga Kali Ke-60 Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh:
10 Februari 2026 (Selasa)
11 Februari 2026 (Rabu)
12 Februari 2026 (Khamis)
13 Februari 2026 (Jumaat)

Masa:
6.30 pagi โ€“ 5.30 petang (10โ€“12 Februari 2026)
6.30 pagi โ€“ 11.30 pagi (13 Februari 2026)

Majlis ini akan disempurnakan oleh YB Datuk Rina Hj. Jainal, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.70 Kukusan merangkap Pembantu Menteri Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Sabah.

Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa pemakaian murid sepanjang temasya sukan berlangsung adalah baju Ikon mengikut ketetapan pihak sekolah.

Selain itu, pihak sekolah turut menyediakan kemudahan gerai makanan (food truck) bagi memeriahkan suasana temasya. Setiap rumah sukan akan menampilkan tema vendor terkemuka di Tawau yang pastinya menarik perhatian warga sekolah. Nantikan kemeriahannya.

Kerjasama dan sokongan semua pihak amatlah dihargai demi memastikan kelancaran dan kejayaan temasya ini.

Sekian, terima kasih.

Address

SMK Tawau, Jalan Guru
Tawau
91000

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Tawau, Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category