02/02/2026
Program Gotong Royong bersama PIBG
13.01.2026 - Selasa
Program Gotong-Royong Bersama PIBG
π
13.01.2026 (Selasa)
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Team 5G atas komitmen dan kerjasama dalam penyediaan makanan sepanjang program berlangsung. π
Program ini turut melibatkan aktiviti memasak secara gotong-royong serta pengemasan dan susun atur kelas anak-anak bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dan menyumbang tenaga demi kebaikan anak-anak kita. πͺβ¨
24/10/2025
π²πΎπββοΈ HARI SUKAN NEGARA 2025 πββοΈπ²πΎ
Peringkat SK Brantian
π
11 Oktober 2025 (Sabtu)
Pelbagai aktiviti sukan dan komuniti telah dijalankan sempena sambutan Hari Sukan Negara 2025 di SK Brantian! πͺβ¨
Antara acara yang berlangsung:
π Senamrobik
πββοΈ Merentas Desa (Tahun 3 β 6, Lelaki & Perempuan)
π Bola Tampar (PIBG)
Bunga Ros
Bunga Matahari
Bunga Mawar
πΉ Memanah Barebow (Berkumpulan) β Tahap 2
π€ Program Komuniti Bersama Anggota Tentera
Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua guru, ibu bapa, PIBG, murid serta anggota tentera yang turut sama menjayakan HSN 2025 dan program komuniti kali ini.
Semoga semangat kesukanan dan perpaduan terus subur di SK Brantian! π²πΎπ
08/10/2025
πΊ ππππ πππππππ, ππππ ππππππππ πΊ
Yang diraikan: Cikgu Sahar Side
π
Hari: Jumaat | 03.10.2025
π Masa: 8.00 pagi
π« Tempat: Dewan Amanda
Majlis Perpisahan Cikgu Sahar ke SK Sungai Haji Matahir
"Budi Disemai, Jasa Dikenang"
(2008 β 2025)
Hilang lagi seorang guru yang sangat berdedikasi, tenang dan berwibawa.
Selama 17 tahun berkhidmat di SK Brantian, Cikgu Sahar telah banyak menyumbang tenaga, masa dan idea demi kemajuan sekolah.
Beliau juga sentiasa menjadi tulang belakang dan penyokong kuat Team PIBG, sehingga lahirnya Team Ibu Santai 5G yang menjadi simbol semangat kebersamaan antara guru dan ibu bapa.
Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan, cikgu Sahar Side.
Semoga terus sukses, maju jaya dan terus menyemai budi di tempat baharu. πΈβ¨
08/10/2025
π JELAJAH ASPIRASI 2025 ZON SABAH
π SK Brantian
π
13 September 2025 (Sabtu)
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Team Ibu Santai 5G π
atas komitmen dan semangat gotong-royong menyediakan hidangan untuk lebih 300 orang sempena program Jelajah Aspirasi 2025 Zon Sabah.
Usaha gigih dan sokongan padu daripada ibu-ibu hebat ini menjadi bukti kukuh semangat kebersamaan dan keprihatinan terhadap program sekolah. β€οΈ
Terima kasih juga atas sokongan tidak berbelah bahagi kepada PIBG SK Brantian. Semoga semangat ini terus mekar demi kejayaan bersama! πβ¨
26/09/2025
πππππ ππππππππππ & πππππ ππππππ ππππ
Majlis Penutupan
π
11 September 2025 (Khamis)
π Dewan Amanda
Terima kasih diucapkan kepada Team Ibu Santai 5G atas kerjasama dan kreativiti dalam persiapan hiasan dewan.
Penghargaan juga diberikan kepada guru-guru dan para pelajar yang terlibat menjayakan aktiviti sepanjang Bulan Kebangsaan & Bulan Bahasa 2025.
Semoga usaha dan semangat ini terus menyemarakkan kecintaan kita terhadap bahasa dan negara. π²πΎβ¨
13/09/2025
JELAJAH ASPIRASI 2025 ZON SABAH DI SK BRANTIAN
09/09/2025
π€πΏ GOTONG-ROYONG MADANI 2025 πΏπ€
π
9 Ogos 2025 (Sabtu)
π 8.00 pagi β 12.30 tengah hari
π Terima kasih kepada semua ibu bapa, ahli Pengakap Kelana, serta anggota tentera yang hadir dan bersama-sama menjayakan Gotong-royong Madani kali ini.
π Tidak dilupakan, penghargaan khusus kepada Team PIBG, Ibu Santai & 5G yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam setiap program sekolah.
β¨ Inilah bukti semangat Madani yang kita junjung bersama β bersatu hati, berganding bahu demi kebersihan dan kesejahteraan anak-anak kita.
Semoga kerjasama dan semangat ini sentiasa diamalkan demi kecemerlangan bersama. πͺπ
09/09/2025
βΊοΈβ¨ PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM 2025 β¨βΊοΈ
π
24 β 26 Julai 2025 (Khamis β Sabtu)
π SK Brantian
ππΌ Jutaan terima kasih kepada PIBG, Team Ibu Santai & 5G yang telah menyediakan hidangan sepanjang perkhemahan ini.
Semoga perkhemahan 3 hari 2 malam ini menjadi rintis dalam membina jati diri, disiplin dan kemenjadian murid. π
04/09/2025
π TEAM SUKARELAWAN π
π
22.07.2025 (Rabu)
π Taklimat Perkhemahan UB SK Brantian, Tawau
Aktiviti hari ini:
π Team ditugaskan untuk berbelanja bahan mentah
π½οΈ Menguruskan makan & minum pelajar serta pegawai sepanjang perkhemahan
ππΌ Terima kasih diucapkan kepada Team gabungan Ibu Santai & 5G yang sentiasa bertungkus-lumus dan ringan tulang membantu.
Semoga semangat kesukarelawanan ini terus subur demi anak-anak kita πͺβ¨
04/09/2025
π¨ GENG BAPA SK BRANTIAN π¨
π
18.07.2025 β 23.08.2025
Hasil tangan hebat Geng Bapa πͺπΌ :
β
Menyediakan 4 meja & 8 kerusi baharu
β‘οΈ Untuk menambah meja kantin murid
β‘οΈ Demi keselesaan murid ketika waktu rehat
β¨ Terima kasih tidak terhingga kepada Geng Bapa yang bertungkus-lumus menyiapkan meja & kerusi ini.
Meskipun sibuk dengan tugas di siang hari, mereka tetap meluangkan masa pada sebelah malam demi keselesaan anak-anak kita. ππΌ
ππΌ Syabas & tahniah GENG BAPA!
04/09/2025
π SUKARELAWAN 5G π
π
08.07.2025 (Selasa)
π Bilik AKSES
Aktiviti hari ini:
1οΈβ£ Mengemas bilik AKSES
2οΈβ£ Memindahkan peralatan komputer (dari bilik Gerakan PIBG)
3οΈβ£ Menyusun atur komputer
4οΈβ£ Menceriakan bilik komputer
5οΈβ£ Belajar menggunakan komputer
ππΌ Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.
Teruskan kepantasan & semangat SUKARELAWAN 5G SK BRANTIAN πͺπ½β¨