Teacher Vironica

Teacher Vironica

Share

Di page ini saya kongsikan tips & tutorial menarik tentang AI dengan percuma. Dapatkan ilmu & prompts AI dengan percuma di sini. Jangan lupa follow ๐Ÿฅฐ

Photos from Teacher Vironica's post 31/05/2026

Hari ini saya kebetulan berada di Kingโ€™s Cross St Pancras International Station untuk survey platform train ke Paris esok.

Sekali, baru perasan ibu pejabat Google St Pancras pun ada di kawasan sini. Jadi saya dengan kawan pun singgah lepak sekejap di square depan Google sambil hilangkan penat.

Duduk depan Google ni terus terfikir satu benda:

Cikgu sebenarnya tidak perlu sistem yang susah atau over canggih utk dijadikan sistem digital dan pro.
Kadang-kadang cukup guna tools Google saja

Contohnya:
โœ… Google Forms + Sheets boleh jadi sistem tempahan bilik khas.

โœ… Google Sheets boleh jadi dashboard kehadiran murid.

โœ… Google Slides boleh jadi game klik-klik dalam kelas.

โœ… Google Sites boleh jadi portal kelas premium.

โœ… Google Drive boleh jadi galeri evidens PBD.

โœ… Google Docs + Gemini boleh jadi template laporan auto kemas.

โœ…Gemini boleh jadi pembantu idea cikgu.

Semua ini nampak fancy, tapi masih mudah dibuat. Saya kongsikan dalam poster-poster ini idea ringkas yang cikgu boleh terus cuba.

Tutorial untuk Sistem Tempahan Bilik Khas saya pin di komen pertama.

Photos from Teacher Vironica's post 30/05/2026

Catatan Hari Ini โ€” 29 Mei 2026
Bermula di Buckingham Palace, diikuti dengan...
โ†’ St James Park
โ†’ Trafalgar Square
โ†’ Victoria Station
โ†’ Westminster Abbey
โ†’ Big Ben
โ†’ London Eye

Hari ini kami sempat tgk Changing of the Guard di Buckingham Palace. Ramai gila manusia berbaris utk tgk guards ๐Ÿ˜…

Itu baru guards. Belum lagi Prince William yg keluar. Kalau dia keluar, mungkin semua org di situ terus lupa tujuan hidup masing2.

Lepas tgk changing of guards, saya dan Siti Khadijah Mohd Zain melepak sekejap di depan Buckingham Palace, ambil gambar secukupnya, sebab kalau tidak ambil gambar, nanti mcm tiada bukti suda smpi ke Buckingham kan. Hidup moden memang begitu. Bukti bergambar itu sgt penting.

Lepas puas berdiri dpn Buckingham Palace, kami terus jalan kaki ke St James Park, kemudian sambung ke Trafalgar Square.

Dlm perjalanan, kami sempat grab sandwich di St James Park. Sandwich di sini mmg sgt sihat. Tiada drama, tiada sos cili, tiada perasaan. Cuma roti, sayur, dan sedikit rasa menyesal bila mkn.

Lepas mkn, kami teruskan perjalanan ke Westminster Abbey dan Big Ben. Cantik sungguh kawasan tu.

Akhir sekali, kami ke London Eye. Hari ini mmg b*k berjalan. B*k tempat cantik. B*k gambar. Dan b*k kenangan, sekian ๐Ÿฅฐ

Photos from Teacher Vironica's post 28/05/2026

Akhirnyaโ€ฆ sampai juga saya di Old Trafford. โค๏ธ

Impian kecil sejak zaman minat Manchester United akhirnya tercapai hari ini. Saya mula minat MU sejak zaman Eric Cantona lagi. Lps tu baru la datang era Class of 92... Beckham, Scholes, Giggs, Butt dan Neville brothers.

Pemain favourite saya? Semestinya Eric Cantona, sebab itulah memori pertama saya dgn MU. Dan of course, Peter Schmeichel juga. Kalau kamu kenal nama-nama ini, faham2 laโ€ฆ kita mgkn dari generasi yg sama. Tapi..., saya masih jauh lebih muda dari Cantona dan Beckham. Itu fakta penting ๐Ÿคญ

Terima kasih b*k kpd sahabat baik saya, Cgu Siti, yg sponsor tiket tour ini. Sbnrnya dia beli tiket Sneak Peek Tour, tapi masa kami sampai di kaunter, kami diberitahu tiket kami telah di-upgrade kepada Full Stadium & Museum Tour. Syukur sgt2.

Sepanjang lebih kurang 1 jam 20 minit, kami dibawa masuk ke bbrp tempat ikonik spt dressing room, playersโ€™ tunnel, Sir Alex Ferguson Stand, press room, kawasan stadium dan museum.

Momen paling best? Bila berjalan melalui playersโ€™ tunnel. Tmpt yg dulu saya hanya nampak di TV, tiba2 hari ini saya sendiri berdiri dan berjalan di situ. Perasaan diaโ€ฆ perghhh. Susa mau explain.

Sblm balik, sempat juga singgah di Megastore beli sedikit ole2 utk anak2 dan suami.

Kalau ada rezeki, saya mahu dtg lagi. Tapi kali ini bukan untuk tour. Saya mahu dtg tengok game di Old Trafford.

Doakan ya. ๐Ÿ˜Šโค๏ธ

Glory Glory Man United.
Once a fan, always a fan.

Photos from Teacher Vironica's post 25/05/2026

Kepada kawan2 yang PM atau yg beli rakaman, maaf kalau lambat respon ya. Saya sedang jalan2 cari makan di Edinburgh skrg. Saya akan berada di Edinburgh, London & Paris hingga 5 Jun nanti. Kalau terlambat balas PM etc mohon maaf ya.

Hari kemarin adalah hari first tgk2 tempat di Edinburgh. Banyak betul tangga di sini. Lepas tu jam 9 mlm pun masih cerah mcm tengahari. Jam 10 mlm ke atas baru gelap. B*k lagi mahu explore. Ni saya belanja kawan2 sikit gambar hari ni ya

Edinburgh Castle โžก๏ธ The Hub โžก๏ธ St Giles Cathedral โžก๏ธ Grass Market โžก๏ธ Victoria Street โžก๏ธ Royal Mile โžก๏ธ Princes Street โžก๏ธ Princes Garden โžก๏ธ Calton Hill (hiking)

24/05/2026

๐‚๐ฎ๐ญ๐ข ๐’๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก, ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐“๐ž๐ซ๐›๐š๐ข๐ค ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค โ€œ๐”๐ฉ-๐’๐ค๐ข๐ฅ๐ฅโ€
๐‰๐จ๐ฆ ๐๐ข๐ง๐š ๐ž-๐๐€๐‰๐’๐Š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐†๐ž๐ฆ๐ข๐ง๐ข ๐…๐ฅ๐š๐ฌ๐ก ๐„๐ฑ๐ญ๐ž๐ง๐๐ž๐ ๐“๐ก๐ข๐ง๐ค๐ข๐ง๐  ๐Œ๐จ๐๐ž

Saya mengambil peluang memanfaatkan update terbaru ๐†๐ž๐ฆ๐ข๐ง๐ข ๐…๐ฅ๐š๐ฌ๐ก ๐„๐ฑ๐ญ๐ž๐ง๐๐ž๐ ๐“๐ก๐ข๐ง๐ค๐ข๐ง๐  ๐Œ๐จ๐๐ž untuk membangunkan sistem ๐ž-๐๐€๐‰๐’๐Š ini.

Seringkali kita buntu bila tiba waktu akhir tahun. Data kokurikulum bertaburan. Rekod penyertaan murid sukar dikesan. Ibu bapa p**a bertanya tentang kedudukan atau pencapaian anak mereka.

Jadi, saya cuba bina satu sistem yang lebih mudah, ringan dan praktikal untuk kegunaan sekolah.

๐€๐ฉ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ง๐š๐ซ๐ข๐ค ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐ข๐ง๐ข?

โœ… ๐Œ๐ฎ๐๐š๐ก & ๐‘๐ข๐ง๐ ๐š๐ง
Sistem ini dibangunkan menggunakan ๐€๐ฉ๐ฉ๐ฌ ๐’๐œ๐ซ๐ข๐ฉ๐ญ, jadi ia lebih ringan, stabil dan sesuai untuk kegunaan sekolah.

โœ… ๐Œ๐ž๐ฌ๐ซ๐š ๐๐ž๐ง๐ญ๐š๐๐›๐ข๐ซ
Penolong Kanan Kokurikulum boleh menjana laporan keseluruhan dalam format ๐๐ƒ๐… untuk memudahkan urusan semakan dan key-in data ๐๐€๐‰๐’๐Š hujung tahun.

โœ… ๐“๐ซ๐š๐ง๐ฌ๐ฉ๐š๐ซ๐ž๐ง๐ฌ๐ข ๐ˆ๐›๐ฎ ๐๐š๐ฉ๐š
Ibu bapa boleh menyemak status kedudukan dan pencapaian anak secara terus. Lebih jelas, telus dan tersusun.

โœ… ๐…๐ฅ๐ž๐ค๐ฌ๐ข๐›๐ž๐ฅ
Pengurusan murid pindah sekolah juga menjadi lebih mudah. Hanya perlu tambah atau padam data dalam sistem.

๐๐š๐ง๐๐ฎ๐š๐ง ๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ: ๐๐š๐ ๐š๐ข๐ฆ๐š๐ง๐š ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š ๐’๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐ž-๐๐€๐‰๐’๐Š ๐’๐ž๐ง๐๐ข๐ซ๐ข ๐ƒ๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐†๐ž๐ฆ๐ข๐ง๐ข ๐…๐ฅ๐š๐ฌ๐ก

Berikut ialah ๐ซ๐จ๐š๐๐ฆ๐š๐ฉ mudah yang boleh cikgu ikuti dengan bantuan Gemini:

โœ… ๐“๐ž๐ง๐ญ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ๐š๐ง ๐’๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ
Mulakan dengan menyenaraikan masalah utama.

Contohnya:
โ€œSukar menyimpan rekod penyertaan murid.โ€
โ€œSukar jana laporan kokurikulum.โ€
โ€œSukar semak data murid dengan cepat.โ€

Prompt yang boleh digunakan:
๐’๐š๐ฒ๐š ๐ฌ๐ž๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ. ๐’๐š๐ฒ๐š ๐ฆ๐š๐ก๐ฎ ๐›๐ข๐ง๐š ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค [๐ญ๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ]. ๐๐ž๐ซ๐ข๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐š๐ฒ๐š ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ฎ๐ค๐ญ๐ฎ๐ซ ๐๐š๐ญ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฌ๐ž๐ฌ๐ฎ๐š๐ข ๐๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ง๐š๐ซ๐š๐ข ๐œ๐ข๐ซ๐ข-๐œ๐ข๐ซ๐ข ๐ฎ๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ข๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ๐ค๐š๐ง.

โœ… ๐‘๐ž๐ค๐š ๐๐ž๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐…๐ซ๐จ๐ง๐ญ-๐„๐ง๐
Gunakan Gemini untuk menjana kod ๐ข๐ง๐๐ž๐ฑ.๐ก๐ญ๐ฆ๐ฅ. Cikgu boleh minta Gemini gunakan ๐“๐š๐ข๐ฅ๐ฐ๐ข๐ง๐๐‚๐’๐’ supaya paparan sistem nampak moden, kemas dan responsif.

Contoh prompt:
๐“๐จ๐ฅ๐จ๐ง๐  ๐›๐ข๐ง๐š ๐Ÿ๐š๐ข๐ฅ ๐ข๐ง๐๐ž๐ฑ.๐ก๐ญ๐ฆ๐ฅ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ซ๐ž๐ฌ๐ฉ๐จ๐ง๐ฌ๐ข๐Ÿ, ๐ ๐ฎ๐ง๐š ๐“๐š๐ข๐ฅ๐ฐ๐ข๐ง๐๐‚๐’๐’, ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ฆ๐š ๐ฐ๐š๐ซ๐ง๐š ๐ฉ๐ซ๐จ๐Ÿ๐ž๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ [๐ง๐š๐ฆ๐š ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ]. ๐๐š๐ฌ๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง ๐š๐๐š ๐ฉ๐š๐ฉ๐š๐ซ๐š๐ง ๐๐š๐ฌ๐ก๐›๐จ๐š๐ซ๐, ๐›๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ข๐ง๐ฉ๐ฎ๐ญ ๐๐š๐ง ๐ฃ๐š๐๐ฎ๐š๐ฅ.

โœ… ๐’๐ญ๐ซ๐ฎ๐ค๐ญ๐ฎ๐ซ ๐๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ฅ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ญ๐š
Untuk sistem sekolah, ๐†๐จ๐จ๐ ๐ฅ๐ž ๐’๐ก๐ž๐ž๐ญ๐ฌ boleh dijadikan pangkalan data yang mudah dan percuma. Gemini boleh membantu mencadangkan header yang sesuai.

Contoh prompt:
๐๐ž๐ซ๐๐š๐ฌ๐š๐ซ๐ค๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ๐š๐ง ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐ฌ๐š๐ฒ๐š, ๐œ๐š๐๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ฎ๐ค๐ญ๐ฎ๐ซ ๐ก๐ž๐š๐๐ž๐ซ ๐†๐จ๐จ๐ ๐ฅ๐ž ๐’๐ก๐ž๐ž๐ญ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฌ๐ก๐ž๐ž๐ญ ๐๐š๐ญ๐š๐›๐š๐ฌ๐ž ๐ฆ๐ฎ๐ซ๐ข๐, ๐ฌ๐ก๐ž๐ž๐ญ ๐ซ๐ž๐ค๐จ๐ ๐š๐ค๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข ๐๐š๐ง ๐ฌ๐ก๐ž๐ž๐ญ ๐ฅ๐จ๐  ๐ฅ๐š๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ง.

โœ… ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐๐š๐œ๐ค๐ž๐ง๐ ๐†๐ฎ๐ง๐š ๐†๐จ๐จ๐ ๐ฅ๐ž ๐€๐ฉ๐ฉ๐ฌ ๐’๐œ๐ซ๐ข๐ฉ๐ญ
Bahagian ini ialah โ€œenjinโ€ kepada sistem. Minta Gemini bantu tulis fungsi ๐‚๐‘๐”๐ƒ iaitu ๐‚๐ซ๐ž๐š๐ญ๐ž, ๐‘๐ž๐š๐, ๐”๐ฉ๐๐š๐ญ๐ž ๐๐š๐ง ๐ƒ๐ž๐ฅ๐ž๐ญ๐ž.

Contoh prompt:
๐“๐จ๐ฅ๐จ๐ง๐  ๐ญ๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ค๐จ๐ ๐†๐จ๐จ๐ ๐ฅ๐ž ๐€๐ฉ๐ฉ๐ฌ ๐’๐œ๐ซ๐ข๐ฉ๐ญ, ๐๐จ๐†๐ž๐ญ ๐๐š๐ง ๐๐จ๐๐จ๐ฌ๐ญ, ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐š๐œ๐š ๐๐š๐ญ๐š ๐๐š๐ซ๐ข ๐†๐จ๐จ๐ ๐ฅ๐ž ๐’๐ก๐ž๐ž๐ญ ๐๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ก๐š๐ง๐ญ๐š๐ซ ๐๐š๐ญ๐š ๐›๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐ค๐ž ๐’๐ก๐ž๐ž๐ญ ๐ญ๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐›๐ฎ๐ญ ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ค๐š๐ง ๐€๐๐ˆ.

โœ… ๐”๐ฃ๐ข ๐ƒ๐š๐ง ๐๐š๐ข๐ค๐ข
Jangan takut jika ada error. Error itu bukan gagal. Error itu sebenarnya proses belajar.

Gunakan prompt ini:
๐’๐š๐ฒ๐š ๐ฆ๐ž๐ง๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ž๐ซ๐ซ๐จ๐ซ [๐ญ๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ฅ ๐ซ๐š๐ฅ๐š๐ญ]. ๐“๐จ๐ฅ๐จ๐ง๐  ๐ฃ๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ฎ๐ง๐œ๐š ๐ž๐ซ๐ซ๐จ๐ซ ๐ข๐ง๐ข ๐๐š๐ง ๐›๐ž๐ญ๐ฎ๐ฅ๐ค๐š๐ง ๐ค๐จ๐ ๐ฌ๐š๐ฒ๐š.

โœ… ๐๐ฎ๐๐š๐ฒ๐š๐ค๐š๐ง ๐•๐ข๐›๐ž ๐‚๐จ๐๐ข๐ง๐ 
Jangan hanya minta Gemini hasilkan kod. Minta juga Gemini jelaskan logik kod tersebut supaya cikgu faham apa yang sedang dibina.

Contoh prompt:
๐‰๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐ค๐จ๐ ๐ข๐ง๐ข ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐›๐š๐ก๐š๐ฌ๐š ๐ฆ๐ฎ๐๐š๐ก ๐ฌ๐ฎ๐ฉ๐š๐ฒ๐š ๐ฌ๐š๐ฒ๐š ๐Ÿ๐š๐ก๐š๐ฆ ๐ฅ๐จ๐ ๐ข๐ค ๐๐š๐ง ๐š๐ฅ๐ข๐ซ๐š๐ง ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐ข๐ง๐ข.

Cuti sekolah bukan hanya masa untuk berehat. Ia juga masa terbaik untuk guru-guru ๐ฎ๐ฉ-๐ฌ๐ค๐ข๐ฅ๐ฅ, bereksperimen dan mula membina sistem kecil yang boleh memudahkan kerja sekolah.

Semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada lebih ramai guru untuk mendigitalkan pengurusan sekolah dengan cara yang mudah, praktikal dan tidak membebankan.

22/05/2026

๐—ง๐—จ๐—ง๐—ข๐—ฅ๐—œ๐—”๐—Ÿ ๐—•๐—œ๐—ก๐—” ๐— ๐—œ๐—ก๐—œ ๐—š๐—”๐— ๐—˜๐—ฆ ๐—”๐—ฃ๐—ฃ : ๐—›๐—”๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—•๐—”๐—š๐—”๐—œ ๐—š๐—”๐— ๐—˜ ๐—˜๐——๐—จ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ ๐—”๐—ฃ๐—Ÿ๐—œ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ

REPOST SEMPENA CUTI SEKOLAH

Bayangkan cikgu boleh menghasilkan game pendidikan yang kemas, interaktif dan berkualiti tinggi tanpa coding, tanpa developer, tanpa pening kepala.
Dengan bantuan Canva AI, cikgu boleh membina mini games yang bukan sekadar cantik, tetapi berfungsi, tersusun dan berimpak dalam PdP.

๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐˜€๐—ฒ๐—ฝ ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฒ๐˜‡๐—ฎ?
โœ… ๐Ÿญ Prompt Strategik (ada di bawah ๐Ÿ˜Š๐Ÿ‘‡๐Ÿป)
Satu arahan yang jelas mampu menjana struktur game lengkap untuk pelbagai subjek.
โœ… Sistem Skor & Sijil Automatik
Murid menjawab, sistem menilai, dan sijil digital dijana secara automatik.
โœ… Efisien & Menjimatkan Masa
Dari idea ke produk siap dalam masa beberapa minit.
โœ… Fleksibel untuk Semua Subjek
Bahasa, Sains, Matematik, Sejarah dan pelbagai topik lain.
Hasilnya bukan sekadar โ€œcomelโ€,
tetapi alat PdP digital yang moden, tersusun dan profesional yang meningkatkan penglibatan murid.

โ–ถ๏ธโ–ถ๏ธ ๐—ง๐—จ๐—ง๐—ข๐—ฅ๐—œ๐—”๐—Ÿ ๐Ÿ˜Š๐Ÿ‘‡๐Ÿป
1. Pergi ke website Canva
2. Klik Canva AI
3. Klik code
4. Masukkan prompt yang saya berikan di bawah
5. Klik enter untuk generate
6. Lepas siap generate, klik publish
7. Masukkan nama yang bersesuaian utk url
8. Klik publish sekali lagi
9. Siap!

โ–ถ๏ธโ–ถ๏ธ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐— ๐—ฃ๐—ง ๐Ÿ˜Š๐Ÿ‘‡๐Ÿป
Ubah ikut kesesuaian ya
Anda adalah pakar Pembangun Aplikasi Pendidikan (EdTech Developer) yang mahir dalam gamifikasi untuk kanak-kanak sekolah rendah.
Task: Bina satu aplikasi web (single HTML file) yang mengandungi 6 mini-games tatabahasa Bahasa Melayu yang comel, interaktif, dan mesra pengguna untuk digunakan dalam Canva.
Struktur Aliran (User Flow):
Laman Mula (Splash Screen): Paparan cantik dengan input "Masukkan Nama Anda" dan butang "Mulakan Permainan".
Menu Utama (Main Hub): Paparan 6 butang comel (berbentuk ikon/kad) untuk 6 topik:
Kata Nama
Kata Kerja
Kata Sifat
Kata Ganti Nama
Kata Sendi Nama
Kata Hubung
Modul Pembelajaran (Animated Notes): Apabila topik diklik, paparkan nota ringkas yang comel (pancul keluar/pop-up) dengan animasi ringan. Murid perlu klik butang "Saya Dah Faham, Jom Main! โœ…" untuk ke game.
Mini-Game (Gameplay): Kuiz ringkas (5 soalan) bagi setiap topik. Gunakan visual yang menarik dan maklum balas segera (Betul/Salah).
Penamat (Certificate): Selepas tamat mana-mana game, paparkan Sijil Penghargaan digital yang mempunyai:
Nama murid (yang dimasukkan di awal tadi).
Ucapan "Tahniah! Anda Pakar [Nama Topik]!".
Visual sijil yang cantik dengan emoji bintang โญ๏ธ dan piala ๐Ÿ†.
Butang "Main Lagi" untuk kembali ke Menu Utama.
Keperluan Teknikal & Visual:
Gaya: "Kawaii" / Pastel style. Gunakan warna-warna lembut seperti biru muda, kuning ceria, dan hijau mint.
Animasi: Gunakan CSS animations (seperti bounce, fade-in, atau scale-up) untuk butang dan nota.
Responsif: Pastikan paparan cantik di skrin komputer mahupun tablet dan mobile responsive

21/05/2026

๐“๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐ค๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐’๐Š ๐’๐ญ ๐‰๐š๐ฆ๐ž๐ฌ, ๐Š๐ฎ๐๐š๐ญ ๐Ÿ™๐Ÿป
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak ๐’๐Š ๐’๐ญ ๐‰๐š๐ฆ๐ž๐ฌ, ๐Š๐ฎ๐๐š๐ญ atas jemputan sebagai penceramah bagi ๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐ž๐ฅ ๐๐ž๐ง๐ฌ๐ข๐ฃ๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐†๐จ๐จ๐ ๐ฅ๐ž ๐‚๐ž๐ซ๐ญ๐ข๐Ÿ๐ข๐ž๐ ๐„๐๐ฎ๐œ๐š๐ญ๐จ๐ซ ๐‹๐ž๐ฏ๐ž๐ฅ ๐Ÿ secara atas talian.

Dalam bengkel ini, saya berpeluang membimbing guru-guru bermula daripada proses pendaftaran, penerangan berkaitan laman Google for Education Certification, cara mendaftar peperiksaan, cara resume exam, sehingga cara menyemak keputusan pada paparan sistem.

Saya juga menyentuh persediaan untuk ๐๐š๐ก๐š๐ ๐ข๐š๐ง ๐€ dan ๐‹๐š๐› ๐“๐ž๐ฌ๐ญ. Untuk Bahagian A, saya turut kongsikan aplikasi mock test yang saya bina khas bagi membantu guru membuat latihan kendiri. Bagi Lab Test p**a, saya terangkan struktur tugasan, jumlah task, perkara penting yang perlu diberi perhatian, tips menjawab dengan betul, serta cara menamatkan peperiksaan dengan selamat.

Semoga perkongsian kecil ini bermanfaat dan semoga semua warga SK St James, Kudat lulus ๐†๐‚๐„ ๐‹๐ž๐ฏ๐ž๐ฅ ๐Ÿ dengan cemerlang.



Photos from Teacher Vironica's post 19/05/2026

๐Ÿ“ ๐‘๐š๐ก๐ฌ๐ข๐š โ€œ๐๐ซ๐จโ€ ๐‹๐š๐› ๐“๐ž๐ฌ๐ญ ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐‹๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ฌ ๐๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐ข๐ค๐ฌ๐š๐š๐ง ๐†๐‚๐„ ๐‹๐ž๐ฏ๐ž๐ฅ ๐Ÿ ๐ƒ๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ซ๐ค๐š๐ก ๐๐ž๐ง๐ฎ๐ก

Mengambil peperiksaan ๐†๐จ๐จ๐ ๐ฅ๐ž ๐‚๐ž๐ซ๐ญ๐ข๐Ÿ๐ข๐ž๐ ๐„๐๐ฎ๐œ๐š๐ญ๐จ๐ซ (๐†๐‚๐„) ๐‹๐ž๐ฏ๐ž๐ฅ ๐Ÿ bukan sekadar membuktikan kita tahu menggunakan Google Workspace. Pada tahap ini, peperiksaan lebih menilai ๐ค๐ž๐œ๐ž๐ค๐š๐ฉ๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐ž๐ค๐จ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐๐ข๐ ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐ฉ๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐œ๐š๐ซ๐š ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐ญ๐ž๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ง, ๐ค๐จ๐ฅ๐š๐›๐จ๐ซ๐š๐ญ๐ข๐Ÿ ๐๐š๐ง ๐ฉ๐ซ๐จ๐Ÿ๐ž๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ.

Cabaran sebenar dalam ๐‹๐š๐› ๐“๐ž๐ฌ๐ญ ๐†๐‚๐„ ๐‹๐ž๐ฏ๐ž๐ฅ ๐Ÿ bukan semata-mata โ€œtahu klik manaโ€, tetapi sejauh mana calon mampu membaca arahan dengan teliti, menyalin maklumat dengan tepat, membuat tetapan yang betul, dan memastikan setiap tugasan dikreditkan oleh sistem.

Ramai calon sebenarnya sudah mahir menggunakan Google Classroom, Google Calendar dan Google Slides. Tetapi markah boleh hilang hanya kerana perkara kecil seperti salah ejaan tajuk, lupa pilih topik, tidak menukar permission, atau tidak menekan ๐‚๐ก๐ž๐œ๐ค ๐Œ๐ฒ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐ž๐ฌ๐ฌ selepas tugasan selesai.

Berikut ialah 5 rahsia โ€œproโ€ yang boleh membantu anda melalui Lab Test GCE Level 2 dengan lebih yakin dan berpotensi mendapat markah penuh.

๐Ÿ. ๐‹๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ก ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐˜๐š๐ง๐  ๐Š๐ซ๐ข๐ญ๐ข๐ค๐š๐ฅ: ๐†๐ฎ๐ง๐š๐ค๐š๐ง ๐๐ซ๐จ๐Ÿ๐ข๐ฅ ๐†๐ฎ๐ž๐ฌ๐ญ ๐ƒ๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ž๐ญ๐ฎ๐ฅ

Masalah yang berlaku bila gunakan remote browser adalah "reconnecting" dan selalu putus line. Jadi boleh gunakan cara ini. Iaitu Copy link address dan gunakan incognito tab.

๐๐ซ๐จ๐ฌ๐ž๐๐ฎ๐ซ ๐ฆ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค ๐ฅ๐š๐› ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐›๐ž๐ญ๐ฎ๐ฅ:

1. Klik ๐’๐ญ๐š๐ซ๐ญ ๐‹๐š๐› dan lengkapkan proses pengesahan.
2. Jangan terus buka menggunakan profil Chrome biasa.
3. Right hand click pada pautan ๐Ž๐ฉ๐ž๐ง ๐†๐จ๐จ๐ ๐ฅ๐ž ๐ƒ๐ซ๐ข๐ฏ๐ž.
4. Pilih ๐‚๐จ๐ฉ๐ฒ ๐ฅ๐ข๐ง๐ค ๐š๐๐๐ซ๐ž๐ฌ๐ฌ.
5. Buka ๐‚๐ก๐ซ๐จ๐ฆ๐ž ๐†๐ฎ๐ž๐ฌ๐ญ ๐๐ซ๐จ๐Ÿ๐ข๐ฅ๐ž / ๐ข๐ง๐œ๐จ๐ ๐ง๐ข๐ญ๐จ ๐ฐ๐ข๐ง๐๐จ๐ฐ.
6. Paste pautan tadi dan tekan ๐„๐ง๐ญ๐ž๐ซ.
7. Sistem akan log masuk secara automatik menggunakan ID peperiksaan yang disediakan.

Semua bahan seperti fail Google Docs, Google Sheets, gambar, video dan maklumat emel biasanya sudah tersedia dalam Google Drive peperiksaan tersebut.

๐‘๐š๐ก๐ฌ๐ข๐š ๐ฉ๐ซ๐จ:

Jangan panik kalau muncul ralat seperti ๐Ž๐ง๐ž ๐ฅ๐š๐› ๐š๐ญ ๐š ๐ญ๐ข๐ฆ๐ž. Tutup profil Guest, buka semula profil Guest, dan masuk semula menggunakan pautan Drive tadi.

๐Ÿ. ๐‹๐š๐› ๐“๐ž๐ฌ๐ญ ๐Ÿ โ€“ ๐†๐จ๐จ๐ ๐ฅ๐ž ๐‚๐ฅ๐š๐ฌ๐ฌ๐ซ๐จ๐จ๐ฆ: ๐๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐’๐ž๐ค๐š๐๐š๐ซ ๐‚๐ซ๐ž๐š๐ญ๐ž ๐‚๐ฅ๐š๐ฌ๐ฌ

Dalam Lab 1, anda akan diuji tentang pengurusan kelas digital menggunakan ๐†๐จ๐จ๐ ๐ฅ๐ž ๐‚๐ฅ๐š๐ฌ๐ฌ๐ซ๐จ๐จ๐ฆ. Tugasan ini nampak mudah, tetapi sistem pemarkahan sangat bergantung kepada ketepatan maklumat.

Biasanya tugasan melibatkan:

โ€ข Membina kelas baharu.
โ€ข Menjemput guru atau pelajar.
โ€ข Membina topik.
โ€ข Menyediakan tugasan.
โ€ข Melampirkan bahan dari Google Drive.
โ€ข Menyediakan bahan pembelajaran.
โ€ข Membuat pengumuman di Stream.
โ€ข Menjana dan memasukkan pautan Google Meet.

๐‘๐š๐ก๐ฌ๐ข๐š ๐ฎ๐ญ๐š๐ฆ๐š: ๐œ๐จ๐ฉ๐ฒ-๐ฉ๐š๐ฌ๐ญ๐ž, ๐ฃ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ญ๐š๐ข๐ฉ ๐ฆ๐š๐ง๐ฎ๐š๐ฅ.

Salin dan tampal semua maklumat penting seperti:

โ€ข Nama kelas.
โ€ข Nama topik.
โ€ข Tajuk tugasan.
โ€ข Tajuk bahan.
โ€ข Teks pengumuman.
โ€ข Emel pelajar atau guru.

Jangan taip sendiri kalau tidak perlu. Satu huruf salah, satu spacing terlebih, satu simbol tertinggal, sistem mungkin tidak mengesan tugasan anda.

๐๐š๐ก๐š๐ ๐ข๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ ๐œ๐š๐ฅ๐จ๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐ฅ๐ž๐ฉ๐š๐ฌ ๐ฉ๐š๐ง๐๐š๐ง๐ :

Untuk invite guru atau murid, buka fail ๐†๐จ๐จ๐ ๐ฅ๐ž ๐’๐ก๐ž๐ž๐ญ๐ฌ yang disediakan dalam Drive peperiksaan. Copy emel dari situ dan paste ke bahagian ๐๐ž๐จ๐ฉ๐ฅ๐ž dalam Classroom.

Untuk tugasan dan bahan, pastikan fail yang dilampirkan memang fail yang diminta daripada Google Drive. Jangan pilih fail yang โ€œlebih kurang samaโ€. Dalam lab test, โ€œlebih kurangโ€ itu biasanya maksudnya โ€œkurang markahโ€.

Untuk pengumuman di Stream, jana pautan Google Meet dahulu. Kemudian masukkan pautan tersebut bersama teks pengumuman seperti arahan.

Selepas selesai setiap bahagian, klik ๐‚๐ก๐ž๐œ๐ค ๐Œ๐ฒ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐ž๐ฌ๐ฌ. Jangan tunggu sampai semua siap baru semak.

๐Ÿ‘. ๐‹๐š๐› ๐“๐ž๐ฌ๐ญ ๐Ÿ โ€“ ๐†๐จ๐จ๐ ๐ฅ๐ž ๐‚๐š๐ฅ๐ž๐ง๐๐š๐ซ: ๐„๐ฏ๐ž๐ง๐ญ, ๐Œ๐ž๐ž๐ญ, ๐‹๐ข๐ฏ๐ž ๐’๐ญ๐ซ๐ž๐š๐ฆ ๐๐š๐ง ๐“๐ž๐ญ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐“๐ž๐ญ๐š๐ฆ๐ฎ / ๐ ๐ฎ๐ž๐ฌ๐ญ ๐ฌ๐ž๐ญ๐ญ๐ข๐ง๐ 

Lab 2 biasanya menguji kemahiran anda mengurus ๐†๐จ๐จ๐ ๐ฅ๐ž ๐‚๐š๐ฅ๐ž๐ง๐๐š๐ซ untuk tujuan mesyuarat, aktiviti sekolah atau sesi pembelajaran dalam talian.

Tugasan ini nampak ringkas, tetapi sebenarnya banyak markah tersembunyi pada tetapan kecil.

Antara perkara yang perlu dibuat:

1. Cipta event baharu.
2. Masukkan tajuk acara dengan tepat.
3. Tetapkan masa seperti arahan.
4. Lampirkan fail Google Docs dari Drive.
5. Tambah link Google Meet.
6. Tambah Live Stream jika diminta.
7. Masukkan lokasi.
8. Tetapkan notifikasi.
9. Jemput tetamu / invite guest.
10. Kawal permission tetamu.

๐๐š๐ก๐š๐ ๐ข๐š๐ง ๐ฉ๐š๐ฅ๐ข๐ง๐  ๐ค๐ซ๐ข๐ญ๐ข๐ค๐š๐ฅ: ๐Œ๐จ๐ซ๐ž ๐Ž๐ฉ๐ญ๐ข๐จ๐ง๐ฌ

Apabila mencipta event, jangan hanya isi tajuk dan masa. Klik ๐Œ๐จ๐ซ๐ž ๐จ๐ฉ๐ญ๐ข๐จ๐ง๐ฌ supaya anda boleh melampirkan dokumen, menambah tetamu, menetapkan lokasi dan mengubah notifikasi.

Jika arahan meminta anda menambah Google Meet, klik ๐€๐๐ ๐†๐จ๐จ๐ ๐ฅ๐ž ๐Œ๐ž๐ž๐ญ.

Jika diminta menambah ๐‹๐ข๐ฏ๐ž ๐’๐ญ๐ซ๐ž๐š๐ฆ, klik anak panah kecil berhampiran Google Meet dan pilih pilihan ๐€๐๐ ๐ฅ๐ข๐ฏ๐ž ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ž๐š๐ฆ.

๐“๐ž๐ญ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐ข๐ง๐ฏ๐ข๐ญ๐ž ๐ ๐ฎ๐ž๐ฌ๐ญ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ซ๐š๐ฆ๐š๐ข ๐ญ๐ž๐ซ๐ฅ๐ž๐ฉ๐š๐ฌ:

Sebelum menghantar jemputan, sila semak bahagian guest permissions.

Ini nampak kecil, tetapi sangat penting. Lab test bukan hanya menilai sama ada anda boleh buat event. Ia menilai sama ada anda boleh mengawal akses, privasi dan tetapan mesyuarat dengan tepat.

Untuk notifikasi p**a, jika arahan meminta ๐„๐ฆ๐š๐ข๐ฅ ๐Ÿ ๐ก๐จ๐ฎ๐ซ ๐›๐ž๐Ÿ๐จ๐ซ๐ž, pastikan anda tukar daripada notifikasi biasa kepada ๐„๐ฆ๐š๐ข๐ฅ, dan ikut arahan yang diberikan.

# # ๐Ÿ’. ๐‹๐š๐› ๐“๐ž๐ฌ๐ญ ๐Ÿ‘ โ€“ ๐†๐จ๐จ๐ ๐ฅ๐ž ๐’๐ฅ๐ข๐๐ž๐ฌ: ๐“๐ก๐ž๐ฆ๐ž ๐๐ฎ๐ข๐ฅ๐๐ž๐ซ, ๐Š๐จ๐ฅ๐š๐›๐จ๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐๐š๐ง ๐’๐ก๐š๐ซ๐ข๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐ข๐ฌ๐ฌ๐ข๐จ๐ง

Lab 3 dalam GCE Level 2 biasanya menguji kemahiran membina slide presentation yang lebih profesional dan kolaboratif menggunakan ๐†๐จ๐จ๐ ๐ฅ๐ž ๐’๐ฅ๐ข๐๐ž๐ฌ.

Ini bukan sekadar buat slide cantik. Ini tentang memahami fungsi lanjutan seperti ๐“๐ก๐ž๐ฆ๐ž ๐๐ฎ๐ข๐ฅ๐๐ž๐ซ, placeholder, video, comment dan permission.

Antara tugasan utama:

โ€ข Membina presentation kosong.
โ€ข Memasukkan tajuk.
โ€ข Menambah gambar dari Drive atau Photos.
โ€ข Menggunakan Theme Builder.
โ€ข Membina layout baharu.
โ€ข Meletakkan image placeholder.
โ€ข Menamakan layout.
โ€ข Menggunakan layout pada slide baharu.
โ€ข Menambah komen dan assign kepada individu.
โ€ข Memasukkan video dari Google Drive.
โ€ข Berkongsi Slides dengan permission yang betul.

๐‘๐š๐ก๐ฌ๐ข๐š ๐ฉ๐ซ๐จ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐“๐ก๐ž๐ฆ๐ž ๐๐ฎ๐ข๐ฅ๐๐ž๐ซ:

Pergi ke:

๐•๐ข๐ž๐ฐ > ๐“๐ก๐ž๐ฆ๐ž ๐๐ฎ๐ข๐ฅ๐๐ž๐ซ

Kemudian bina layout baharu dan masukkan ๐ˆ๐ฆ๐š๐ ๐ž ๐๐ฅ๐š๐œ๐ž๐ก๐จ๐ฅ๐๐ž๐ซ seperti yang diminta. Jangan lupa namakan layout tersebut dengan tepat sebelum keluar dari Theme Builder.

Selepas itu, gunakan layout tersebut pada slide baharu.

Ini bahagian yang ramai calon rasa pelik sebab jarang digunakan dalam kerja harian. Tetapi untuk GCE Level 2, fungsi ini memang boleh muncul kerana ia menunjukkan anda bukan sekadar pengguna asas Google Slides.

๐๐š๐ก๐š๐ ๐ข๐š๐ง ๐ค๐จ๐ฅ๐š๐›๐จ๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฐ๐š๐ฃ๐ข๐› ๐ญ๐ž๐ฅ๐ข๐ญ๐ข:

Apabila diminta menambah komen kepada rakan sekerja:

1. Klik kanan pada slide.
2. Pilih ๐‚๐จ๐ฆ๐ฆ๐ž๐ง๐ญ.
3. Taip simbol @ diikuti emel yang diminta.
4. Tanda kotak ๐€๐ฌ๐ฌ๐ข๐ ๐ง ๐ญ๐จ...
5. Klik ๐€๐ฌ๐ฌ๐ข๐ ๐ง.

Jangan hanya tulis komen. Kalau arahan minta assign, pastikan kotak assign ditanda. Kalau tidak, sistem mungkin tidak menganggap tugasan itu lengkap.

๐’๐ก๐š๐ซ๐ข๐ง๐  ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฆ๐ข๐ฌ๐ฌ๐ข๐จ๐ง ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐š ๐ฃ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฆ๐š๐ข๐ง ๐š๐ ๐š๐ค-๐š๐ ๐š๐ค.

Jika arahan minta beri akses sebagai ๐‚๐จ๐ฆ๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ misalnya, jangan biarkan sebagai Editor. Tukar kepada ๐‚๐จ๐ฆ๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ, barulah klik ๐’๐ž๐ง๐.

๐Ÿ“. ๐‘๐š๐ก๐ฌ๐ข๐š ๐“๐ž๐ซ๐ฉ๐ž๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ : ๐‚๐ก๐ž๐œ๐ค ๐Œ๐ฒ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐ž๐ฌ๐ฌ ๐๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐‡๐ข๐š๐ฌ๐š๐ง

Ini bahagian paling penting dalam semua lab test GCE Level 2.

Jangan tunggu sampai habis semua tugasan baru klik ๐‚๐ก๐ž๐œ๐ค ๐Œ๐ฒ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐ž๐ฌ๐ฌ.

Klik selepas setiap tugasan kecil.

Contohnya:

โ€ข Selepas create class, klik check.
โ€ข Selepas invite student/teacher, klik check.
โ€ข Selepas create topic, klik check.
โ€ข Selepas create assignment, klik check.
โ€ข Selepas create event, klik check.
โ€ข Selepas tambah Google Meet, klik check.
โ€ข Selepas buat Slides, klik check.
โ€ข Selepas share file, klik check.

Jika sistem tunjuk "merah" semasa check my progress, semak semula perkara berikut:

โ€ข Tajuk salah ejaan.
โ€ข Emel salah individu.
โ€ข Permission belum ditukar.
โ€ข Fail salah dilampirkan.
โ€ข Tarikh atau masa tidak tepat.
โ€ข Topik tidak dipilih.
โ€ข Komen belum di-assign.
โ€ข Guest permissions belum di-untick.
โ€ข Layout belum dinamakan.
โ€ข Video belum dimasukkan dari Drive.

Pastikan sistem menunjukkan markah penuh seperti ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐จ๐ข๐ง๐ญ๐ฌ ๐œ๐ซ๐ž๐๐ข๐ญ๐ž๐ sebelum anda menutup lab.

๐๐ž๐ง๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ & ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง

Lulus ๐†๐‚๐„ ๐‹๐ž๐ฏ๐ž๐ฅ ๐Ÿ bukan sekadar tentang mendapatkan sijil digital. Ia adalah pengiktirafan bahawa anda bukan sahaja tahu menggunakan Google tools, tetapi mampu mengurus kelas, acara, bahan pembelajaran, kolaborasi dan permission secara lebih profesional.

Bezanya GCE Level 1 dan Level 2 bukan pada siapa paling laju klik butang. Bezanya ialah pada ๐ค๐ž๐ญ๐ž๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐š๐ง, ๐ค๐ž๐Ÿ๐š๐ก๐š๐ฆ๐š๐ง ๐Ÿ๐ฎ๐ง๐ ๐ฌ๐ข ๐ฅ๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฎ๐ฉ๐š๐ฒ๐š๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐ž๐ค๐จ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐†๐จ๐จ๐ ๐ฅ๐ž ๐–๐จ๐ซ๐ค๐ฌ๐ฉ๐š๐œ๐ž ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง๐ .

Gunakan teknik mudah ini:

โ€ข Masuk melalui profil Guest.
โ€ข Salin dan tampal semua maklumat penting.
โ€ข Rujuk Google Sheets untuk emel.
โ€ข Ikut arahan permission dengan tepat.
โ€ข Klik Check My Progress selepas setiap tugasan.
โ€ข Jangan tutup lab sebelum markah penuh dikreditkan.

Kalau anda memang sudah biasa menggunakan Google Classroom, Calendar, Meet, Drive dan Slides dalam kerja harian, peperiksaan ini bukan sesuatu yang perlu ditakuti. Ia cuma satu proses untuk membuktikan bahawa kemahiran yang anda gunakan setiap hari memang layak diberi pengiktirafan rasmi.

Dan caveat kecil di sini: ambil sijil ini bukan kerana mahu mengejar sijil semata-mata. Ambil kerana anda memang mahu mengesahkan kemahiran sebenar yang sudah anda gunakan untuk memudahkan PdPC, pengurusan kelas dan kolaborasi di sekolah.

Sijil itu hanya bukti.
Kemahiran itulah nilai sebenar.

17/05/2026

Dari gambar nota yang ditulis di whiteboard atau helaian buku teks pun sudah boleh terus jadi kuiz digital ala ๐Œ๐š๐ญ๐ซ๐ข๐ฑ. Boleh tengok contoh kuiz di video yang saya post beberapa hari yang lepas ya.

Kuiz ni siap ada:
โšก animasi futuristik
โšก gamifikasi interaktif
โšก efek โ€œAI systemโ€
โšก auto sijil digital bila murid score ๐Ÿ–/๐Ÿ๐ŸŽ ke atas

Macam mana buat?

1๏ธโƒฃ Pergi ke Gemini
2๏ธโƒฃ Upload gambar nota whiteboard / buku teks
3๏ธโƒฃ Paste prompt yang saya akan share di ruang komen
4๏ธโƒฃ Klik submit

Terus siap web app kuiz futuristik yang boleh terus share ke Google Classroom ๐Ÿ”ฅ

Memang sesuai sangat untuk tugasan cuti sekolah nanti sebab murid bukan sekadar baca notaโ€ฆ tapi terus ulang kaji dalam bentuk misi interaktif macam game

Sesuai untuk:
โœ”๏ธ Semua subjek
โœ”๏ธ Sekolah rendah
โœ”๏ธ Sekolah menengah

Dan auto e-cert tu sebenarnya powerful. Murid rasa macam unlock achievement bila capai markah tertentu. Itu yang buat mereka sanggup cuba lagi dan lagi tanpa dipaksa.

Saya share prompt percuma di ruang komen ๐Ÿ‘‡

Photos from Teacher Vironica's post 17/05/2026

๐—›๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—ต ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—š๐˜‚๐—ฟ๐˜‚ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ž๐—ฃ๐—  ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—น๐—ฎ๐—ถ๐—ป ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐—ฎ๐—บ. Pensijilan ๐—š๐—ผ๐—ผ๐—ด๐—น๐—ฒ ๐—–๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ถ๐—ณ๐—ถ๐—ฒ๐—ฑ ๐—˜๐—ฑ๐˜‚๐—ฐ๐—ฎ๐˜๐—ผ๐—ฟ ๐—Ÿ๐—ฒ๐˜ƒ๐—ฒ๐—น ๐Ÿญ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—Ÿ๐—ฒ๐˜ƒ๐—ฒ๐—น ๐Ÿฎ ๐—ฑ๐—ถ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐˜‚๐—บ๐—ฎ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ ๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚.

Ini peluang untuk guru-guru yang memang sudah lama menggunakan Google Workspace mendapat ๐˜ƒ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—บ๐—ถ terhadap kemahiran yang sudah pun digunakan setiap hari. Sebab ramai guru sebenarnya sudah mahir. Cuma belum ada pengiktirafan. Dan bila KPM sudah buka peluang ini secara percuma, rugi sangat kalau kita biarkan saja.

Cuma satu perkara yang selalu buat guru rasa takut - ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ฏ ๐—ง๐—ฒ๐˜€๐˜. Bahagian inilah yang ramai fikir susah. Padahal, lab test bukan semata-mata menguji sama ada kita tahu guna Google tools atau tidak. Lab test menguji satu perkara yang lebih penting iaitu ๐—ธ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ถ๐—ธ๐˜‚๐˜ ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป.

Kadang-kadang bukan sebab kita tidak tahu buat.

โœ… Tapi sebab kita tersilap taip tajuk.
โœ… Terlupa tukar permission.
โœ… Terlupa klik Assign.
โœ… Terlupa link form ke Sheets.
โœ… Atau tekan Next terlalu cepat sebelum klik ๐—–๐—ต๐—ฒ๐—ฐ๐—ธ ๐— ๐˜† ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฒ๐˜€๐˜€.

Sebab itu saya sediakan panduan ini supaya cikgu masuk exam dengan lebih tenang, lebih jelas dan lebih yakin.

Untuk GCE Level 1, fokus utama lab test biasanya melibatkan:

โœ… Google Classroom
โœ… Google Docs
โœ… Google Forms
โœ… Google Drive
โœ… tetapan sharing
โœ… quiz setting
โœ… file organisation
โœ… Check My Progress

Tips paling pertama:
๐—๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ถ๐—ฝ ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฐ๐—ผ๐—ฝ๐˜†-๐—ฝ๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ฒ. Tajuk kelas, tajuk tugasan, nama folder, arahan, komen dan teks penting โ€” copy-paste sahaja daripada arahan exam.

Sistem pemarkahan automatik sangat sensitif. Satu huruf salah pun boleh buat tugasan tidak dikesan.

Tips kedua:
๐—๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ฒ๐—บ๐—ผ๐˜๐—ฒ ๐—•๐—ฟ๐—ผ๐˜„๐˜€๐—ฒ๐—ฟ. Gunakan Remote Browser yang disediakan dalam sistem peperiksaan. Buka link dengan betul, masukkan username dan password yang diberi, kemudian buat tugasan satu per satu. Jangan cari jalan susah kalau sistem sudah sediakan jalan yang lebih mudah.

Tips ketiga:
๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ถ ๐˜€๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐˜๐˜‚๐—ด๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฐ๐—ถ๐—น, ๐—ธ๐—น๐—ถ๐—ธ ๐—–๐—ต๐—ฒ๐—ฐ๐—ธ ๐— ๐˜† ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฒ๐˜€๐˜€. Ini rahsia besar. Jangan terus tekan Next. Semak dulu sama ada markah sudah dikira.

Kalau belum penuh, semak semula:

โœ… ejaan tajuk,
โœ… sharing permission,
โœ… setting fail,
โœ… kotak Assign,
โœ… quiz setting,
โœ… dan link to Sheets.

Baru bergerak ke tugasan seterusnya. Sebab matlamat kita bukan sekadar lulus. Matlamat kita ialah masuk dengan yakin, buat dengan teliti, dan keluar dengan rasa lega.

Kepada guru-guru yang sudah ada kemahiran Google Workspace, ambillah peluang ini. Bukan kerana kita mengejar sijil. Tetapi kerana kemahiran yang baik memang wajar diiktiraf.

Dan bila guru sendiri semakin yakin menguasai ekosistem digital, murid juga akan menerima manfaatnya di bilik darjah. Hadiah Hari Guru ini bukan sekadar โ€œfree examโ€. Ini peluang untuk kita buktikan bahawa guru Malaysia memang mampu bergerak seiring dengan pendidikan digital.

Want your school to be the top-listed School/college in Tawau?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Jalan MELATI
Tawau
91000