07/12/2025
TAWAU | PROGRAM SAMBUTAN HARI KELUARGA KAFA IPD TAWAU 2.0 TAHUN 2025
Tarikh : 06 Disember 2025
Hari : Sabtu
Masa : 7.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Shan Shui Resort, Tawau
1.0 PENGENALAN
Program Hari Keluarga KAFA IPD 2.0 Tahun 2025 merupakan program tahunan yang bertujuan mengeratkan hubungan antara murid, ibu bapa dan guru-guru KAFA IPD. Program ini dirangka bagi mengukuhkan ukhuwah, memupuk kerjasama serta mewujudkan suasana pembelajaran luar bilik darjah yang ceria dan menyeronokkan. Melalui penglibatan aktif ibu bapa dalam aktiviti sukaneka, hubungan kekeluargaan dan komuniti dapat dipertingkatkan.
2.0 OBJEKTIF PROGRAM
1. Mengukuhkan hubungan silaturrahim antara murid, ibu bapa dan guru.
2. Memupuk semangat kesukanan serta kerjasama antara keluarga.
3. Memberi peluang kepada ibu bapa untuk terlibat secara langsung dalam program sekolah.
4. Mewujudkan suasana pembelajaran luar bilik darjah yang sihat dan menyeronokkan.
5. Memperkukuhkan perpaduan dalam komuniti KAFA IPD.
3.0 SASARAN PESERTA
- Murid KAFA IPD
- Ibu bapa / penjaga / ahli keluarga
- Guru dan urusetia KAFA IPD
- Pegawai-pegawai jemputan IPD Tawau dan JAKIM
- Jumlah keseluruhan peserta: 257 orang
4.0 TETAMU YANG TURUT HADIR
Turut hadir memeriahkan dan menyempurnakan program ini ialah Ustaz Armin Bin Bausing – Penyelia KAFA Daerah Tawau 3, Ustaz Muhd Abqari Bin Jumil – Ketua Cawangan Agama BIPS IPD Tawau, Ustaz Mohd Shairoul Nezam Bin Anuar – Pengerusi KAFA IPD Tawau, ASP Ziqri Rayyan Rayner Bin Pius – Ketua Bahagian Pengurusan IPD Tawau, ASP Hasdianti Binti Hj Kasdi – Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau, Sarjan Mohd Fadzil Bin Abdul Rahman – Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Tawau, Sarjan Baha Bin Muhamma – Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Tawau, En. Faizal Bin Mohamad – Presiden SPACSU IPD Tawau, Pegawai-pegawai kanan IPD Tawau, JAKIM Cawangan Tawau, Ibu bapa/penjaga, ahli keluarga serta murid-murid KAFA IPD yang diraikan
5.0 KEHADIRAN
Kategori Bilangan
- Murid 75 orang
- Ibu bapa / ahli keluarga 170 orang
- Guru / Urusetia 12 orang
- Jumlah Keseluruhan : 257 orang
6.0 ATUR CARA PROGRAM
7.00 pagi – Ketibaan peserta & pendaftaran
7.45 pagi – Ucapan alu-aluan & Perasmian
8.15 pagi – Senamrobik ringkas
8.30 pagi – Sukaneka murid
9.30 pagi – Sukaneka keluarga
11.30 pagi – Penyampaian hadiah & cabutan nombor bertuah
12.30 tengah hari – Jamuan dan makan tengahari
2.00 petang – Bersurai
7.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN
1. Sukaneka Murid – Masukkan straw dalam botol, pasing tepung, lumba kotak dan lain-lain.
2. Sukaneka Keluarga – Masukkan straw dalam botol, tarik tali dan lain-lain.
3. Cabutan Bertuah – Terbuka kepada semua peserta.
4. Penyampaian Hadiah – Mengikut kategori dan kumpulan.
Semua aktiviti berjalan lancar dan mendapat sambutan yang sangat baik daripada peserta.
8.0 RINGKASAN PELAKSANAAN
Program ini berlangsung dengan penuh meriah dan mendapat kerjasama baik daripada semua pihak. Kehadiran peserta yang ramai menjadikan suasana lebih hidup dan bermakna. Walaupun terdapat beberapa cabaran kecil seperti pergerakan peserta yang padat, program tetap dapat dilaksanakan dengan teratur hasil bantuan guru dan ibu bapa.
10.0 PENUTUP
Program Hari Keluarga KAFA IPD 2.0 Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh jayanya. Pihak penganjur merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan terus menjadi platform untuk mengeratkan hubungan sesama komuniti KAFA IPD.