Ambil semangat bilang anak-anak hafizah batch 3.
Jom sama-sama kita membantu takat mana yg mampu.Semoga segala amal jariah dan infak kita didunia akan menjadi saham dan bekalan disana nanti..
Pusat Pengajian Alquran & Tahfiz Alfaizin Tawau
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Pengajian Alquran & Tahfiz Alfaizin Tawau, School, Jalan Apas, Tawau.
pusat Tahfiz sepenuh masa dan pembelajaran al-quran&tajwid kanak-kanak dan dewasa ...
Raudhatul Ilmi,Pusat Pengajian AlQuran Dan Tahfiz Alfaizin,
Tb 9627, Lorong 10, Taman Kinabutan Ria, Batu 5 Jln A
11/05/2026
Alhamdulillah tulang belakang yang sentiasa membantu dan menyokong secara senyap.Hampir 80% daripada ahli group ini adalah dari kelas Al Faizin dewasa(kelas hujung minggu)yg terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan sejak 2009-sehingga kini.
Jazakumullahu khairan semua.
Semoga Allah melimpahi rahmat serta memberkati kalian.
Amal jariah yg pastinya kan sentiasa berjalan pahalanya biarpun empunya badan sudah berada dialam baqa'.
Bina MLM Akhirat=Multi Level Marketing
Usrah Al Faizin
Tahfiz Alfaizin Tawau
yang sihat pasti melahirkan pokok yg rimbun dan Cemerlang
11/05/2026
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah pada tanggal 10 Mei 2026 bersamaan hari Ahad Pusat Pengajian Alquran & Tahfiz Alfaizin Tawau bersama ibubapa pelajar telah mengadakan gotong royong membersihkan kawasan persekitaran Tahfiz Al Faizin cawangan Ranggu Tawau setelah sekian lama tidak diadakan gotong royong kerana memberi laluan kepada pembinaan bangunan dua tingkat disana.Walaupun pembinaan masih berbaki 5% belum siap namun ibubapa bersemangat untuk bersama-sama membersihkan kawasan,menanggalkan cat lama dipagar(cat baru) sambil merapatkan lagi ukhwah antara ibubapa serta menyantuni anak-anak Al Faizin disana.
Semoga Allah tautkan hati-hati warga Alfaizin dan semuanya sentiasa berada didalam rahmatnya.
11/05/2026
MAJLIS KHATAM HAFALAN 30 JUZUK PELAJAR HAFIZAH AL FAIZIN
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
الحمدلله الذي بنعمته تتم الصالحات
Saya mendoakan agar semua sahabat AlFaizin sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah..
Untuk makluman semua, PUSAT PENGAJIAN AL QURAN DAN TAHFIZ AL FAIZIN TAWAU telah mengadakan majlis khatam hafalan 30 juzuk pelajar hafizah:
Berikut adalah maklumat berkaitan majlis:
Nama Pelajar: Nur Ain Maisarah Binti Sipaing
Umur: 14 tahun
🔸Beliau telah menyempurnakan hafalan terakhirnya pada juzuk 25 surah Al jasiah m/s:501&502 ayat 23-37
Tarikh majlis Khatam:
19 April 2026 / 1 Zulkaedah 1447H
Hari: Ahad
Tempat: RAUDHATUL ILMI
Pusat Pengajian Al Quran Dan Tahfiz Al Faizin Lrg 10 Tmn kinabutan Ria Tawau.
Jam: 9.00 am
🔸Kelas tasmik: Ustazah Jannah
🔸Hafizah Batch 3 pengambilan Julai 2021..
Semoga semua yang bersama-sama hadir memeriahkan majlis diberkati oleh Allah.
ke-33 khatam 30 juzuk
AlFaizin Tawau
30 juzuk
AlQuran sampai mati
Ya Allah
Mudir Tahfiz Al-Faizin Tawau,
أحمد فوزي عبدالصمد،
الفاٸزين تامن كينابوتن ريا تاواو
الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
بسم الله..
Alhamdulillahi thumma Alhamdulillah.
Segala puji bagi tuhan sekalian alam.
Salawat dan salam atas nabi junjungan Muhammad S.a.w,keluarga baginda,para sahabat baginda serta para pengikut² baginda sehingga keakhir zaman.
Tiada ungkapan yg mampu diberikan bagi menzahirkan kegembiraan dan kebahagian atas segala nikmat yang Allah kurniakan ini malainkan ucapan syukur dan terima kasih yang tidak terhingga.
PROJEK FASA 3 TAHFIZ AL-FAIZIN RANGGU..
Walaupun pada awalnya kurang yakin atas kemampuan yang ada.Namun bila Allah jentik hati-hati hamba²nya untuk bersama membantu maka segala pekerjaan menjadi mudah.
KISAH DISEBALIK PEMBINAAN FASA 3 TAHFIZ AL-FAIZIN RANGGU(BANGUNAN 2 TINGKAT)
Tiada lakaran kertas atau arkitek,namun setiap hari selepas solat subuh tukang yang bertanggjawab akan datang berjumpa,berbincang dan menghantar laporan berkaitan gerak kerja harian serta bagaimana bentuk bangunan yg diingini oleh pihak madrasah. Akhirnya dalam bulan Ramadan 2026/1447 dengan izin Allah telah zahir bentuk dan rupa bangunan tersebut menepati apa yg dirancang(secara mulut).
Alhamdulillah tinggal lagi sedikit untuk finishing terutamanya bahagian tangga yg perlu dimozek serta awning bahagian depan(7 kaki)menutupi koridor tingkat 2 dan pemasangan meter letrik.
Kos keseluruhan termasuk upah tukang,barang binaan,upah pendawaian,apply meter dan barang-barang eletrik(tanpa aircond) adalah lebih kurang rm157k(siap sepenuhnya).
Jazakumullahu khairan untuk semua para penyumbang dari kalangan Sahabat Tahfiz Al Faizin Tawau, individu dan juga masyarakat,hanya Allah sebaik² pemberi ganjaran kebaikan buat kalian semua.
Mudir Alfaizin,
Klia 1-Penang
04.03.2026/Rabu
6.04pm
Tanda kenang-kenangan TAHFIZ AL-FAIZIN TAWAU di MTHQN SABAH 2026❤.
Panjang umur berjumpa lagi di MTHQNS2027
14/02/2026
📖 *Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Sudah tertulis rezeki 4 daripada 6 anak-Anak Tahfiz Al-Faizin Tawau Yang terpilih mewakili bahagian Tawau(Tawau,Kalabakan,Semporna,Kunal,Lahad Datu dan Tunggu) untuk MTHQNS 2026*
1️⃣Dian Karisma➡️Johan tahap 3 kategori 1-30 juzuk beserta tafsir
2️⃣Utz Aiman Nazmi
Tempat ketiga tahap 3 kategori 1-30 juzuk beserta tafsir
3️⃣M. Umar Fahmi
Tempat ketiga tahap 1 kategori 1-10 juzuk beserta taranum
4️⃣Nur Farah Ashikin
Naib johan tahap 2 kategori 1-20 juzuk
Tahniah kepada semua anak-Anak Al Faizin Tawau yg terpilih.Bukan mudah untuk mendapat tempat sehingga keperingkat Negeri Sabah.
Namun biasalah adat pertandingan pasti akan ada yang menang dan ada yang belum direzekikan untuk menang.Namun peluang berada diatas pentas Negeri itu pun merupakan suatu kemenangan.Kami bangga dengan Kamu semua.
Suatu ketika dahulu saya juga(Mudir Al Faizin Tawau)pernah berada dipentas hafazan Negeri Perak selama berapa tahun(1997-2004).Walaupun sepanjang penyertaan tersebut cuma direzekikan mendapat Naib Johan dan ketiga berapa Kali dan tidak pernah direzekikan untuk mewakili Negeri Perak keperingkat Kebangsaan namun hasil dari pengalaman itulah hari ini dapat membawa anak-Anak Tahfiz Al Faizin Tawau bersama² berada dipersada Majlis hafazan di Negeri Sabah yang bermula pada tahun 2019 sehingga sekarang(2026).
Sejujurnya pengalaman mengikuti hafazan antara faktor yg banyak membentuk dan menambah baik bacaan serta memotivasi diri untuk sentiasa menjaga hafalan Al Quran.
Menjawab soalan yg ditebuk ada seninya.Menjadi Imam ada seninya.Ditasmik berjuzuk² dengan guru juga lain seni dan vibenya.Yang pasti keberanian dan hafalan yg mantap merupakan pintu menuju kesuatu ruangan yg lebih Indah dari keindahan gerbang utamanya.
InsyaaAllah jika dipanjangkan umur mudahan dapat lagi berjumpa dan berjuang untuk MTHQNS 2027.
Mudir Alfaizin Tawau,
Kota Kinabalu
14 Februari 2026/Ahad
12/02/2026
MTHQNS 2026 NEGERI SABAH
Semarak kecintaan kalamullah,
Semangat berjuang didalam memeliharanya,
Menguji diri dan keberanian,
Bukan medan menunjuk dan membangga diri.
Semarak kecintaan sesama ahlinya,
Menyemai budi menyemai ukhwah,
Berkenal kenalan dan
yang jauh didekatkan,
Semoga menjadi bukti
dan asbab kesyurga abadi..
Mudir Tahfiz Al-Faizin Tawau,
13 Februari 2026/Jumaat/7.52am
Kota Kinabalu.
29/01/2026
Subhanallah MasyaaAllah..سبحان الله ماشاء الله
Duta cilik Tahfiz Al-Faizin Tawau 2026:
Nur Amni Faqihah Binti Ahmad Fauzi.
Semoga dipilih oleh Allah سبحانه وتعالى menjadi pelapis generasi Al Quran di Tahfiz Al Faizin Tawau suatu hari nanti menggantikan kakak-kakak yang ada.Aamiin
❤❤❤ Mohon doakan Kami
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Jalan Apas
Tawau