πβ¨ SYABAS & TAHNIAH β¨π
Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada pensyarah Politeknik Tawau Sabah:
π¨π»βπ« Dr. Dicky Wiwittan bin Toto Ngadiman
π©π»βπ« Puan Beatrecia Sunlin
atas kejayaan meraih π₯ TEMPAT KEDUA dalam pertandingan:
π PNICCβ26 - Pertandingan Inovasi & Kreativiti PMJB Peringkat Kebangsaan 2026
menerusi inovasi bertajuk:
π±π‘ SMARTATTEND: SISTEM KEHADIRAN PINTAR BERASASKAN KOD QR DENGAN VALIDASI DATA DAN PEMANTAUAN MASA NYATA UNTUK INDUSTRI
Kejayaan ini membuktikan komitmen, kreativiti dan kecemerlangan warga pendidik dalam menghasilkan inovasi yang memberi impak kepada industri dan pendidikan TVET negara. ππ
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga institusi untuk terus melakar kejayaan yang gemilang pada masa hadapan. ππ
ππ» Tahniah dan syabas di atas pencapaian yang membanggakanβ¨β¨
Politeknik Tawau Sabah
All other FB pages and groups not linked from this page are not managed by the Politeknik Tawau Sabah
04/06/2026
π Pihak Pengurusan Meluangkan Masa Bersama Nazmi & Aliah π
β¨ Encik Tahir bin Leemat, Pengarah Politeknik Tawau Sabah telah meluangkan masa bersama Saudara Khairul Nazmi bin Mujakir dan Saudari Aliah Batrisyia binti Razali yang akan bergerak ke Pertandingan Akhir TVET Idol 2026 di πDataran Putrajaya, W.P Putrajaya bersempena Sambutan Hari TVET Negara 2026 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi. π€π²πΎ
π Kedua-dua pelajar ini telah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir dan berada dalam kelompok 12 finalis terbaik daripada keseluruhan 176 penyertaan melibatkan institusi-institusi TVET seluruh negara. ππ
π Turut hadir bersama ialah Puan Helen binti Lau @ Abd. Kadir, Timbalan Pengarah Politeknik Tawau Sabah.
πΆ Semoga terus cemerlang, dipermudahkan segala urusan dan mengharumkan nama Politeknik Tawau Sabah di pentas nasional. β€οΈπ₯
03/06/2026
π’ TARIKH PENYERTAAN DILANJUTKAN!!! π¨β¨
Berita baik buat semua anak Sabah yang berbakat dalam seni digital! πΊπ
Atas sambutan yang sangat menggalakkan serta bagi memberi peluang kepada lebih ramai penyertaan, tarikh tutup penyertaan Pertandingan Poster Digital sempena Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau kini dianjakkan sehingga:
π
15 JUN 2026
Masih ada masa untuk anda menzahirkan kreativiti dan menyampaikan mesej perpaduan melalui karya yang penuh makna π«
ποΈ Tema:
_Kebudayaan Untuk Kedamaian Serantau_
π Kategori pertandingan:
π Terbuka
π Pelajar IPT
π« Pelajar Sekolah Menengah
π Menangi wang tunai menarik bagi setiap kategori! π°
β οΈ Penyertaan dibuka khusus untuk rakyat Sabah sahaja
π² Sertai sekarang melalui pautan:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSezqvTkKRDR_vKg6N7UfU-WiOO0n3ZU4w1Jc2--5KUDyHkFiw/viewform
β¨ Jadikan karya anda suara perpaduan, simbol keharmonian dan kebanggaan budaya Sabah. Jangan tunggu saat akhir, inilah peluang untuk bakat anda bersinar di pentas antarabangsa! πΊπ¨
01/06/2026
DIRGAHAYU TUANKU
Menjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Semoga Allah SWT melanjutkan usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mengurniakan kesihatan, kesejahteraan serta kekuatan dalam terus memayungi rakyat dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan demi kemakmuran negara tercinta.
Daulat Tuanku.
Sembah takzim daripada
Warga Politeknik Tawau Sabah
30/05/2026
Di bawah langit Borneo yang damai,
gema tawa dan irama tradisi kembali menyatu πΎβ¨
Kaamatan dan Gawai bukan sekadar perayaan,
tetapi tentang syukur, warisan, dan kasih sesama insan β€οΈ
Semoga setiap langkah dipenuhi rezeki,
setiap senyuman membawa bahagia,
dan setiap doa mengikat kita dalam perpaduan π€πΊ
βBiar berbeza adat dan bahasa,
namun kita tetap satu jiwa Malaysia"
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan πΎ
Gayu Guru Gerai Nyamai π
27/05/2026
Selamat Ulang Tahun Kelahiran Encik Erwin!
ποΈ 27 Mei 2026
Pengarah serta seluruh warga Politeknik Tawau Sabah merakamkan ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada Encik Erwin bin Rapi, Ketua Unit Pengurusan Aset.
Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan berpanjangan serta kejayaan berterusan dalam kerjaya dan kehidupan.
26/05/2026
Di sebalik takbir yang bergema, ada syukur yang menadah ke langit dan ada juga hati yang diam-diam menyimpan rindu serta sedih yang tidak terucap. π€
Aidiladha mengajar kita bahawa pengorbanan bukan sekadar melepaskan, tetapi mendidik jiwa untuk reda, ikhlas dan percaya pada hikmah-Nya. πΏ
Kerana setiap kehilangan ada pelajaran, setiap pengorbanan ada pendidikan dan setiap air mata yang jatuh, ada syukur yang tetap tumbuh. β¨
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga Politeknik Tawau Sabah khususnya dan seluruh umat islam umumnya.β€οΈ
Semoga hati terus belajar erti sabar, jiwa terus dididik dengan ikhlas dan langkah hidup sentiasa dipenuhi syukur kepada Allah. πππ
23/05/2026
Selamat Ulang Tahun Kelahiran Encik Nick dan Puan Beat!
ποΈ 23 Mei 2026
Pengarah serta seluruh warga Politeknik Tawau Sabah merakamkan ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada Encik Nickolen bin Robot, Ketua Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan serta Puan Beatrecia Sunlin, Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi.
Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan berpanjangan serta kejayaan berterusan dalam kerjaya dan kehidupan.
22/05/2026
πΏβ¨ Nikmat sebuah usaha tidak pernah sia-sia. β¨πΏ
Akan tiba waktunya, segala penat yang dipikul dengan sabar bertukar menjadi senyuman yang penuh syukur.
Apa yang diusahakan dengan sungguh-sungguh, akan hadir sebagai nikmat yang membahagiakan dan segala yang baik akan menemukan jalannya kepada hidupmu. πΈ
Kerana setiap usaha yang ikhlas, tidak hanya membawa hasil, tetapi juga menghadiahkan bahagia yang layak untuk dirasa. π€β¨
π· Percayalah, apa yang diperjuangkan hari ini, akan menjadi kebahagiaan yang bakal dinikmati esok. ππ«
22/05/2026
β¨ SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN β¨
Pihak Politeknik Tawau Sabah merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua organisasi yang telah memberikan kepercayaan serta menawarkan peluang pekerjaan kepada para pelajar Latihan Industri (LI) Politeknik Tawau Sabah bagi Sesi 2: 2025/2026.
Kerjasama dan sokongan yang diberikan amat bermakna dalam membantu pelajar memperoleh pengalaman industri sebenar, meningkatkan kemahiran profesional serta membentuk graduan yang lebih kompeten dan berdaya saing.
Semoga jalinan kerjasama ini akan terus diperkukuhkan pada masa akan datang demi membuka lebih banyak peluang kepada pelajar LI PTS untuk menimba ilmu, pengalaman dan pendedahan dalam dunia pekerjaan.
Sekalung penghargaan kepada:
β’ BORNEO RAINFOREST LODGE
β’ MYBORNEO KINABALU HOLIDAY
β’ LR GLOBAL TRAVEL & TOUR
β’ PAN BORNEO HOTEL
β’ VOYAGE HOLIDAY
β’ NEXUS KARAMBUNAI RESORT
β’ IFKINA TRAVEL AND TOUR
β’ NMDA HOLIDAYS SDN BHD
β’ B-INSPIRED ABODE & HOBBIT KUNDASANG
β’ KHM STRAWBERRIES SDN BHD
β’ HBENJAMIN RESIDENCE
β’ HYATT REGENCY KINABALU
β’ HAPPY GARDEN RESORT
β’ AUSVILLA KUNDASANG
β’ TAMAN REKREASI MEMBALUA
β’ HAYU TRAVEL & TOURS
Terima kasih atas kepercayaan dan komitmen yang diberikan dalam melahirkan modal insan berkualiti. π€β¨
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Address
KM 36 Balung
Tawau
91009
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |