29/04/2022
MISI TERAKHIR UNTUK RAMADHAN KALI INI, TERIMA KASIH SEMUA
Misi kali ini merupakan misi yang terakhir untuk ramadhan kali ini. Bermula daripada 11 malam, semua krew dan sukarelawan berkumpul di Masjid Jamek Kg Ranggu untuk persiapan rewang dan pembungkusan makanan. 200 pax makanan disediakan untuk juadah bersahur.
Lebih kurang pukul 2.45 pagi, semua pasukan bergerak ke destinasi agihan kali ini iaitu di kawasan kebakaran Batu 4, Tawau, Sabah. Agihan kali ini ditemani dengan hujan renyai-renyai di Tawau, tapi syukur program berjalan dengan lancar.
Untuk misi kali ini, dengan sumbangan yang kalian berikan, dapat mengumpulkan RM6,094.7 dan diagihkan untuk misi agihan berbuka dan sahur. Sebanyak 2,020 bungkus makanan telah disediakan sepanjang misi berlangsung. Berikut merupakan senarai aktiviti agihan kali ini :
1. 140 tapau buka puasa - mangsa kebakaran tawau lama
2. 320 tapau buka puasa - mangsa kebakaran batu 4
3. 150 tapau bubur lambuk - tapak pelupusan sampah
4. 100 tapau buka puasa - sekolah alternatif
5. 260 tapau sahur - mangsa kebakaran batu 4
6. 200 tapau buka puasa - batu 4
7. 250 tapau sahur - batu 4 (kerjasama dengan Sedulur Team)
8. 400 tapau sahur - batu 4 (kerjasama dengan Tawau Prihatin)
9. 200 tapau suhur - batu 4 (kerjasama dengan Masjid Jamek Kg Ranggu)
Terima kasih kami ucapkan buat semua yang terlibat untuk program kali ini. Terima kasih kepada semua penyumbang yang memberikan kepercayaan untuk kami menjalankan misi ini. Terima kasih kepada semua sukarelawan yang turun ke lapangan untuk menyediakan makanan serta mengagihkan di destinasi terpilih. Dan terima kasih kepada semua yang telah bantu kami untuk menyebarkan poster sumbangan sebelum ini. Terima kasih semua.
Semoga segala amal kita diterima Allah swt. InshaAllah. Teruskan bersama kami di page ini untuk aktiviti-aktiviti yang akan datang. Jangan lupa like dan share posting ini untuk informasi kepada semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri kami ucapkan kepada semua.
Terima kasih kepada semua rakan penganjur : Masjid Hidayah Al Mustaqim Batu 4, Vitaminbae, Sedulur, Tawau Prihatin.